Tentang HIV: Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Sebagai ibu bapa pastinya anda akan sentiasa mahu melindungi dan menjaga kesihatan anak anda, terutama dari penyakit berbahaya seperti HIV. Dengan pertambahan kes penyakit yang semakin meningkat pada masa kini, ia adalah penting untuk anda melengkapi diri anda dengan pelbagai cara untuk membantu melindungi anak anda dari jangkitan dan bagaimana sokongan yang perlu diberikan jika anak anda positif HIV. Berikut apa yang perlu anda ketahui tentang HIV.

Mendidik Anak Tentang HIV

  1. Jadi contoh terbaik

Sememangnya ia adalah fakta bahawa apa yang anda lakukan akan menjadi ikutan anak anda. Ini adalah penjelasan mengapa anda perlu menunjukkan tingkah laku yang sesuai yang menonjolkan ciri menyelesaikan masalah dan membuat keputusan berdasarkan maklumat. Apabila anda tidak mendiskriminasi atau prejudis kepada individu penghidap HIV, anak anda pasti akan mengikut tingkah laku anda. Mereka akan memahami bahawa perhubungan kasual tidak akan menyebabkan mereka dijangkiti HIV. Ini bukan sahaja memberi impak kepada mereka tetapi juga kepada komuniti di mana mereka tinggal.

  1. Bersedia dengan maklumat

Sebagai ibu bapa anda bertanggungjawab untuk mendidik diri anda sendiri dengan maklumat tentang HIV/AIDS sebelum mendidik anak anda supaya anda dapat membantu mereka mengelakkan penyakit yang berbahaya itu. Penting untuk anda mengetahui bagaimana HIV disebarkan, bagaimana untuk mencegahnya dan anda boleh mendidik anak anda untuk melindungi diri mereka. Jika perlu, anda boleh mengambil kursus yang disediakan oleh agensi setempat untuk menambah pengetahuan.

  1. Ajar mengenai alkohol/dadah

Anda boleh mengajar anak anda tentang hubungan antara pengambilan dadah/alkohol dengan HIV/AIDS. Pengambilan alkohol dan dadah akan mendedahkan mereka kepada risiko untuk dijangkiti HIV. Alkohol dan dadah boleh membuatkan mereka terdedah kepada seks tanpa perlindungan tanpa sedar. Penggunaan jarum suntikan boleh menyebabkan risiko jangkitan HIV. Didiklah anak anda tentang risiko dan bahaya alkohol/dadah.

Memberi sokongan kepada anak

Bantu mencegah kesakitan

Sememangnya menakutkan jika anak anda dijangkiti HIV. Tetapi anda boleh membantu mencegah kesakitan ini dengan menggalakkan mereka untuk mengambil berat soal kesihatan, ubatan dan makanan bernutrisi yang baik untuk kesihatan. Anda tidak boleh selalu menghalang kesakitan, tetapi anda boleh membantu untuk mengekalkan kesihatan anak anda pada tahap terbaik.

Pertama sekali, pastikan anak anda mendapat suntikan vaksin dan vaksinasi sentiasa dikemas kini. Kebiasaannya, kanak-kanak positif HIV boleh menerima vaksin yang sama dengan yang diterima oleh kanak-kanak lain. Jika sistem imun anak anda lemah, anda perlu berunding dengan doktor anak anda. Sistem imun mereka akan berubah, jadi anda perlu sentiasa mengingatkan anak anda untuk menjaga kebersihan diri, membasuh tangan dengan teliti untuk melindungi diri mereka daripada jatuh sakit.

Bantu mereka mengambil ubatan

Adalah penting untuk anak anda mengambil ubatan anti HIV secara konsisten. Sebarang ubatan terapi yang diambil oleh anak anda, anda harus pastikan mereka mengambilnya mengikut waktu yang ditetapkan. Berikan perhatian jika ubatan itu perlu diambil bersama makanan.

Selain membantu mereka mengambil ubatan, anda harus sentiasa ingat bahawa anda sedang melatih anak anda untuk mengambil ubatan ini sendiri bagi seumur hidup. Anda boleh mencapai perkara ini dengan memberikan ganjaran kepada anak anda coklat atau minuman manis. Memberikan anak anda ubatan anti HIV secara teratur bermakna anda membantu menjaga kesihatan anak anda.

Peranan anda sebagai ibu bapa adalah sangat besar dan penting untuk mendidik anak-anak anda tentang HIV dan juga membantu mereka agar tidak dijangkiti. Sekiranya anak anda didiagnosis dengan HIV, anda perlu mengetahui cara terbaik untuk menyokong mereka, dan jadikan mereka faham bahawa anda sentiasa menyayangi mereka melebihi segalanya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Melihat Kembali Perkembangan HIV: Sejauh Mana Telah Kita Capai?

    Sempena Hari AIDS Dunia 2018 yang jatuh pada 1 Disember, mari kita melihat kembali perkembangan jangkitan HIV/AIDS sejak ia mula menyerang dunia dan sejauh mana pencapaian dunia dalam memerangi penyakit ini. ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Berita, Berita Antarabangsa 30/11/2018 . 2 minit bacaan

    Hari AIDS Dunia: Ketahui Status Anda

    Jika anda tahu rakan anda menghidap jangkitan HIV, adakah anda masih ingin berkawan dengan beliau seperti biasa? Atau anda akan berasa sangsi dan jijik? Kalau anda jijik, anda masih gagal dalam membantu ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Berita, Berita Antarabangsa 30/11/2018 . 2 minit bacaan

    Hentikan Stigma Terhadap Pesakit HIV

    HIV dan AIDS masih lagi menjadi satu stigma dalam kalangan masyarakat. Mereka yang dijangkiti virus HIV seolah-olah seperti najis dan sampah yang tidak layak mendapat tempat dalam masyarakat. Ini adalah kerana ia ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Pusat Kesihatan 15/11/2018 . 2 minit bacaan

    Adakah Ada Rawatan HIV?

    HIV atau human immunodeficiency virus pernah menjadi satu epidemik yang meragut banyak nyawa pada tahun 1981. “HIV ialah satu hukum mati” mungkin bukan lagi sesuatu yang benar. Kini, mimpi ngeri itu ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pusat Kesihatan 13/11/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    HIV/AIDS

    6 Salah Faham Mengenai HIV / AIDS

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 06/05/2019 . 2 minit bacaan
    perkosaan

    Perkosaan: Kesan Terhadap Fizikal dan Psikologi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 30/04/2019 . 2 minit bacaan
    seks

    Seks Secara Selamat dan HIV

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/01/2019 . 3 minit bacaan
    opd: symptoms and stages

    Fakta Mengenai Tuberkulosis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 12/12/2018 . 2 minit bacaan