backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Anak Sakit Sampai Tak Mahu Menyusu Atau Makan? Aduh, Risau! Ini 5 Cara Anda Boleh Atasinya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/01/2023

    Anak Sakit Sampai Tak Mahu Menyusu Atau Makan? Aduh, Risau! Ini 5 Cara Anda Boleh Atasinya

    Meskipun anda dan pasangan merupakan ibu bapa yang sangat cermat, akan ada juga masa di mana situasi tidak dapat dikawal dan akhirnya si kecil anda jatuh sakit. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu khuatir sekiranya bayi anda dijangkiti penyakit-penyakit biasa yang akan sembuh seiring dengan peredaran masa. Apa yang anda perlu lakukan adalah menjaga bayi anda dan ubah sedikit diet seharian mereka. Berikut merupakan beberapa perkara yang ibu bapa perlu tahu untuk menjaga pemakanan bayi yang sakit:

    Bagaimanakah anda perlu menyusukan bayi anda yang sakit?

    Penyusuan badan merupakan cara utama untuk membekalkan bayi anda yang masih lemah dengan antibodi dan nutrien penting. ini sangat diperlukan untuk anak anda menguatkan sistem imun dan melawan bakteria.

    Oleh itu, teruskan memberi bayi anda susu badan. Anda juga boleh memberikan mereka susu formula tetapi bukan pada kekerapan dan jangka masa yang lama.

    Ini kerana bayi yang sedang sakit cenderung untuk muntah setiap kali selepas sesi penyusuan.

    Perlukah anda terus menyuapkan makanan pejal kepada mereka?

    Anda boleh terus menyuapkan makanan pejal kepada bayi anda selagi makanan tersebut mudah untuk dihadam, mengandungi nutrien yang tinggi dan bayi anda masih mahu untuk memakannya.

    Apakah yang perlu dilakukan sekiranya mereka tidak mahu makan makanan pejal?

    Jangan memaksa mereka untuk makan sebaliknya tukarkan diet bayi anda daripada makanan pejal kepada minuman sekiranya mereka tidak berselera untuk makan.

    Ini mungkin menunjukkan badan mereka terlalu letih untuk menerima sebarang jenis makanan.

    Ketika ini, anda perlu memberikan makanan cair atau minuman yang tinggi nutrisi dan pastikan mereka kekal berhidrasi.

    Elakkan memberi bayi anda soda atau jus buah-buahan kerana kandungan gulanya yang tinggi boleh menyebabkan mereka mengalami cirit-birit.

    Perlukah anda berikan larutan “oral rehydration salt” kepada mereka?

    Secara amnya, bayi yang sedang mengalami sakit biasa tidak memerlukan sebarang larutan tambahan.

    Oleh itu, ibu bapa hanya perlu memberikan anak anda larutan ini sekiranya bayi anda tidak lagi mampu untuk menelan makanan atau mula menunjukkan kesan muntah-muntah.

    Ini akan membantu mereka mendapatkan klorida, potasium, karbohidrat dan elektrolit.

    Apa yang perlu diberikan kepada bayi anda yang sedang sakit?

    Pakar perubatan menyarankan ibu bapa untuk mengubahsuai sedikit sajian bayi anda bergantung kepada jenis penyakit mereka:

    Batuk dan demam selsema: tingkatkan pengambilan vitamin C mereka dengan menambahkan bawang merah, bawang putih dan pelbagai makanan kaya vitamin C yang lain.

    Jika bayi anda berusia 1 tahun ke atas, anda juga boleh berikan mereka air suam bercampur madu.

    Produk tenusu tidak disarankan kerana ia akan mengakibatkan senak perut dan meningkatkan penghasilan mukus.

    Sakit perut: tingkatkan pengambilan cecair dan berikan makanan yang mudah untuk dihadam. Doktor juga mungkin mencadangkan kanak-kanak yang yang mengalami sakit perut untuk mengikut diet BRAT (banana-rice-apple-toast).

    Proses penyembuhan

    Selera bayi anda akan kembali setelah mereka sembuh. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu tergopoh-gapah dan memaksa mereka untuk mengikut diet sajian yang anda mahukan selagi mereka masih belum bersedia.

    Berhubunglah dengan doktor anda untuk memberikan vitamin atau suplemen bagi mempercepatkan proses penyembuhan bayi anda.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan