backup og meta

Bolehkah Beri Bayi Makan Tauhu?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 23/11/2021

    Bolehkah Beri Bayi Makan Tauhu?

    Tauhu ialah makanan yang amat baik untuk diberikan kepada anak anda kerana mengandungi kepekatan nutrien yang tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara tertentu yang anda perlu tahu jika ingin memberi anak makan tauhu.

    Apa itu tauhu?

    Tauhu ialah kacang soya tidak ditapai, yang sekian lama menjadi pilihan pemakanan untuk kebanyakan orang Asia. Tauhu mengandungi zat besi, protein, dan kalsium. Jumlah protein yang ada dalam tauhu ialah lebih kurang 9 gram. Tauhu keras mempunyai lebih asid lemak, kalsium, dan protein. Kajian membuktikan bahawa tauhu ialah alternatif terbaik untuk bayi yang mengalami alergik kepada produk tenusu. Ini kerana tauhu dapat menyediakan bayi kesemua nutrien yang boleh didapati daripada susu.

    Pun begitu, khasiat tauhu masih lagi menjadi kontroversi. Memandangkan tauhu adalah produk soya, ia tidak boleh diberikan kepada bayi yang mempunyai alergik kepada kacang soya. Dan juga, terdapat sesetengah kajian yang menunjukkan bahawa tauhu boleh membahayakan perkembangan bayi.

    Bila dan bagaimana anda boleh memperkenalkan tauhu kepada bayi?

    Sesetengah doktor percaya bahawa sistem penghadaman bayi sebenarnya tidak boleh mengendalikan tauhu. Akan tetapi, pakar yang lain menolak dan menganggap tauhu sebagai makanan yang sangat mudah untuk dihadam. Disebabkan kontroversi yang terjadi, secara umumnya, ibu bapa dinasihatkan untuk menunggu sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 8 bulan jika mahu memberikan bayi makan tauhu. Tauhu boleh tahan sehingga 7 hari jika disimpan di dalam peti sejuk

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memberikan bayi makan tauhu?

    Alergi soya adalah penyebab utama anda tidak boleh memberikan tauhu terlalu awal kepada bayi anda. Reaksi alergik bagi seseorang bayi akan jadi lebih teruk dan boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada anak anda untuk jangka panjang.

    Seperti yang kita tahu, sesetengah orang dewasa juga tidak menggemari tauhu kerana rasanya yang tidak begitu sedap. Begitu juga halnya dengan bayi. Jadi, cara terbaik untuk memberikan si manja anda tauhu adalah dengan mencampurkan tauhu bersama makanan lain. Contohnya, anda boleh mengisar tauhu bersama dengan beberapa buah-buahan yang bayi anda gemari (seperti pic, pear, atau beri) dan menawarkan tauhu sebagai snek ringan. Bersabarlah jika bayi anda menolak tauhu sewaktu pertama kali anda memperkenalkannya. Bayi mungkin memerlukan masa sebelum biasa dengan rasa tauhu.

    Ibu bapa dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor sebelum menawarkan bayi jenis makanan baru, terutama jika bayi anda mengalami beberapa reaksi alergi sebelum ini. Juga, anda disarankan untuk memantau bayi dengan rapi semasa si manja mencuba makanan baru. Lihat pada tanda-tanda ketidakselesaan yang ditunjukkan, kerana ini juga mungkin petunjuk kepada reaksi alergik. Bawa segera bayi berjumpa doktor jika anda melihat sebarang ketidaknormalan berlaku.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 23/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan