7 Tip Bantu Anak Anda Belajar Berjalan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Tumbesaran kanak-kanak adalah suatu perkara yang sangat diraikan oleh ibu bapa. Daripada berat badan, ketinggian atau pelbagai lagi aspek perkembangan anak, mereka sangat teruja untuk melihatnya. Begitu juga dengan aspek pergerakan anak mereka. Daripada mengiring, meniarap, mengesot, merangkak, duduk, berdiri sehinggalah berjalan, ibu bapa perlu sentiasa ada untuk membantu anak anda.

Kebiasaannya, kanak-kanak akan mula mampu berjalan sekitar umur mereka 1 tahun atau lebih bergantung kepada keupayaan fizikal mereka. Sebagai ibu bapa, anda perlulah memainkan peranan dan menjadi cikgu yang baik untuk melatih mereka belajar berjalan dengan betul dan selamat. Berikut merupakan 7 tip yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk membantu anak anda belajar berjalan.

1. Jangan memaksa anak anda berjalan

Anda perlu tahu bahawa perkembangan kanak-kanak itu berbeza mengikut kemampuan mereka. Oleh itu, jangan membanding-bandingkan anak anda dengan anak individu lain yang sudah mampu berjalan meskipun sama usianya. Paling penting, jangan memaksa anak anda untuk berjalan selagi mereka belum bersedia untuknya. Keyakinan mereka akan jatuh merudum sekiranya mereka dapat mengesan yang anda hampa dengan mereka.

2. Berikan mereka ruang untuk praktis

Anak anda memerlukan ruang dan peluang yang secukupnya untuk praktis dan memperbaiki kemahiran berjalan mereka. Apa yang anda boleh lakukan untuk menyediakan kesempatan itu adalah dengan membawa mereka ke taman permainan atau mana-mana tempat yang menarik dan biarkan mereka sendiri menerokai kawasan tersebut dengan berjalan perlahan-lahan. Namun, anda diingatkan untuk sentiasa mengawasi pergerakan mereka.

3. Berikan galakan dan dorongan kepada mereka

Kadangkala, kanak-kanak akan mudah putus asa atau menangis setiap kali mereka gagal melakukan sesuatu termasuklah cubaan untuk berjalan. Jika ini berlaku, jangan sesekali memarahi mereka. Sebaliknya berikan sokongan dan berikan semangat kepada mereka untuk cuba berjalan perlahan-lahan sehingga berjaya.

4. Pastikan keselamatan mereka terjamin

Kanak-kanak masih belum dapat membezakan apa yang bahaya dan apa yang selamat untuk mereka cuba. Ketika mereka sedang dalam proses belajar berjalan, pastikan di sekeliling mereka tidak terdapat sebarang objek yang berbahaya dan boleh mendatangkan bahaya kepada mereka seperti guli, mainan kecil, alatan tajam ataupun perabot berbucu yang terdapat di ruang tamu rumah anda.

5. Lakukan aktiviti yang menyeronokkan

Sebagai ibu bapa, anda disarankan untuk tidak memberikan tekanan kepada anak anda ketika mengajar mereka berjalan. Sebaliknya, anda boleh lakukan aktiviti yang menarik seperti berjalan bersama haiwan peliharaan anda. Ini kerana aktiviti yang menarik dapat membuat mereka rasa teruja dan lebih relaks untuk belajar sesuatu pergerakan yang baru.

6. Biarkan mereka bermain di luar rumah

Kadangkala, belajar berjalan di rumah sahaja boleh mendatang kebosanan kepada anak anda. Oleh itu, ambil inisiatif dengan membawa mereka keluar ke taman permainan atau padang rekreasi yang selamat untuk anak anda. Mereka akan berasa lebih seronok dan selamat lebih-lebih lagi jika anda berjalan bersama-sama mereka dengan perlahan-lahan.

7. Lakukan praktis secara berperingkat

Tidak semua perkara perlu digesa termasuklah kemampuan anak anda untuk berjalan. Jangan sesekali menganggap sekali latihan sahaja sudah mencukup untuk mereka berjalan sendiri kelak. Sebaliknya, beri peluang untuk anak anda melakukan praktis secara berperingkat. Satu persatu langkah anak anda sebenarnya akan membuahkan hasil yang bagus juga akhirnya.

Adakah anda perlu risau jika anak anda lambat berjalan?

Menurut ‘Red Flags of Development’, ada petanda yang perlu menjadi ukuran seseorang kanak-kanak itu lambat berjalan. Berikut merupakan petandanya:

12 bulan: masih belum boleh berdiri dengan sokongan

18 bulan: masih belum boleh berjalan sendiri tanpa sokongan

24 bulan: masih belum stabil semasa berjalan

Sekiranya anda mendapati bahawa terdapat petanda ini pada anak anda, segera bawa mereka berjumpa dengan pakar pediatrik untuk mendapatkan khidmat nasihat atau rawatan doktor.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Apa Itu Urologi: Kenali Simptom, Punca Dan Rawatan Untuk Masalah Saluran Kencing Anda

    Ramai yang kurang tahu mengenai kepakaran urologi dan kepentingannya bukan sahaja buat lelaki malahan wanita. Mari kenali apa itu urologi dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Urologi 21/01/2021 . 6 minit bacaan

    Maut Disebabkan Terkena Jangkitan Saluran Kencing? Tak Mustahil Terjadi Jika Alami Keadaan Ini…

    Bolehkah seseorang itu maut hanya disebabkan oleh jangkitan saluran kencing? Jawapannya adalah ya jika ada tanda sepsis yang berlaku. Apa itu sepsis?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 21/01/2021 . 3 minit bacaan

    Anak Menangis Sampai Muka Jadi Biru? Mak Ayah Usah Biarkan! Ini Namanya Raungan Senyap

    Siapa tak risau apabila melihat bayi menangis jadi kebiruan akibat tahan nafas. Lebih teruk lagi jika perkara ini sering menjadi punca anak pengsan...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 21/01/2021 . 3 minit bacaan

    Tinggalkan Hand Sanitiser Di Dalam Kereta, Masih Boleh Guna Atau Sudah Tidak Berkesan?

    Susah untuk membasuh tangan dan lebih suka gunakan pensanitasi tangan? Pastikan anda tahu bila anda perlu beli botol baharu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 21/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesan buruk melancap

    Kerap Melancap Punca Pundi Kencing Lemah & Selalu Ke Tandas, Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/01/2021 . 3 minit bacaan
    miss v gatal wanita

    Miss V Terasa Gatal-gatal? Ini 5 Penyebab Utama Faraj Wanita Kerap Alami Kegatalan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 21/01/2021 . 3 minit bacaan
    batu karang

    Awas.. Syok Makan Ini, Makan Itu, Rupa-rupanya Agen Utama Batu Karang Ginjal!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 21/01/2021 . 5 minit bacaan
    sakit buah pinggang

    7 Tanda Penyakit Buah Pinggang Yang Harus Anda Perhatikan, Jangan Biar Ia Semakin Parah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 21/01/2021 . 5 minit bacaan