Kriteria Pemilihan Set Produk Penjagaan Kulit Bayi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 06/03/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Tiada apa yang lebih penting buat ibu bapa melainkan kesihatan si kecil mereka. Ini termasuklah daripada segenap sudut atau aspek kesihatan bayi seperti pemakanan, pergerakan, tumbesaran atau penjagaan kulit bayi.

Hakikatnya, ibu bapa sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk membeli produk penjagaan kulit bayi agar kulit si kecil mereka kekal lembut dan gebu. Sebenarnya, terdapat beberapa kriteria pemilihan set produk penjagaan kulit bayi yang mungkin ibu bapa tidak tahu. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Baca label terlebih dahulu

Ini merupakan langkah pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa setiap kali ingin membeli sesuatu produk, termasuklah produk penjagaan kulit bayi. Ini bertujuan untuk memastikan produk tersebut tidak mengandungi apa-apa bahan pewarna, bahan pewangi atau bahan kimia yang boleh membahayakan dan menyebabkan kerengsaan pada kulit bayi.

Selain itu, periksa juga bahan dan ramuan, deskripsi penggunaan, tempoh luput, tempat dan nama kilang pembuatan serta jika terdapat apa-apa amaran pengunaannya. Berikut merupakan kriteria yang perlu dipatuhi untuk memilih set produk penjagaan kulit bayi.

1. Produk bebas alkohol

Alkohol banyak digunakan di dalam produk penjagaan kulit individu dewasa kerana ia berupaya membuat kulit anda kering dan bebas minyak. Namun begitu, alkohol adalah berbahaya kepada bayi kerana ia boleh menyebabkannya terlalu kering lalu menyebabkan kerengsaan dan kegatalan pada kulit bayi. Antara nama lain yang digunakan bagi menggantikan alkohol adalah ‘ethanol’, ‘ethyl alcohol’ atau ‘cetearyl alcohol’. Sebelum beli dan guna, periksa label produk untuk mengetahui keberadaan bahan kimia ini di dalam produk tersebuti.

2. Produk bebas alkali

Alkali banyak digunakan dalam produk yang berasaskan sabun. Antara jenis alkali yang digunakan dalam proses pembuatan sabun adalah NaOh (sodium hidroksida) dan KOH (potassium hidroksida). Bahan-bahan ini berisiko mengubah tahap keseimbangan pH pada kulit bayi lalu menyebabkan kerengsaan.

3. Produk bebas phthalate, paraben dan formaldehida.

Bahan kimia ini sememangnya akan mendatangkan bahaya kepada kulit bayi. Oleh itu, jangan sesekali memilih produk penjagaan kulit bayi yang memiliki bahan kimia ini.

4. Produk bebas sodium karbonat

Sodium karbonat atau sodium hidroksida bersifat korosif dan menghakis semua jaringan tubuh yang mampu menjejaskan mata dan sistem pernafasan. Selain itu, bahan kimia ini juga berbahaya kepada bayi dan boleh meningkatkan risiko ekzema. sekiranya mereka tertelan bahan kimia ini, ia juga boleh mendatangkan maut.

5. Produk bebas antibakteria atau antimikroba

Antibakteria dan antimikroba juga amat berbahaya kepada kulit bayi kerana boleh mengakibatkan kekeringan dan kerengsaan. Anda sangat disarankan untuk tidak membeli produk yang diformulasikan dengan bahan kimia ini untuk mengelakkan masalah pada kulit si kecil kesayangan anda.

6. Produk yang mengandungi kandungan pelembut dan pewangi

Sekiranya bayi anda tidak mempunyai sebarang masalah kulit, ibu bapa boleh memilih produk mandian yang mempunyai kandungan pelembut dan pewangi. Namun jika bayi mempunyai masalah ekzema, elakkannya kerana ia boleh mendatangkan kegatalan pada kulit si kecil.

7. Produk yang mengandungi kadar ph 5.5

Paling penting, anda perlu memilih produk dengan penjelasan kadar pH yang ideal untuk bayi iaitu 5.5. Ini dapat membantu kesihatan lapisan kulit bayi .

8. Produk yang telah diuji di makmal dermatologi

Ibu bapa perlu melihat label untuk memeriksa jika produk penjagaan kulit bayi tersebut telah diuji atau tidak. Ujian ini hanya boleh dilakukan oleh doktor atau pakar dermatologi bagi membuktikan kesahihan produk tersebut. Jika ya, pertimbangkan untuk mencubanya kepada diri anda sendiri terlebih dahulu sebelum menggunakannya kepada bayi.

Sekiranya produk penjagaan kulit bayi yang anda ingin beli dan guna menepati kriteria-kriteria di atas, anda boleh mula menggunakannya kepada bayi. Jika terdapat sebarang kesan sampingan berlaku kepada kulit bayi berhenti menggunakan produk tersebut dan segera bawa si kecil anda berjumpa doktor.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Aduh, Panas Hati Bila Anak Suka Conteng Dinding! Bertenang, Cuba 5 Tip Ini Untuk Atasinya

    Anak suka conteng dinding di rumah walaupun dilarang berulang kali? Itu semuanya ada kaitan dengan proses perkembangan mereka. Mari ikuti penjelasan ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    Cepat Penat & Susah Tidur Waktu Malam? Hati-Hati, Ia Mungkin Masalah TAK Disangka Ini!

    Asyik berasa lesu, penat dan susah tidur? Apa kata anda periksa simptom anda dalam artikel ini. Mungkin anda mengalami keadaan ini, boleh memudaratkan anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Tidur Berkualiti 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    Telinga Anda Kerap Berdesing Dan Sukar Mendengar? Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

    Jika telinga anda kerap berdesing dan sukar mendengar, ia mungkin petanda penyakit glue ear. Jom klik untuk tahu lebih lanjut mengenainya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    7 Fakta & Mitos Pembunuh Sperma Lelaki Yang Anda WAJIB Tahu, Jangan Percaya Benda Karut!

    Sperma suami sangat penting bagi lelaki yang inginkan cahaya mata. Apabila anda menghadiri pemeriksaan dengan doktor untuk mengetahui tahap kesuburan...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    positif toksik

    Tak Semua Kata-kata Positif Itu Bagus, Tabiat Positif Toksik BAHAYA Kepada Mental Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    makanan berkafein

    Bukan Kopi Saja, Tapi 9 Makanan Harian Ini Juga Ada Kafein! Patutlah Mata Selalu Cerah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    siku dan lutut hitam

    Muka Putih Tapi Siku & Lutut Hitam? Petua Semula Jadi Ini Bantu Cerahkannya Kembali

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    masalah menstruasi wanita

    Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan