backup og meta

Adakah Anak Anda Mengalami Masalah Tumbesaran?

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 29/11/2019

    Adakah Anak Anda Mengalami Masalah Tumbesaran?

    Apakah itu masalah tumbesaran?

    Masalah tumbesaran terjadi apabila kanak-kanak tidak membesar dengan normal. Ketinggian, berat atau ciri-ciri lainnya berbeza dengan kanak-kanak lain. Kanak-kanak yang mempunyai masalah tumbesaran mungkin terlalu pendek atau terlalu tinggi. Tangan, kaki dan muka mereka juga mungkin lebih besar daripada biasa. Masalah tumbesaran mungkin disebabkan oleh masalah kelenjar ataupun penyakit.

    Jenis masalah tumbesaran

    • Sindrom Beckwith-Wiedemann: Keadaan yang memberi kesan kepada kebanyakan bahagian badan. Kanak-kanak dengan sindrom ini lebih tinggi daripada kanak-kanak biasa semasa zaman kanak-kanak mereka. Walau bagaimanapun, apabila mereka dewasa, ketinggian mereka tidak ketara berbeza. Sindrom Beckwith-Wiedemann boleh menjejaskan bahagian-bahagian tertentu di satu sisi badan, lantas menyebabkan penampilan yang tidak sekata
    • Sindrom Cockayne: Keadaan yang jarang berlaku dengan melibatkan kepala yang kecil tidak normal, sangat pendek dan perkembangan lambat
    • Floating-Harbour syndrome: Keadaan yang menyebabkan pendek, lambat tumbesaran tulang, pembentukan wajah yang lewat dan kemahiran bertutur yang lambat
    • Geleophysic displasia: Keadaan yang menjejaskan kebanyakan bahagian badan, menyebabkan tulang, sendi, jantung, dan kulit yang tidak normal
    • Kekurangan hormon tumbesaran isolated: Keadaan yang disebabkan oleh pengeluaran hormon tumbesaran yang tidak normal. Orang yang mengalami kekurangan hormon tumbesaran isolated gagal untuk membesar pada kadar yang diharapkan

    Tanda-tanda masalah tumbesaran

    Tanda-tanda masalah tumbesaran yang biasa termasuklah:

    • Bayi baru lahir hilang sedikit berat dalam beberapa hari selepas dilahirkan
    • Bayi baru lahir mempunyai kepala yang sangat kecil
    • Bayi terus membesar dengan perlahan (bertambah berat badan dan/atau ketinggian)
    • Kanak-kanak tidak mengalami perkembangan seksual yang normal
    • Kanak-kanak sangat pendek atau tinggi
    • Penampilan yang tidak sekata: bahagian tertentu di satu sisi badan lebih besar

    Walau bagaimanapun, tumbesaran tidak normal tidak selalunya memberi maksud bahawa si kecil mengalami masalah tumbesaran. Anda perlu membawa anak anda ke hospital untuk memeriksa simptom mereka.

    Punca masalah tumbesaran

    Masalah dengan akil baligh

    Semasa baligh, kelenjar menghasilkan hormon untuk merangsang perubahan dalam badan. Hormon ini menyebabkan ciri-ciri seksual terbentuk. Sebagai contoh, payudara perempuan menjadi lebih besar, kitaran haid mula berlaku. Bagi lelaki pula, zakar dan buah zakar membesar. Jika perubahan ini berlaku sebelum usia 7 atau 8 tahun, pada mulanya, kanak-kanak cenderung untuk lebih tinggi daripada kanak-kanak normal yang lain dan kemudian mereka mungkin berhenti berkembang lebih cepat daripada rakan-rakan mereka. Sekiranya perubahan ini tidak muncul pada umur 15 tahun, kanak-kanak cenderung lebih tinggi daripada remaja lain.

    Masalah hormon

    Kelenjar dalam badan yang dipanggil kelenjar pituitari menghasilkan hormon tumbesaran. Apabila kelenjar ini tidak menghasilkan hormon tumbesaran yang mencukupi, kanak-kanak boleh membesar dengan lebih perlahan daripada kanak-kanak lain. Kelenjar penting yang lain adalah tiroid. Tiroid menghasilkan hormon tiroksin. Jumlah tiroksin yang tidak mencukupi boleh melambatkan tumbesaran kanak-kanak.

    Penyakit kronik

    Masalah tumbesaran boleh disebabkan oleh penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang, hati, anemia sel sabit, cystic fibrosis, dan kencing manis. Masalah usus akan mengakibatkan kebolehupayaan badan dalam menyerap nutrien daripada makanan. Sebarang penyakit yang teruk yang tidak dirawat ataupun tidak dirawat dengan betul boleh melambatkan tumbesaran kanak-kanak.

    Masalah semasa kehamilan

    Sekiranya ibu mengandung minum alkohol atau merokok, tumbesaran bayi akan terjejas. Jangkitan dan penyakit tertentu juga boleh menyebabkan masalah tumbesaran.

    Masalah genetik

    Keadaan genetik seperti sindrom Turner atau sindrom Marfan boleh menyebabkan seseorang membesar dengan tidak normal.

    Rawatan untuk masalah tumbesaran

    Walaupun masalah tumbesaran dianggap remeh, namun rawatan boleh diambil untuk membantu kanak-kanak mendapatkan penampilan yang normal. Rawatan khusus adalah disarankan untuk keadaan perubatan tertentu. Jika kanak-kanak mempunyai hypothyroidism, doktor akan memberi preskripsi pil penggantian hormon tiroid. Sekiranya kanak-kanak mengalami kekurangan hormon tumbesaran, sindrom Turner, dan penyakit buah pinggang kronik, doktor akan memberi preskripsi iaitu suntikan hormon tumbesaran. Suntikan ini selamat dan berkesan. Walau bagaimanapun, rawatan mungkin melibatkan beberapa sesi dan memakan masa bertahun.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 29/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan