Nutrisi yang Sangat Diperlukan Oleh Remaja

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Proses akil baligh akan membawa perubahan yang besar terhadap fizikal dan mental seorang remaja. Disebabkan itu, sangat penting bagi seorang remaja untuk mempunyai diet yang seimbang dan sihat. Ketika anak remaja anda sudah mencecah usia di mana mereka bebas memilih makanan mereka sendiri, pastikan mereka tahu nutrisi yang diperlukan dalam diet mereka untuk mencapai pertumbuhan tubuh badan yang sihat.

Fokus terhadap nutrisi yang paling utama

Sebenarnya, keperluan nutrien adalah sama sahaja bagi setiap lingkungan umur. Namun begitu, terdapat nutrien yang sangat penting untuk golongan remaja termasuklah:

Zat besi

Zat besi adalah komponen yang tiada gantinya untuk perkembangan dan fungsi tubuh badan manusia kerana ia membantu dalam pembentukan sel darah merah dan molekul protein (hemoglobin). Zat besi juga memainkan peranan penting dalam proses pengaliran oksigen daripada paru-paru ke seluruh bahagian tubuh badan selain membantu proses metabolisma protein. Kesemuanya adalah sangat penting bagi memastikan setiap organ dan tisu otot dalam tubuh badan berfungsi dengan baik.

Zat besi kebanyakannya ditemui di dalam daging merah, ikan, sayur-sayuran hijau, kacang soya, gandum dan buah-buahan kering. Bagi memastikan penyerapan zat besi yang lebih baik, ambil ekstra vitamin C dan elakkan pengambilan kalsium semasa makan makanan yang kaya dengan zat besi.

Remaja perempuan dan remaja ‘vegetarian’ lebih berisiko mempunyai kurang zat besi dalam badan.  Ini kerana mereka akan kehilangan zat besi yang mengalir keluar melalui darah semasa sedang datang bulan. Selain itu, zat besi yang terdapat pada makanan yang ditanam (‘non haem iron’) adalah sukar untuk diserap berbeza dengan zat besi yang terdapat pada produk daging (‘haem iron’).

Kekurangan zat besi akan menjejaskan fizikal dan mental remaja. Pakar menyarankan remaja untuk memasukkan makanan yang tinggi kandungan zat besi dalam diet mereka selain mengambil suplemen tambahan. Amaun pengambilan zat besi yang disarankan adalah 11.3 mg untuk remaja lelaki manajaka 14.3 mg untuk remaja perempuan. Ini disebabkan oleh remaja perempuan perlu menggantikan zat besi yang mereka hilang ketika sedang datang bulan.

Kalsium

Kalsium memainkan peranan yang sangat penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi. Disebabkan itu, ia dikategorikan sebagai antara nutrisi yang terpenting untuk pertumbuhan tubuh badan remaja yang sihat. Bukan sahaja untuk pertumbuhantulang dan gigi yang sihat, kalsium juga berperanan dalam membantu fungsi tubuh badan yang asas seperti pergerakan darah, kontraksi otot serta penghantaran isyarat sel. Individu yang mempunyai kalsium tinggi dalam badan juga akan mempunyai kadar degupan jantung dan fungsi sistem saraf yang normal.

Kekurangan kalsium dalam badan individu akan meningkatkan risiko osteoporosis dan obesiti. Jika seorang remaha tidak menerima amaun kalsium yang diperlukan dalam diet seharian mereka, ia akan menjejaskan kesihatan tulang dan gigi serta ketinggian mereka.

Produk tenusu seperti susu, yogurt dan keju adalah sumber utama kalsium. Walau bagaimanapun, jika anak remaja anda seorang ‘vegetarian’ atau mempunyai alahan terhadap susu lembu, gunakan alternatif lain seperti kekacang (almond, hazel) dan susu soya penuh. Tulang ikan juga mempunyai kandungan kalsium yang tinggi. Oleh itu, ikan di dalam tin juga adalah makanan yang disarankan untuk mereka yang sangat memerlukan elemen ini.

Menurut pakar, remaja yang berumur 11 hingga 18 tahun perlu mengambil sekurang-kurangnya 800 hingga 1,000 mg kalsium setiap hari bergantung kepada jantina mereka.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Pasti ramai yang rasa teruja ketika melawat ibu bersalin dan bayi yang baru lahir. Jika anda ingin melawat, jom ikuti 7 tip ketika melawat bayi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ketiak Rasa Gatal Dan Sakit? Awas, Ini Mungkin Gara-Gara Deodoran!

    Adakah anda rasa ketiak gatal dan sakit setelah memakai deodoran? Mungkin anda sebenarnya sedang mengalami tindak balas alahan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hati-hati Pencinta Kucing! Jika Si Comel Ada Bisul Pada Kulit, Anda Mungkin Dijangkiti Penyakit Kulat Ini

    Penyakit kulat sporotrichosis, dikenali sebagai sporo selalunya dikaitkan sebagai penyakit yang membawa maut bagi haiwan peliharaan terutamanya si gebu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Paksa Muntah Kembali Makanan Boleh Bawa Maut, Ada 11 Tanda Penyakit Bulimia, AWASINYA!

    Jika anda alami salah satu daripada 11 perkara ini, bermaksud anda sedang alami penyakit bulimia nervosa. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit bulimia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tangan bergetar

    Tangan Asyik Bergetar, Normal Ke? Ini 5 Punca Utamanya, #3 Mungkin Berkait Dengan Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab alzheimer di usia muda penyebab alzheimer di usia muda

    Bukan Warga Emas Sahaja, Orang Muda Juga Berisiko Terkena Alzheimer Jika Ini Berlaku…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    kes penculikan digital

    Digital Kidnapping, Penculikan Kanak-kanak Atas Talian Yang Tidak Disedari Ibu Bapa, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan