Bagaimana Mengira Keperluan Kalori Bayi?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/10/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Keperluan kalori adalah berbeza untuk bayi, bergantung kepada pelbagai faktor seperti berat badan semasa, komposisi badan, berat badan semasa lahir, tahap aktiviti, keadaan perubatan, umur dan jantina. Anda sepatutnya memerhatikan tanda-tanda kekenyangan dan kelaparan bayi anda, kerana dia menggunakan tanda-tanda ini bagi memberitahu anda apabila dia lapar ataupun kenyang. Tanda-tanda kelaparan termasuklah menangis dan meragam, sementara tanda-tanda kekenyangan seperti tertidur semasa makan dan menolak puting. Memandangkan faktor-faktor rumit terlibat dalam menentukan keperluan sebenar kalori bayi, terdapat satu persamaan mudah yang boleh digunakan untuk mengira banyak mana kalori yang bayi anda perlukan.

Pertukaran unit berat bayi

Tukar unit kiraan berat bayi anda dalam pounds kepada kilogram. Terdapat 2.2 pounds dalam setiap kilogram, jadi anda perlu bahagikan beratnya dalam pounds kepada 2.2 untuk mengetahui amaun sebenar beratnya dalam kilogram. Contohnya, jika berat bayi anda 10 pounds, maka beratnya dalam kilogram ialah 4.55 kg.

Darabkan berat bayi anda dalam kilogram dengan 120 jika dia lahir cukup bulan, dan sihat. Purata bayi lahir cukup bulan memerlukan 120 kalori per kilogram berat setiap hari untuk membesar dengan sihat. Sebagai contoh, jika bayi anda berat 4.55 kg, darabkan 4.55 dengan 120. Jumlahnya, 546, adalah jumlah kalori yang perlu bayi anda ambil dalam sehari.

Kalori dalam susu 

Setiap 100 mL susu badan yang matang (i.e., susu ibu yang dihasilkan selepas 21 hari laktasi) menghasilkan kira-kira:

  • 70 kalori;
  • 97 g air;
  • 4 g karbohidrat (terutamanya laktosa);
  • 2 g lemak;
  • 3 g protein

Komposisi susu juga berbeza-beza dalam penyusuan. Susu badan matang berbeza dengan kolostrum, iaitu susu yang dihasilkan dalam beberapa hari terawal selepas bayi lahir. Setiap 100 mL kolostrum menghasilkan kira-kira:

  • 58 kalori;
  • 3 g karbohidrat;
  • 9 g lemak;
  • 7 g protein

Kolostrum adalah rendah lemak dan karbohidrat. Sebagai hasilnya, terdapat sedikit kalori dalam susu ibu untuk beberapa hari terawal kelahiran bayi.

Kolostrum adalah berwarna kuning kerana ia mengandungi tinggi tahap beta karotene (10 kali lebih banyak daripada yang ditemui dalam susu badan yang sudah matang).

Kolostrum juga mengandungi paras vitamin E dan zink yang tinggi.

Bagi mengetahui BMR atau kadar metabolik basal anda dan keluarga, dapatkannya di Kalkulator BMR kami.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    7 Fakta & Mitos Pembunuh Sperma Lelaki Yang Anda WAJIB Tahu, Jangan Percaya Benda Karut!

    Sperma suami sangat penting bagi lelaki yang inginkan cahaya mata. Apabila anda menghadiri pemeriksaan dengan doktor untuk mengetahui tahap kesuburan...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    PTSD Bukan Hanya Sebab Perang! Ini Cara Kenalpasti Anda Menghidap PTSD & Cara Atasinya

    PTSD adalah masalah kesihatan mental yang boleh dialami sesiapa sahaja. Jom kenali pencetus gangguan serta cara untuk mengatasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    Berapa Jumlah Tidur Yang Mencukupi? Tidur 5 Jam Sehari Tingkatkan Risiko Osteoporosis!

    Mungkin ramai yang tak percaya ada kaitan di antara masalah tak cukup tidur dengan osteoporosis. Hakikatnya, tidur merupakan salah satu elemen penting...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    Mahu Snek Ringkas, Padat Dengan Nutrisi & Mudah Disedia? Kekacang Untuk Lebih Tenaga!

    Sebagai kudapan sihat, cuba makan kacang sebelum bersenam. Banyak khasiat kacang yang ramai orang tidak tahu, termasuklah keupayaannya untuk beri tenaga!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah menstruasi wanita

    Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    conteng dinding

    Aduh, Panas Hati Bila Anak Suka Conteng Dinding! Bertenang, Cuba 5 Tip Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    susah tidur

    Cepat Penat & Susah Tidur Waktu Malam? Hati-Hati, Ia Mungkin Masalah TAK Disangka Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit glue ear

    Telinga Anda Kerap Berdesing Dan Sukar Mendengar? Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan