backup og meta

Adakah Anak Saya Pendek?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 14/06/2023

    Adakah Anak Saya Pendek?

    Bagaimana yang dikategorikan sebagai pendek?

    Sekiranya ketinggian anak anda jauh daripada kanak-kanak seusia, sejantina, dan juga satu kaum dengannya, anak anda dikira sebagai pendek. Istilah pendek juga merujuk kepada mereka yang lebih rendah daripada 97% rakan-rakan sebayanya (sama umur dan jantina).

    Apakah punca anak saya pendek?

    Faktor genetik

    Kanak-kanak yang mempunyai salah seorang (atau ramai) ahli keluarga yang pendek akan turut sama mewarisinya. Walau bagaimanapun, kanak-kanak ini adalah sihat sepenuhnya. Tiada rawatan yang terbukti berkesan dalam meningkatkan tinggi mereka.

    Malnutrisi

    Kanak-kanak yang tidak mendapat cukup pengambilan nutrisi adalah cenderung untuk membesar dengan lebih rendah berbanding yang sepatutnya, kerana mereka tidak mempunyai nutrien yang diperlukan untuk tubuh berkembang.

    Kelewatan pertumbuhan sementara

    Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak membesar lebih perlahan berbanding dengan purata kepantasan tumbesaran mereka untuk sementara (antara 6 bulan dan 2 tahun). Kemudian, mereka akan terus membesar pada kadar yang normal dan kemudian boleh mengejar tumbesaran rakan-rakan mereka.

    Faktor lain yang boleh menghalang pertumbuhan seseorang itu termasuklah ketidakseimbangan hormon dan penyakit kronik pada organ utama seperti jantung atau paru-paru.

    Apa yang boleh doktor lakukan untuk membantu anak saya?

    Sekiranya doktor percaya bahawa terdapat masalah asas yang menyebabkan anak anda pendek, mereka akan mengesan ukuran tinggi anak anda untuk beberapa bulan. Jika anak anda membesar dengan sihat, jadi tiada keperluan untuknya mendapatkan sebarang rawatan. Akan tetapi, jika kanak-kanak membesar dengan perlahan atau berhenti membesar, doktor akan merujuk anak anda kepada endokrinologi. Ujian darah adalah perlu untuk mengesan gangguan hormon atau kromosom. Sebarang kelewatan perkembangan akan dikenal pasti menggunakan X-ray usia tulang. Kadang-kadang, anak anda perlu melakukan MRI untuk melihat kemungkinan ketidaknormalan dalam kelenjar pituitari. Bergantung kepada masalah, doktor akan menyarankan pelan rawatan yang sesuai.

    Terapi hormon pertumbuhan (growth hormone) akan disarankan jika terbukti punca masalah adalah disebabkan kekurangan hormon pertumbuhan.

    Bagaimana saya boleh menyokong tumbesaran anak?

    Jika tiada perubatan yang boleh dilakukan untuk membantu ketinggian anak anda, langkah terbaik adalah dengan memastikan anak mendapat cukup nutrien, tidur yang baik, dan kerap bersenam. Penting untuk anda tidak mempermainkan ketinggian mereka atau cuba membandingkan mereka dengan kanak-kanak lain memandangkan hal ketinggian mereka mungkin merupakan genetik, jadi bukannya salah mereka. Selain itu, elakkan juga meletakkan tekanan pada mereka kerana stres psikologi ada hubungannya dengan kelewatan tumbesaran kanak-kanak. Walaupun jika anak anda tidak boleh membesar lebih tinggi, ia adalah tidak mengapa. Menjadi pendek tidak bermakna mereka tidak boleh berjaya dalam hidup.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 14/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan