backup og meta

Kekurangan Nutrisi: Adakah Bayi Anda Kurang Zat?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 11/09/2021

    Kekurangan Nutrisi: Adakah Bayi Anda Kurang Zat?

    Bayi anda memerlukan sejumlah vitamin dan mineral secukupnya untuk perkembangan mental dan fizikal mereka. Oleh itu, anda perlu memberi perhatian kepada sebarang tanda-tanda yang menunjukkan bayi kekurangan nutrisi, bagi memastikan anak anda membesar dengan sihat.

    10 tanda bayi kekurangan nutrisi adalah:

    1. Kemurungan dan kebimbangan
    2. Hiperaktif
    3. Lewat pertuturan, atau dalam kata lain, alalia (selalunya dikaitkan dengan kekurangan vitamin B12)
    4. Kulit/ rambut kering (disebabkan oleh kekurangan lemak larut, seperti vitamin A, D, E dan K2)
    5. Kesesakan gigi
    6. Kaviti
    7. Kerap demam selesema
    8. Emosi pelik (Makan lemak sihat seperti Omega 3 yang ada dalam ikan salmon, sardin, ikan bilis atau ikan makerel dan mentega, minyak kelapa untuk menstabilkan mood)
    9. Struktur tengkorak lemah atau sindrom “kepala rata”
    10. Obesiti

    5 kekurangan nutrisi lazim berlaku pada bayi dan anak kecil

    Vitamin D

    American Academy of Pediatrics menyarankan supaya semua bayi diberikan amaun suplemen vitamin D yang mencukupi, iaitu kira-kira 400 IU setiap hari.

    Bayi anda berisiko mendapat kekurangan vitamin D jika:

  • Dia tidak mendapat cukup pendedahan kepada cahaya matahari, yang merupakan sumber semula jadi vitamin D. Berjaga-jaga jika ibu dan bayi berkulit gelap, kerana memerlukan amaun pendedahan kepada cahaya matahari yang lebih banyak berbanding dengan mereka yang berkulit cerah.
  • Ibu yang tidak mendapat cukup vitamin D disebabkan dia hanya mendapat sedikit pendedahan kepada cahaya matahari atau tidak mengambil suplemen vitamin D secukupnya. Ini bermakna bahawa susu badan ibu tidak mempunyai cukup vitamin D untuk disalurkan kepada bayi mereka, menjadikan bayi kekurangan vitamin D.
  • Vitamin K

    Bayi yang lahir di hospital akan menerima suntikan yang mengandungi vitamin K sebaik sahaja dilahirkan. Ini untuk mengelakkan keadaan luar biasa yang dikenali sebagai penyakit hemoragik (berdarah) dalam kalangan bayi baru lahir, yang menyebabkan pendarahan dalam otak.

    Zat besi

    Semasa kehamilan, bayi anda yang sedang membesar memerlukan zat besi, yang selalunya diterima melalui darah ibu. Kekurangan zat besi boleh meninggalkan implikasi yang teruk seperti anemia, kerosakan perkembangan otak, dan risiko tinggi kematian kanak-kanak.

    Vitamin A

    Susu ibu ialah sumber semula jadi vitamin A, yang menghalang bayi daripada kekurangan vitamin A. Ibu hamil tidak boleh mengambil lebih daripada amaun Vitamin A yang disarankan setiap hari, kerana risiko kecacatan kelahiran boleh berlaku jika amaun yang lebih besar diambil.

    Zink

    Tanda-tanda kekurangan zink ringan termasuklah kurang selera makan, fungsi imun rendah, aktiviti terbatas, dan tumbesaran terhenti. Berat badan rendah masa lahir, kecil untuk umur gestasi, dan bayi pramatang adalah risiko untuk kekurangan zink.

    Oleh itu, jika anda fikir bahawa bayi anda kurang zat, dan dia mengalami kekurangan nutrisi, jangan lupa untuk mendapatkan nasihat, panduan dan rawatan daripada doktor atau pakar pediatrik. Jika dibiarkan tanpa rawatan, kekurangan nutrisi boleh menyebabkan komplikasi teruk yang boleh memberi kesan kepada kesihatan anak anda sepanjang hidupnya nanti.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 11/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan