Apa yang Anda Perlu Tahu tentang Peringkat Susu Ibu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Sumber utama pemakanan untuk bayi dalam beberapa bulan terawal kehidupannya ialah susu ibu. Susu ibu dihasilkan oleh wanita hamil dan lepas bersalin, dan mempunyai tiga peringkat yang berbeza dan berlainan: kolostrum, susu peralihan, dan susu matang.

Kolostrum

Kolostrum ialah peringkat pertama susu ibu. Ia sering berlaku semasa kehamilan anda, muncul dengan warna kekuningan atau krim. Ia juga adalah lebih pekat daripada susu yang dihasilkan semasa tempoh penyusuan susu ibu. Selepas anda melahirkan bayi, kolostrum akan digantikan dengan susu peralihan dua hingga empat hari selepas itu.

Kolostrum ialah tinggi dengan protein, vitamin larut-lemak, mineral, dan immunoglobulin. Immunoglobulin adalah antibodi yang disalurkan oleh ibu kepada bayi dan menyediakan imuniti atau daya tahan pasif kepada si manja. Imuniti pasif ini melindungi bayi daripada pelbagai bakteria dan penyakit yang disebabkan virus.

Susu peralihan

Susu peralihan atau susu transisi bermula apabila proses penyusuan bermula. Apabila ibu memberitahu susu mereka mula datang, ia selalunya adalah susu peralihan. Susu peralihan ini menggantikan kolostrum dalam masa dua atau empat hari selepas bersalin. Susu peralihan berlaku selepas kolostrum dan berakhir kira-kira dua minggu. Dalam kata lain, susu peralihan dihasilkan di mana-mana sahaja bermula dua hingga lima hari selepas kelahiran sehinggalah sepuluh hingga empat belas hari selepas bersalin.

Kandungan susu peralihan adalah lebih pekat daripada kolostrum, sesetengahnya menghuraikan ia sebagai berkrim. Ia termasuklah tinggi paras lemak, laktosa, dan vitamin larut-air. Susu peralihan juga mengandungi lebih kalori daripada kolostrum.

Semasa tempoh ini, payudara anda akan menjadi semakin besar, lebih sarat dan boleh jadi tidak menyelesakan atau menyakitkan kerana ketika ini payudara membekalkan sejumlah besar susu peralihan berbanding kolostrum. Anda mungkin rasa payudara yang lebih penuh ini menyukarkan bayi anda untuk menghisap puting anda dengan betul. Jangan risau, dengan latihan yang kerap, anda akan jadi biasa dan selesa menyusukan anak. Kadangkala, dengan mengurut areola untuk merangsang pengeluaran susu sebelum menyusukan anak juga boleh membantu anak anda untuk mudah menghisap puting. Dengan menitiskan sedikit susu ibu di atas puting juga boleh menggalakkan anak anda untuk menyusu. Rutin penyusuan boleh mengurangkan kepadatan dan melegakan ketidakselesaan pada payudara anda semasa peringkat ini.

Apabila bayi anda mula menghisap, anda mungkin mengalami rasa menyengat. Ini menunjukkan bahawa susu mula untuk bergerak daripada sel menghasilkan-susu ke duktus susu untuk menyusukan bayi. Proses ini, dikenali sebagai milk let-down, yang sering tercetus dengan penghisapan bayi, atau ia boleh berlaku pada masa yang tertentu semasa anda menyusukan bayi. Sebaik sahaja perkara ini berlaku, susu anda akan melimpah mengalir dan bayi anda menikmati tempoh penyusuan. Anda akan dengar bayi menelan lebih kerap. Anda juga akan lihat susu menitis atau memancut keluar daripada payudara sebelah lagi semasa let-down berlaku.

Penyusuan boleh membuatkan tubuh anda melepaskan hormon yang dipanggil oksitosin. Dalam beberapa minggu terawal penyusuan, hormon ini boleh menyebabkan kekejangan atau kesakitan pada uterus anda. Jadi, amat penting untuk anda cuba berehat dan relaks, kerana stres, sakit, kesakitan, dan keletihan boleh mengurangkan pengeluaran susu anda.

Pada awalnya, anda mungkin rasa anda selalu menyusukan bayi kerana bayi anda kerap meminta susu. Menyusukan bayi baru lahir lazimnya berlaku antara lapan hingga 12 kali sehari. Penyusuan semasa siang hari boleh berlaku di mana-mana sahaja daripada satu jam setengah hinggalah tiga jam, dan mungkin panjangnya berbeza antara 10 minit hingga satu jam bagi setiap sesi. Bagaimanapun, nanti, corak penyusuan akan menjadi stabil, dan kekerapan penyusuan akan menurun, mengikut keperluan bayi.

Susu matang

Susu matang adalah selepas susu peralihan, dan mula muncul ketika penghujung minggu kedua selepas kelahiran. Bagi kebanyakan wanita, susu matangnya bermula menghampiri penghujung minggu kedua selepas bersalin. Susu matang adalah dihasilkan dalam isipadu yang banyak seperti mana susu peralihan, cuma ia lebih cair berbanding susu peralihan dan lebih berair atau lebih kebiruan; kadangkala ia dihuraikan kelihatan seperti susu skim apabila pertama kali dirembeskan, sehinggalah lemaknya keluar dan ia akan menjadi berkrim. 90% daripadanya adalah air, yang penting untuk memastikan bayi anda kekal hidrat. 10% lagi diliputi karbohidrat, protein, dan lemak yang penting untuk kedua-dua tumbesaran dan tenaga.

Payudara anda juga mungkin akan menjadi lebih lembut dan semakin kecil berbanding dengan semasa anda berada dalam peringkat susu peralihan. Bagaimanapun, payudara anda masih lebih besar daripada sebelum kehamilan anda. Perubahan-perubahan dalam payudara dan susu anda adalah normal dan dibuat untuk menyediakan apa yang bayi anda perlukan untuk nutrisi, tumbesaran, dan perkembangannya.

Juga, terdapat dua jenis susu matang: foremilk dan hindmilk. Foremilk berlaku semasa awal penyusuan dan mengandungi air, vitamin dan protein. Sementara hindmilk muncul di akhir penyusuan apabila payudara sudah hampir kosong dan mengandungi paras lemak yang lebih tinggi. Peringkat susu matang akan berakhir apabila anda bercerai susu daripada payudara dengan bayi anda.

Pun begitu, semakin bayi anda membesar dan mula makan makanan pejal serta cecair lain, kandungan pemakanan dan jumlah susu ibu yang anda hasilkan akan berubah. Sesetengah ibu memilih untuk terus menyusukan bayi sehinggalah anak berada dalam usia prasekolah. Ketika ini, sumbangan pemakanan keseluruhan penyusuan badan telah berkurangan bersekadar dengan pelbagai makanan dan minuman yang kanak-kanak ambil. Namun, susu manusia berterusan berkhasiat sama seperti susu lembu. Bagaimanapun, manfaat emosi dan immunologi daripada penyusuan akan berterusan antara ibu dan anak.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil! Ini Keadaan PERIT Yang Dialami Bakal Ibu

    Bengkak kaki adalah antara perkara normal dilalui ibu hamil. Begitu juga dengan masalah urat simpul. Pastinya ia punca rasa perit bagi wanita mengandung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Cara Untuk Lambatkan Penuaan, Cubalah Jus Mengkudu, Tinggi Kandungan Antioksidan!

    Tahukah anda, jus mengkudu boleh membantu mengurangkan penuaan akibat daripada radikal bebas. Khasiat mengkudu yang tinggi antioksidan ini jadi penawarnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hah, Migrain Boleh Buat Buta Sebelah Mata? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Risiko Migrain Okular!

    Pernahkah anda menghadapi masalah penglihatan seperti buta sebelah mata semasa diserang migrain? Ini mungkin tanda anda menghidap migrain okular!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Masalah Neurologikal 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS! Ubah Tabiat Makan Laju, Bukan Saja Buat Anda Jadi GEMUK, Tapi Ada Banyak Risiko Lain!

    Salah satu daripada punca gemuk adalah disebabkan oleh makan dengan gelojoh. Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk elak jadi gemuk?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    minum kopi

    Warga Emas Yang Gemar Minum Kopi, Ini Berita Baik! Kopi Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk & Parkinson

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip hubungan seks

    Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan tidur menghantar mesej

    Dalam Banyak-Banyak Gangguan Tidur, ‘Sleep Texting’ Paling RARE! Mungkin Anda Pernah Alaminya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    air besar

    Ini Sebab Mengapa Lelaki ‘LEPAK’ Lebih Lama Dalam Bilik Air, Ada Kaitan Dengan Psikologi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan