Bagaimana Menguatkan Sistem Imun Si Kecil Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Apakah itu sistem imun?

Sistem imun merupakan sistem pertahanan dalam badan yang terdiri daripada sel dan protein yang melindungi individu daripada sebarang infeksi. Apabila bakteria, virus atau apa-apa bentuk infeksi cuba untuk memasuki badan individu, sel darah putih dalam badan akan menghasilkan antibodi yang berfungsi untuk melawan infeksi tersebut.

Sistem imun bayi adalah sangat lemah jika hendak dibandingkan dengan sistem imun individu dewasa. Mereka hanya dibekalkan dengan antibodi yang disalurkan oleh ibu mereka semasa tempoh tiga bulan terakhir kehamilan. Disebabkan itu, si kecil anda sangat mudah terdedah kepada apa-apa bentuk infeksi yang akan mendatangkan penyakit.

Sebagai ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan sistem imun si kecil anda berada pada tahap yang baik. Berikut merupakan beberapa tip yang boleh digunakan oleh ibu bapa dalam usaha menguatkan sistem imun si kecil anda.

1. Penyusuan susu badan

Susu badan mempunyai banyak elemen yang boleh membantu sistem imun bayi anda. Antara elemen tersebut termasuklah protein, lemak, gula, probiotik serta antibodi. Selain itu, susu badan juga dapat melindungi anak anda daripada pelbagai jenis infeksi dan masalah kesihatan seperti alahan, cirit-birit, radang paru-paru, meningitis, infeksi pada saluran air kencing serta sudden infant death syndrome (SIDS).

Susu badan juga mempunyai lebih banyak nutrien dan dapat menyalurkan imuniti daripada ibu kepada bayi yang sangat diperlukan untuk melawan infeksi. Oleh itu, teruskan menyusukan si kecil dengan susu badan selagi mampu.

2. Mendapatkan tidur yang secukupnya

Kurang tidur akan mengakibatkan si kecil anda lebih mudah terdedah kepada penyakit. Ini disebabkan oleh kekurangan sel-sel pembunuh semula jadi mereka yang berfungsi membantu melawan infeksi sistem imun.

Menurut Dr. Kathi Kemper yang merupakan seorang pengarah sebuah hospital di Boston, Amerika menyatakan bayi yang baharu lahir perlu untuk tidur sekurang-kurangnya 18 jam sehari. Golongan kanak-kanak pula memerlukan dalam lingkungan 12 hingga 13 jam sehari untuk tidur. Bagi golongan kanak-kanak yang sudah bersekolah pula, mereka memerlukan waktu tidur lebih kurang 10 jam sehari.

3. Pengambilan diet yang seimbang dan sihat

Umum mengetahui, pengambilan buah-buahan dan sayuran-sayuran merupakan diet yang paling terbaik untuk si kecil anda. Jenis makanan ini mempunyai nutrien yang sangat diperlukan dalam pembentukan sistem imun dalam badan. Antara nutrien tersebut adalah vitamin C dan karotenoid yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran seperti kacang panjang, lobak, strawberi dan oren.

Selain buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan yang mempunyai omega-3 seperti ikan salmon, ikan kembung dan ikan tuna sangat baik untuk perkembangan sistem imun si kecil anda. Oleh itu, anda juga boleh memasukkan ikan ke dalam diet anak anda atau bagi perkembangan sistem imun yang lebih kuat.

4. Pengambilan suplemen

Pengambilan suplemen tambahan seperti vitamin sangat diperlukan untuk membantu menguatkan sistem imun anak-anak. Namun, anda disarankan untuk berbincang dahulu dengan doktor anda bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan yang mungkin berlaku akibat pengambilan suplemen tersebut.

5. Vaksinasi

Vaksinasi merupakan kaedah yang selamat dan efektif dalam membantu si kecil anda melawan penyakit. Vaksin sebenarnya merupakan untaian virus atau bakteria yang dimasukkan ke dalam badan untuk menghasilkan imuniti pada masa akan datang. Ini untuk membiasakan badan dengan virus atau bakteria yang menyebabkan sesuatu penyakit sekaligus berpeluang melawannya. Sebagai ibu bapa, anda perlu lah peka dengan tumbesaran si kecil anda dan memberi mereka suntikan vaksinasi yang sangat diperlukan demi menguatkan sistem imun mereka.

6. Aktiviti senaman

Menurut Ranjit Chandra yang merupakan doktor pediatrik di emorial University of Newfoundland, kerap melakukan senaman dapat meningkatkan sel pembunuh semula jadi anda. Sebagai ibu bapa, anda perlu menjadi contoh yang terbaik untuk mereka dengan sentiasa mengajak mereka bersama melakukan aktiviti fizikal seperti berjoging, berbasikal atau memanjat bukit. Di samping dapat meningkatkan sel pembunuh semula jadi, aktiviti-aktiviti seperti ini juga dapat menjamin kesihatan kardiovaskular anda dan anak anda .

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Amal Diet Tinggi Protein Untuk Turunkan Berat Badan? Tunggu Dulu! Ada 6 Risiko Perlu Tahu

    “Saya ada membaca artikel yang mengatakan, diet tinggi protein mempunyai keburukan kepada tubuh. Apakah keburukan protein yang diambil secara berlebihan?”

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diet & Turun Berat Badan, Pemakanan Sihat 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    Lelaki Dewasa Tetapi Suara Seperti Budak, Meski Kedengaran Aneh, Kan? Ini Sejenis Penyakit!

    Tahukah kalian bahawa ada sejenis penyakit yang akan menyebabkan suara lelaki dewasa seperti budak kecil? Jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Tekak, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Encik Suami Nak Bersama, Tapi Ada Jangkitan Kulat Pula… Sebelum Proceed, Ambil Tahu Risiko Ini!

    Jangkitan kulat pada kemaluan amat menjengkelkan! Bukan saja gatal dan menyakitkan, malah ia boleh mengganggu aktiviti di ranjang dengan pasangan tercinta.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ini 5 Kaedah Rawatan Alternatif Bagi Gangguan Skizofrenia, Terbukti Boleh Kurangkan Simptom

    Ada beberapa kaedah rawatan skizofrenia yang tersedia, termasuklah beberapa kaedah alternatif. Berikut adalah cara merawat skizofrenia yang telah terbukti.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Isu Kesihatan Mental Lain, Kesihatan Mental 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit dada kiri

    8 Perkara Penting WAJIB Tahu Jika Alami Serangan Jantung Ketika Memandu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
    sukan wanita

    Wanita Hendak Selesa Ketika Bersenam, Yang Mana Perlu Pakai: Bra Sukan Atau Coli Biasa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
    cara merawat ulser mulut

    Jangan Terus Sapu Ubat Gel Jika Terkena Ulser Mulut, Lagi-lagi Pada Anak Kecil! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
    memberus lidah

    Sebab Inilah Kita Kena Berus Lidah Sekali Masa Gosok Gigi! Kalau Tidak, Akan Jadi Begini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan