Perubahan Ketika Akil Baligh

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Bercakap tentang akil baligh, perubahan mental dan fizikal, kebanyakan individu sukar untuk mengetahui sama ada perkembangan yang berlaku itu adalah normal atau tidak. Oleh kerana itu, artikel ini akan membincangkan tentang perubahan bagi remaja lelaki dan perempuan ketika melalui proses akil baligh.

Bila ia berlaku?

Proses akil baligh biasanya bermula antara usia 8 hingga 12 tahun. Bagi kanak-kanak perempuan, ia mungkin bermula pada usia 11 tahun, dan untuk kanak-kanak lelaki pada usia 12 tahun.

Namun tempoh ini adalah berbeza bagi setiap orang. Sebagai contoh, proses ini boleh berlaku lebih awal bagi kanak-kanak perempuan yang memiliki berat badan berlebihan dan untuk kanak-kanak yang kurus, atau aktif olahraga, proses ini akan berlaku lambat sedikit.

Walau bagaimanapun, jika kanak-kanak memasuki alam akil baligh terlalu awal, sebelum berusia 8 tahun, atau terlalu banyak, selepas berusia 14 tahun, mereka mungkin perlu mendapatkan diagnosis dan nasihat dari doktor.

Perubahan pada kanak-kanak perempuan

  • Badan akan mula menampakkan bentuk (curves) dan tulang pinggul akan mula mengembang.
  • Berat badan akan mula naik, terutama pada bahagian pinggul. Jadi boleh dikatakan penambahan berat badan bukan semuanya adalah tidak baik, malah anda akan dianggap tidak sihat jika berat anda tidak bertambah. Anda hanya perlu memastikan bahawa anda makan dengan betul dan juga melakukan senaman, untuk memastikan badan anda membesar dalam keadaan yang sihat.
  • Payudara akan mula membesar. Ia bermula dengan pembengkakan kecil pada area puting, sebelum seluruh payudara menjadi besar.
  • Menstruasi (haid) akan bermula.
  • Otot mula berkembang, namun tidak akan menjadi seperti lelaki.
  • Anda akan melihat cairan putih seperti jeli keluar dari faraj, ia akan berlaku sebelum atau antara tempoh haid, dan ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan kerana ia adalah cara faraj berfungsi untuk mencuci.
  • Badan anda akan melepaskan pelbagai jenis hormon yang akan mempengaruhi perubahan emosi anda dengan kerap (mood swing).

Perubahan pada kanak-kanak lelaki

  • Penambahan berat badan.
  • Bahu menjadi lebih lebar.
  • Otot semakin membesar, dan lebih kuat.
  • Halkum semakin jelas kelihatan. Ia adalah kotak suara (larynx) yang semakin membesar dan melekat di bahagian depan kerongkong anda. Ia akan menjadikan suara anda semakin mendalam.
  • Mula menghadapi eraksi. Ia mungkin sedikit memalukan namun ia adalah normal.
  • Zakar semakin panjang dan lebar.
  • Testikel semakin besar.
  • Puting akan kelihatan seperti membesar. Walau bagaimanapun, ia perkara biasa dan akan berhenti pada tahap-tahap tertentu. Namun jika pembesarannya menunjukkan seperti perempuan, anda digalakkan untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis dan nasihat.

Perubahan akil baligh adalah sangat mencabar kerana anda perlu menyesuaikan diri dengan perubahan baru badan anda. Ia adalah sesuatu yang semula jadi dan tiada apa yang perlu dimalukan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Benarkah Lelaki Juga Mengalami Menopaus?

    Sesetengah lelaki mengalami simptom ‘menopaus lelaki’ seperti kemurungan, kehilangan nafsu seks, mati pucuk dan simptom fizikal serta emosi yang lain apabila mereka mencapai usia 40-an hingga awal 50-an. Simptom ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 16/08/2018 . 3 minit bacaan

    Selalu Alami Masalah Haid Tidak Teratur, Ada 23 Punca & Salah Satunya Mungkin Dialami Anda…

    Kitaran haid perkara penting dalam aspek kesuburan wanita. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan haid tidak teratur? Adakah ia beri kesan kepada kehamilan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita, Tips Kesihatan 16/08/2018 . 3 minit bacaan

    3 Tip Mengelakkan Mimpi Basah Sewaktu Puasa

    Mimpi Basah berlaku disebabkan oleh kenaikan paras testosteron yang berlaku di dalam badan lelaki, anda boleh mengeluarkan air mani melalui ejakulasi zakar.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 21/05/2018 . 3 minit bacaan

    Akil baligh

    Kenali apa itu Akil baligh. Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 06/04/2018 . 6 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    telur wanita

    Wanita Sudah Ada Telur Sejak Lahir? Ini Fakta Menarik Tentang Ovum, Dari Dalam Rahim Sampai Menopaus

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    ereksi zakar

    Normal Ke Bila Anak Lelaki Alami Zakar Menegang? Bila Mula Dapat Ereksi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
    mimpi basah

    Anak Lelaki Alami Mimpi Basah? Ayah, Jalankan Tanggungjawab Anda, Ini Yang Perlu Dibuat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/07/2020 . 3 minit bacaan
    akil baligh

    Obesiti Mempercepatkan Akil Baligh Dalam Kalangan Kanak-kanak Lelaki

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/03/2019 . 2 minit bacaan