brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Bayi Dah 6 Bulan, Boleh Mula Makan? Ini Tanda Si Manja Sudah Bersedia!

Memperkenalkan makanan pejal bayi merupakan salah satu perkara yang sangat ditunggu-tunggu oleh ibu bapa apabila si manja mula memasuki fasa baharu dalam perkembangannya.

Bayi Dah 6 Bulan, Boleh Mula Makan? Ini Tanda Si Manja Sudah Bersedia!

Pelbagai jenis rasa dan tekstur makanan akan mula diperkenalkan kepada si kecil, menjadikan fasa ini satu pengalaman baharu buat bayi dan ibu bapa.

Persoalannya, bila masa yang sesuai untuk mula memperkenalkan makanan pejal?

Adakah terdapat panduan umur yang spesifik dan bagaimana ibu bapa boleh tahu si manja sudah bersedia?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.

Bila si manja perlu mula makan makanan pejal?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bayi disarankan mula menerima makanan pelengkap sekitar usia 6 bulan, di samping meneruskan penyusuan susu ibu1,2.

Pada usia ini, keperluan tenaga dan nutrien bayi mula meningkat. Oleh itu, makanan pelengkap boleh diperkenalkan bagi memenuhi keperluan pemakanan si kecil yang semakin berkembang1.

Makanan pelengkap atau makanan pejal untuk bayi perlu diperkenalkan secara beransur-ansur mengikut perkembangan dan keupayaan si manja1,2.

Pada peringkat awal, makanan yang lembut dan mudah dilenyek boleh diberikan sebelum teksturnya ditingkatkan secara beransur-ansur mengikut keupayaan si kecil1,2.

Secara amnya, si kecil anda sudah bersedia untuk mencuba makanan pertama bayi 6 bulan apabila mereka menunjukkan tanda-tanda berikut2:

  • Duduk dengan sendiri atau dengan sedikit sokongan
  • Mengawal kepala dan leher dengan baik
  • Membuka mulut apabila makanan ditawarkan
  • Menelan makanan dan tidak menolaknya keluar dengan lidah
  • Menunjukkan minat terhadap makanan
  • Cuba mencapai atau membawa objek ke mulut

Pelbagaikan pilihan makanan untuk si manja

Apabila mula memperkenalkan makanan pejal bayi, ibu bapa digalakkan menawarkan pelbagai jenis makanan yang membekalkan tenaga, protein serta vitamin dan mineral penting1,3.

Antara pilihan yang boleh diperkenalkan termasuk3:

makanan pejal bayi
Pelbagai sumber makanan untuk menyokong keperluan pemakanan si manja.
  • Daging, ayam dan ikan – sumber protein dan zat besi
  • Telur – membekalkan protein dan beberapa nutrien penting
  • Kekacang seperti lentil dan kacang kuda
  • Sayur-sayuran seperti lobak merah, bayam dan brokoli
  • Buah-buahan seperti pisang, pir dan avokado
  • Bijirin bayi sebagai salah satu pilihan makanan pelengkap

Zat besi juga penting apabila bayi mula mengambil makanan pelengkap sekitar usia 6 bulan. Oleh itu, makanan yang mengandungi zat besi boleh dimasukkan dalam diet si kecil bersama pilihan makanan daripada kumpulan lain1.

Pelbagai jenis makanan juga boleh membantu si manja mengenali rasa dan tekstur yang berbeza.

Jadi, ibu bapa tidak perlu mengehadkan makanan pejal untuk bayi kepada satu atau dua jenis sahaja.

Kenali tanda lapar dan kenyang si manja 

Ibu bapa tidak perlu memaksa si manja menghabiskan makanan. Sebaliknya, berikan makanan dalam kuantiti kecil terlebih dahulu dan perhatikan tanda lapar atau kenyang bayi1.

WHO menggalakkan amalan pemberian makanan secara responsif (responsive feeding), iaitu ibu bapa mengenal pasti dan bertindak balas terhadap isyarat lapar serta kenyang bayi. Kuantiti makanan boleh disesuaikan secara beransur-ansur mengikut usia dan keupayaan si kecil1.

Ketika baru mula makan, si manja mungkin mengambil sedikit sahaja. Ini adalah perkara biasa kerana mereka masih belajar mengenali rasa, tekstur dan cara menelan makanan.

Apabila mencuba makanan baharu, ibu bapa boleh memperkenalkannya secara berperingkat supaya lebih mudah mengenal pasti sekiranya berlaku reaksi tertentu2.

Yang penting, jangan memaksa atau mengugut si kecil untuk makan. Jadikan waktu makan sebagai pengalaman yang positif dan menyeronokkan1.

makanan pejal bayi
Perhatikan tanda lapar dan kenyang si manja ketika waktu makan.

Setiap bayi adalah berbeza. Oleh itu, reaksi mereka terhadap makanan juga adalah berlainan.

Bersabarlah dan berikan masa kepada si manja untuk menyesuaikan diri dengan fasa baharu ini.

Variasi makanan pejal yang boleh diperkenalkan

Bagi ibu bapa yang baru memulakan fasa ini, antara contoh makanan pepejal yang sesuai mengikut tahap perkembangan bayi termasuk2,3:

  • Bubur nasi yang dikisar atau dilenyek
  • Sayur-sayuran yang dimasak sehingga lembut dan dilenyek
  • Buah-buahan yang dilenyek seperti pisang atau pir
  • Telur yang dimasak dengan sempurna dan sesuai dengan tekstur bayi
  • Daging atau ikan yang dimasak dan dikisar atau dicincang halus
  • Bijirin bayi yang sesuai untuk usia si kecil

Jika si manja mempunyai ekzema, alahan makanan atau sejarah alahan makanan dalam keluarga, berbincang dengan doktor sebelum memperkenalkan makanan tertentu2.

Tekstur makanan perlu disesuaikan dengan keupayaan bayi dan ditingkatkan secara beransur-ansur apabila mereka semakin mahir makan1,2.

Elakkan makanan yang boleh menyebabkan tercekik seperti makanan keras, bulat atau mempunyai tekstur yang sukar dikunyah2.

CERELAC sebagai salah satu pilihan makanan pelengkap

Dalam fasa memperkenalkan makanan pejal bayi, ibu bapa boleh mempertimbangkan bijirin bayi seperti Nestlé CERELAC sebagai salah satu pilihan untuk melengkapkan diet si manja4.

CERELAC mempunyai beberapa pilihan bijirin bayi yang sesuai untuk usia 6 bulan ke atas5 dan hadir dalam pelbagai rasa serta tekstur5. Sesetengah variannya juga mengandungi zat besi serta pelbagai vitamin dan mineral4,5.

Bijirin bayi seperti CERELAC boleh diberikan bersama makanan lain seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan sumber protein bagi membantu memperkenalkan pelbagai rasa dan tekstur kepada si kecil, mengikut kesesuaian usia dan perkembangannya4.

makanan pejal bayi
Pelbagai pilihan CERELAC untuk melengkapkan diet si manja.
Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Nestlé CERELAC dan pilihan yang tersedia untuk si manja? Klik di sini.

Perkenalkan makanan pejal mengikut kesediaan si manja

Memperkenalkan makanan pejal bayi merupakan satu langkah penting dalam perkembangan si manja. Secara amnya, makanan pelengkap mula diperkenalkan sekitar usia 6 bulan apabila bayi menunjukkan tanda-tanda kesediaan untuk makan1,2.

Mulakan dengan makanan dalam tekstur yang sesuai, berikan dalam kuantiti kecil dan tawarkan pelbagai jenis makanan secara beransur-ansur. Penyusuan susu ibu juga boleh diteruskan bersama makanan pelengkap mengikut saranan WHO1.

Dengan memperkenalkan makanan pejal bayi secara berperingkat dan responsif, ibu bapa boleh membantu si kecil menyesuaikan diri dengan rasa dan tekstur baharu1.

Paling penting, jangan terburu-buru atau memaksa si kecil untuk makan. Berikan masa dan jadikan waktu makan sebagai pengalaman yang menyeronokkan untuk ibu bapa dan si manja.

medical
Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Disemak secara perubatan oleh
Dokter Umum · Hello Health Group
Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 hari lalu