Apa Nak Buat Kalau Anak Anda Selalu Makan Gula-gula Pemberian Datuk dan Nenek Mereka?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Cucu mana yang tidak gembira sekiranya datuk atau nenek mereka datang berjumpa atau menginap di rumah mereka selama beberapa hari, lebih-lebih lagi jika kedatangan datuk dan nenek ini membawa satu maksud yang lebih anak-anak anda harapkan. Apakah itu? 

Datuk dan nenek diketahui lebih memanjakan cucu-cucu mereka melebihi ibu bapa mereka. Aiskrim, permainan, dan gula-gula adalah antara barang-barang yang sering diperoleh oleh anak anda daripada datuk dan nenek mereka, yang mungkin amat sukar jika dipinta daripada anda. Ini akan menjadikan anak anda lebih manja, meminta-minta, dan mudah memberontak sekiranya tidak memperoleh sesuatu yang merek inginkan. Oleh itu, apa yang boleh anda lakukan bagi mengawal situasi ini? Ikuti saranan seperti di bawah 

Berterus-terang dengan ibu bapa anda

Cari masa yang sesuai untuk bercakap dan berterus-terang dengan ibu bapa anda. Jadikan ibu dan bapa anda sebagai sebahagian daripada penyelesaian, dan bukannya punca masalah. Nyatakan kepada mereka bahawa anda senang hati sekiranya mereka mempunyai hubungan yang erat dengan anak anda. 

Walau bagaimanapun, anda perlu nyatakan beberapa perkara yang perlu dipersetujui bersama. Anda boleh meminta pendapat mereka sebagai salah satu sumbangan idea untuk memperbaiki keadaan. 

Nyatakan cabaran yang akan anda lalui

Sekiranya ibu bapa anda kerap memberikan makanan yang tidak sihat kepada anak anda seperti aiskrim, snek atau gula-gula, luahkan kepada mereka mengenai cabaran atau isu yang akan dialami seperti kerosakan gigi anak atau menyebabkan anak menjadi obes. Ibu bapa anda berkemungkinan akan lebih berhati-hati dalam penyediaan makanan anak-anak anda selepas ini. Datuk dan nenek mana yang tidak sayangkan cucu mereka.

Biarkan beberapa perkara kecil untuk berlaku

Anda mungkin tidak gemar sekiranya ibu bapa anda kerap memberikan wang kepada anak anda kerana dikhuatiri akan digunakan untuk tujuan yang tidak elok. Walau bagaimanapun, anda perlu mempertimbangkan beberapa perkara yang mungkin tidak perlu diperbesarkan. 

Contohnya, jika ibu bapa anda tinggal terlalu jauh dan jarang berjumpa, anggaplah pemberian wang tersebut sebagai satu hadiah atau tanda ingatan kepada anak anda. Tidak semua perkara adalah salah sekiranya anda bersikap lebih fleksibel.

Rumah berbeza, aturan yang berbeza

Nyatakan kepada ibu dan bapa anda, bahawa anak anda tidak boleh melalui perkara yang sama seperti apa yang dilaluinya di rumah mereka. Mungkin anak-anak anda boleh menonton televisyen berjam-jam lamanya di rumah mereka, tetapi tidak di rumah anda. Mungkin juga anak anda boleh bangun lambat daripada tidur di rumah ibu bapa anda, tetapi mereka mestilah bangun awal sekiranya berada di rumah anda. Sepertimana ungkapan pepatah, “Lain padang, lain belalang.”

Sebagai ibu bapa, jangan pelik jikalau anak anda lebih menggemari datuk dan nenek mereka berbanding anda berdua. Ini kerana datuk dan nenek mereka telah menjadi supplier yang setia bagi mereka mendapatkan makanan atau ganjaran yang jarang mereka perolehi. Walau bagaimanapun, anda boleh mengatasi isu yang timbul dengan berkomunikasi antara kedua-dua belah pihak. Percayalah, ibu dan bapa anda juga pasti tidak mahu menjejaskan peribadi anak anda di kemudian hari.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kenapa Anak Selalu Jatuh Sakit Jika Terkena Hujan? Ini Bukan Salah Hujan, Sebaliknya Ada Sebab Lain!

    Salah faham berkaitan dengan kanak kanak demam berpunca daripada mandi hujan memang sering diperdebatkan. Persoalannya, kenapa perkara tersebut berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 05/08/2020 . 3 minit bacaan

    Tahu Tak, Bukan Semua Suplemen Anak Boleh Makan? Ada Yang Bahaya Buat Teruna & Dara

    Ramai ibu bapa yang memberikan vitamin untuk anak, tanpa memikirkan risiko yang bakal anak hadapi. Ini senarai suplemen berbahaya untuk anak remaja.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Normal Ke Bila Anak Lelaki Alami Zakar Menegang? Bila Mula Dapat Ereksi?

    Ereksi zakar adalah perkara yang normal buat kaum Adam. Persoalannya, umur berapa anak lelaki anda akan mula mengalaminya? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Basuh Tangan Lama, Petanda Awal OCD, Mak Ayah Jangan Biar Si Kecil Alami Masalah Mental Ini

    Masalah OCD dalam kalangan kanak kanak sememangnya lazim namun kurang mendapat perhatian ramai. Jika anak anda menunjukkan gejala OCD, dapatkan rawatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 27/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    mulut anak berbau

    Nafas Anak Berbau Busuk? Ibu Ayah Jangan Biarkan, 7 Sebab Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
    tulisan tangan

    Periksa Tulisan Anak Anda! Kalau Kurang Cantik, Ia Mungkin Tanda Awal Si Kecil Alami ADHD

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    bahasa isyarat orang kelainan upaya OKU

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    susu rendah lemak

    Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan