backup og meta

Penyakit Mental di Kalangan Remaja

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 20/06/2022

    Penyakit Mental di Kalangan Remaja

    Semakin kita membesar, semakin banyak stres yang akan kita hadapi. Maka, tidak hairanlah jika ibu bapa melihat anak-anak akan menjadi marah atau keletihan disebabkan tekanan di sekolah, dalam kehidupan ataupun dalam perhubungan. Walaupun begitu, sekiranya stres berlaku dengan terlalu kerap, ia boleh menjadi petanda kepada kemungkinan penyakit mental.

    Definisi am kepada penyakit mental

    Menurut WHO (World Health Organization), kesihatan mental adalah keupayaan untuk mengira potensi diri, boleh menangani tekanan dalam kehidupan seharian, dan boleh bekerja secara produktif untuk memberi manfaat kepada komuniti. Sementara itu, penyakit mental adalah keadaan kesihatan yang mengubah cara berfikir, emosi dan amalan tingkah laku. Kecelaruan mental berkait rapat dengan kesedihan dan masalah untuk berfungsi di dalam sosial, kerja atau aktiviti kekeluargaan.

    Statistik kadar penyakit mental dalam kalangan kanak-kanak

    Dewasa ini, penyakit mental sudah menjadi kelaziman. Berpandukan statistik tahun 2013, 1 dalam 10 kanak-kanak dan remaja  berumur 5 ke 16 tahun menghadapi penyakit mental yang boleh didiagnosiskan, sama dengan kira-kira tiga orang kanak-kanak setiap kelas. Terdapat peningkatan yang membimbangkan tentang jumlah orang muda yang dihantar ke hospital akibat daripada perilaku menyakitkan diri sendiri. Sepanjang tempoh sepuluh tahun, bilangan ini telah meningkat kepada 68%. Secara keseluruhannya, dianggarkan 80,000 kanak-kanak dan remaja mengalami kemurungan yang melampau.

    Jenis penyakit mental

    Di sini disenaraikan penyakit mental yang biasa berlaku:

  • Penyakit Kegelisahan – Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) atau Obsessive Compulsive Disorder (OCD)
  • Ayunan Mood – Kemurungan dan kecelaruan bipolar
  • Kecelaruan Psikotik – Schizophrenia
  • Kecelaruan Pemakanan – Bulimia dan anorexia nervosa
  • Kecelaruan Perkembangan – Attention Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHD)
  • Kecelaruan Tingkah Laku – Oppositional Defiant Disorder (ODD)
  • Ketidakupayaan Intelek – Autism Spectrum Disorders (ASD)
  • Tanda-tanda dan simptom

    Sentiasa beringat bahawa tanda-tanda dan simptom penyakit mental boleh dilihat dengan mengejut atau muncul perlahan-lahan mengikut masa. Serangan penyakit mental boleh disenaraikan seperti berikut:

  • Mengasingkan diri, sebagai contoh – berhenti bersukan, gagal dalam pelajaran atau mempunyai masalah menjalankan tugasan harian
  • Hilang minat terhadap persekitaran
  • Mempunyai masalah memberi tumpuan, mengingati, berfikir secara logik atau menerangkan sesuatu
  • Berasa terpinggir
  • Hilang keyakinan diri
  • Rasa takut, gelisah atau curiga
  • Tingkah laku luar biasa dan pelik
  • Perubahan cara tidur dan selera makan yang mendadak atau tidak menjaga kebersihan diri
  • Ayunan mood yang selalu
  • Turun berat badan dan hilang selera
  • Rawatan

    Apabila diagnosis telah diputuskan oleh pakar kanak-kanak, ahli psikologi atau ahli psikiatri anda, rawatan khas akan disyorkan. Terdapat beberapa pilihan rawatan, yang selalunya diberikan adalah ubat-ubatan dan terapi. Ubat psikotropik mempengaruhi bahan kimia di dalam otak yang memproses mood dan tingkah laku. Oleh kerana kanak-kanak di bawah enam tahun adalah cenderung kepada kesan sampingan tertentu, mereka perlu dipantau dengan berhati-hati. Selain daripada itu, terapi psikososial, atau dikenali dengan “terapi percakapan” atau “terapi perilaku”, boleh membantu pesakit mental untuk mengawal tingkah laku mereka.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 20/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan