backup og meta

Bila Bayi Boleh Mula Minum Air?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/01/2023

    Bila Bayi Boleh Mula Minum Air?

    Secara amnya, bayi tidak boleh minum air sehinggalah umur mereka 6 bulan. Sehingga itu, mereka hanya memerlukan susu ibu ataupun susu formula sahaja, walaupun berada pada cuaca panas terik. Apabila bayi anda mencecah usia 6 bulan, anda boleh memberikan mereka sedikit air apabila mereka berasa dahaga. Akan tetapi, jangan terlebih memberi mereka minum kerana berkemungkinan si manja anda akan mengalami sakit perut ataupun membuatkan mereka berasa kenyang sehingga tidak mahu makan. Selepas ulang tahun pertama mereka, si manja sudah boleh makan makanan pejal dan minum susu, dan ketika ini anda boleh memberi mereka minum sebanyak mana yang mereka minta.

    Mengapa bayi umur 6 bulan ke bawah tidak disarankan minum air?

    Menawarkan air kepada bayi umur 6 bulan ke bawah boleh mengganggu keupayaan tubuh badan mereka untuk menyerap nutrien dalam susu ibu atau susu formula. Selain itu, bayi yang minum air juga boleh membuatkan perut mereka cepat penuh sehingga merosakkan selera mereka. Dalam sesetengah kes, kanak-kanak yang minum terlalu banyak air boleh mengalami keadaan yang dipanggil intoksikasi air, yang boleh menyebabkan sawan dan koma. Intoksikasi air berlaku apabila terlalu banyak air mencairkan kepekatan sodium dalam tubuh badan, menyebabkan gangguan imbangan elektrolit dan tisu utama membengkak.

    Bolehkah saya mencairkan susu formula dengan air?

    Tidak boleh. Jangan cuba untuk mencairkan susu formula dengan air. Ikut garis panduan untuk membuat susu formula seperti yang disediakan dan gunakan amaun air yang disarankan. Dengan meletakkan terlalu banyak air pada susu formula bukan sahaja boleh menyebabkan intoksikasi air, bahkan juga boleh menghalang tubuh daripada mendapat nutrien yang ada pada susu formula tersebut.

    Apa perlu saya buat jika bayi saya mengalami dehidrasi?

    Dalam sesetengah kes – jika bayi mendapat masalah perut (gastroenteritis), contohnya – doktor mungkin akan menyarankan untuk memberi bayi minuman elektrolit seperti Pedialyte atau Infalyte untuk membantu mengelakkan dehidrasi.

    Bila bayi saya boleh mula minum air mineral ataupun karbonat?

    Doktor menyarankan untuk menunggu sehingga usia bayi sekurang-kurangnya dua tahun. Mineral termasuklah yang ada dalam air mineral mengandungi sodium, kalsium, dan juga mineral surih. Komponen sebenar yang ada berbeza mengikut cara pemprosesan tertentu. Jadi, sukar untuk memberitahu apa kandungan di dalamnya. Sesetengah air mineral mengandungi terlalu banyak sodium dan mineral lain yang mana tidak boleh dikendalikan oleh buah pinggang kanak-kanak yang masih belum matang. Air karbonat juga bukanlah pilihan yang baik kerana boleh menyebabkan angin berlebihan, sakit dan ketidakselesaan perut.

    Selepas hari lahir kedua anak, sedikit air mineral jika diberikan sesekali tidak berbahaya kerana buah pinggang mereka sudah cukup matang untuk menahan muatan mineral ketika itu. Namun, jangan terpedaya dengan pengiklan yang mengatakan air mineral mengandungi manfaat kepada kanak-kanak. Tiada kelebihan ketara berbanding air kosong biasa. Dan juga, keselamatannya tidak terjamin. Minuman berkarbonat juga tidak berkhasiat untuk kanak-kanak walaupun kanak-kanak tersebut sudah lebih 2 tahun, kerana karbonat boleh menyebabkan masalah perut pada setiap lingkungan umur. Jika kanak-kanak sudah selesa minum air berkarbonat, mereka akan mudah terpengaruh dengan minuman bergas dan soda, yang mana kebanyakannya mengandungi banyak kuantiti sodium, gula, perisa tiruan, ataupun bahan kimia berbahaya lain.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan