Satu-Satunya Sebab Kenapa Anda TAK Boleh Beri Madu Pada Bayi, Jangan Degil Ya Ibu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Ibu bapa digalakkan memberi makan pelbagai jenis makanan yang sihat untuk bayi mereka agar dapat membekalkan nutrien yang mencukupi dan mengurangkan risiko bayi mengalami tindak balas alahan pada masa akan datang.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian. Kaya dengan flavonoid, antioksidan dan enzim anti-radang, tidak syak lagi madu adalah salah satu makanan yang paling sihat di dunia.

Jadi, mengapa kita tidak digalakkan memberikannya kepada bayi?

Kenapa madu dilarang untuk bayi?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan The American Academy of Pediatrics, madu dalam semua bentuk (walaupun dalam ubat batuk atau produk makanan yang dibakar dan diproses) dilarang sama sekali dalam diet bayi sehingga mereka mencapai usia 12 bulan.

Walaupun bukan satu kemestian, madu seringkali mengandungi Clostridium botulinum, yang merupakan spora bakteria yang bertanggungjawab untuk beribu-ribu kes keracunan botulisme yang mengancam nyawa setiap tahun.

Spora Clostridium botulinum, sebagai kebanyakan bakteria anaerobik, berkembang dalam persekitaran yang rendah asid dan oksigen.

Disebabkan itu, spora ini paling biasa dijumpai pada tanah dan debu. Pun begitu, spora ini juga kadangkala boleh ditemui dalam madu.

Mikroorganisma yang terdapat dalam sistem pencernaan yang matang dapat menghentikan percambahan bakteria ini, tetapi saluran pencernaan dan imuniti bayi belum cukup berkembang untuk melawan C. botulinum dan pengeluaran toksinnya di dalam tubuh.

Satu lagi sebab mengapa madu tidak disyorkan untuk bayi adalah kandungan kandungan gula yang tinggi.

Ibu bapa dinasihatkan untuk tidak menambah gula ke dalam diet bayi mereka kerana ia boleh merosakkan gigi baru mereka dan menggalakkan tabiat memakan makanan manis pada masa depan.

Oleh itu, jika anda ingin menambah rasa manis dalam makanan bayi anda, cuba tambah keledek, pisang atau pir – ini adalah makanan dengan rasa manis dan kaya dengan vitamin dan mineral.

Tanda dan simptom botulisme

Simptom botulisme mungkin akan kelihatan dalam masa 8 hingga 36 jam selepas pengambilan tetapi terdapat kemungkinan tanda-tanda lewat sehingga 14 hari kemudian. Sekiranya anda secara tidak sengaja memberikan bayi anda madu, beri perhatian kepada mereka dengan teliti dan hubungi doktor anda dengan segera jika mereka mula menunjukkan tanda-tanda berikut:
-Pergerakan lembik dan kelesuan
-Kurang selera makan (sukar atau penyusuan lemah
-Kesukaran menelan dan bernafas
-Banyak air liur meleleh
-Tangisan lemah dan tona otot lemah
-Ekspresi wajah kaku
-Sembelit

Rawatan botulisme

Keracunan botulisme adalah keadaan kesihatan yang mungkin membawa maut. Mengenal pasti seawal mungkin dan rawatan perubatan yang betul membolehkan bayi yang mengalami botulisme pulih sepenuhnya daripada penyakit ini.

Rawatan paling biasa untuk botulism bayi pada masa kini adalah penggunaan immuno globulin boutolisme intravena (BIGIV). Ia adalah larutan steril daripada plasma manusia (cecair darah yang jernih) yang mengandungi antibodi yang membantu meningkatkan imuniti seseorang untuk melawan bakteria yang menyebabkan penyakit. Walau bagaimanapun, apabila bayi anda menggunakan immuno globulin boutulisme, kesan sampingan biasa boleh berlaku, termasuklah:

-Loya dan muntah-muntah
-Kulit kemerahan atau ruam kulit yang ringan
-Sakit badan
-Nafas berdehit

Jika bayi anda mengalami kesukaran bernafas dan menelan yang teruk, mereka mungkin dimasukkan ke dalam ventilator serta diberi makan dengan cairan intravena dan bukannya makanan biasa.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

    Wanita hamil dengan sindrom ovari polisistik dikatakan boleh memberi kesan kepada jantina bayi dalam kandungan, adakah ia benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 17/09/2020 . 3 minit bacaan

    Selamat Ke Penyaman Udara Untuk Si Manja? Sebelum Buka Aircond Dalam Bilik Bayi, Baca Ini Dulu!

    Ramai yang percaya bahawa pendingin hawa bahaya untuk bayi. Tapi, betul ke? Penggunaan penyaman udara sebenarnya boleh buatkan bayi tidur dengan lebih lena!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bayi Sudah Masuk Usia 8 Bulan? Ibu Boleh Mula Bagi Si Manja Finger Food, Baik Untuk Skil Motor

    Sebagai ibu, anda pasti tertanya-tanya apakah makanan yang sesuai untuk bayi 8 bulan. Pada waktu ini, ibu sudah boleh berikan bayi makanan pejal.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 14/09/2020 . 3 minit bacaan

    Si Kecil Asyik Jelir Lidah Bukan Mahu Mengejek, Ibu Bapa Kena Tahu 7 Sebab Ini, Ada Yang Bahaya!

    Si kecil anda kerap menjulurkan lidah seakan mengejek dan mengajuk anda? Ibu bapa kena tahu 7 sebab bayi julur lidah ini! Jom klik untuk baca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    mengesan kehamilan PCOS

    Haid Tidak Tentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    puting kosong

    Puting Kosong, Objek Ajaib Menenangkan Si Manja! Tapi Ia Boleh Buat Gigi Bayi Jongang?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
    melawat bayi

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    cacar air

    Anak Kena Chickenpox? Nah, Cuba Rawatan Semula Jadi Ini Di Rumah, Pasti Berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan