backup og meta

Bilakah Saya Patut Berhenti Menyusu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 12/05/2022

    Bilakah Saya Patut Berhenti Menyusu

    Bila anda patut berhenti menyusu merupakan soalan yang rumit. Ramai yang percaya penyusuan susu ibu sepatutnya seberapa lama yang boleh supaya bayi boleh mendapatkan semua kebaikan daripada susu ibu. Walau bagaimanapun, ini mungkin tidak benar.

    Mengapa anda perlu menyusukan bayi anda

    Banyak kajian telah menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu secara eksklusif selama sekurang-kurangnya 13 minggu pertama tanpa sebarang pepejal atau susu formula boleh menurunkan risiko gastroenteritis dan jangkitan dada dalam bayi anda.

    Setiap bulan, penyusuan susu ibu mengurangkan risiko sakit dan meningkatkan kesihatan bayi anda. Susu ibu dapat melindungi bayi anda daripada obesiti, kencing manis, di samping merangsang sistem imun bayi anda. Beberapa kajian menunjukkan bahawa susu ibu mempunyai kesan perlindungan tertentu terhadap masalah kesihatan mental. Selain itu, kolostrum dan susu ibu sangat penting untuk bayi pra-matang dan mereka yang mempunyai sejarah alahan dalam keluarga.

    Apa kata pakar

    Sejak dahulu, bayi telah diberikan susu ibu sehingga melepasi tahun pertama mereka. Tetapi kini, tempoh saranan penyusuan susu ibu untuk bayi telah dipendekkan dengan ketara. Secara umum, WHO dan UNICEF menyarankan agar bayi diberikan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan pertama. Makanan pejal boleh menjadi pelengkap penyusuan susu ibu selepas enam bulan. Tetapi nasihat ini tidak tertakluk kepada semua orang.

    Sampai bilakah anda perlu menyusukan bayi anda

    Sekiranya anda menikmati penyusuan, anda dan bayi anda boleh meneruskannya sehingga yang anda mahu. Menyusukan anak anda sehingga dia berusia setahun dua masih dikira sesuai. Tetapi jangan berhenti sebelum anda berdua benar-benar bersedia. Sokongan daripada suami dan keluarga akan memudahkan anda untuk terus menyusukan anak selama mana yang anda mahu.

    Bagaimana jika anda terlalu sibuk?

    Para ibu kadangkala didesak oleh ahli keluarga, teman-teman dan kerjaya untuk menghentikan penyusuan sebelum mereka bersedia. Sedangkan keputusan sama ada untuk berhenti menyusukan atau tidak adalah pilihan peribadi anda seorang sahaja. Cuba untuk tidak membiarkan sesiapa atau apa-apa mengganggu jalan keibuan anda.

    Sesetengah ibu selalu memikirkan bahawa kembali ke tempat kerja bermakna mereka perlu berhenti menyusu. Sedangkan ramai wanita yang menggabungkan penyusuan badan dan botol susu serta berjaya untuk terus menyusukan anak-anak mereka. Selain menjadi satu cara yang berkesan untuk mengekalkan hubungan yang rapat dengan bayi anda, penyusuan juga membantu anda berdua menghadapi perpisahan waktu siang.

    Berapa lama untuk menyusukan bayi anda adalah keputusan yang besar, yang juga merupakan pilihan peribadi. Pilih apa yang anda rasa sesuai untuk anda dan bayi anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 12/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan