Kenapa Berat Badan Bayi Anda Tidak Naik?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/12/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Doktor boleh melakukan beberapa ujian berkenaan diet bayi anda, sejarah kesihatan, tahap aktiviti, dan kemungkinan penyebab tekanan sebelum dapat mengetahui punca kegagalan kenaikan berat badan bayi anda.

Secara umumnya, jika bayi tidak membesar secara normal, itu mungkin kerana dia tidak makan dengan betul atau dia tidak menyerap nutrien sepenuhnya.

Masalah penyusuan

  • Bayi anda mungkin merasa letih dan tertidur sebelum dia mempunyai susu yang mencukupi.
  • Bayi anda mungkin mempunyai tahap refleks menghisap yang lemah untuk menghisap susu cukup dari payudara atau bahkan dari botol.
  • Bibir atau lelangit mengganggu penyusuan. Keadaan ini dapat ditangani dengan menggunakan botol dan puting khas dan mendapatkan nasihat pakar makanan. Ini biasa terjadi pada tahun pertama pembesaran.
  • Tounge tie dan lip tie boleh membuatkan bayi anda tidak dapat menyusu dengan baik dan mendapatkan semua khasiat makanan.
  • Jika anda memberikan bayi anda susu formula, penyediaan susu yang salah juga boleh menyebabkan bayi anda kegagalan untuk menaikkan berat badan.
  • Jika anda memberikan susu badan dan berdepan masalah untuk mendapatkan rutin penyusuan yang betul, bayi anda mungkin tidak mendapat nutrien yang mencukupi. Ini mungkin disebabkan jumlah susu yang tidak mencukupi untuk bayi anda.
  • Tekanan perasaan atau gangguan emosi seperti perasaan sedih juga boleh mengganggu penyusuan. Ia boleh menyebabkan letdown reflex, satu keadaan di mana payudara akan dirangsang untuk mengeluarkan susu, tidak dapat menjalankan tugas dengan baik. Sekali gus menyebabkan bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi. Untuk menggalakkan letdown reflex ini, carilah tempat menyusu yang tenang.
  • Sesetengah bayi yang diberikan makan mengikut jadual yang ketat juga boleh mendapat kurang nutrien makanan yang diperlukan. Adalah lebih baik untuk membiarkan bayi anda mendapatkan susu pada bila-bila masa yang diperlukannya.

Faktor lain

  • Jika bayi anda tidak sihat, dia memerlukan lebih banyak kalori dan nutrien. Rasa tidak sihat boleh mengganggu selera dan penambahan berat bayi anda.
  • Bayi anda mungkin mengalami masalah gastrousus kronik seperti cirit-birit, relfuks, jangkitan seliak (celiac disease) atau alergi susu.
  • Jika anda mengalami masalah kemurungan selepas bersalin atau ada anak-anak anda yang lain yang berebut mendapatkan perhatian anda, anda mungkin tidak dapat memberikan perhatian secukupnya kepada bayi anda untuk memastikan dia mendapat kalori yang mencukupi.

Dalam sesetengah kes yang jarang berlaku, kegagalan untuk mendapatkan berat badan boleh disebabkan oleh masalah paru-paru seperti fibrosis sista, masalah sistem saraf seperti cerebral palsy, masalah kromosom seperti sindrom down, penyakit jantung, anemia, atau gangguan metabolik atau endokrin seperti kekurangan hormon pertumbuhan. Sekiranya berdepan dengan salah satu punca di atas, rawatan segera perlu di ambil.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    penyusuan susu ibu

    Bayi Menyusu Badan Kurus & Kurang Berat? Ibu Jangan Risau, Ada Penyelesaiannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan