home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bagaimana Mempersiapkan Anak Anda untuk Pembiusan

Bagaimana Mempersiapkan Anak Anda untuk Pembiusan

Apabila anak anda perlu menjalani pembedahan yang melibatkan pembiusan, pasti terdapat banyak tanda tanya yang bermain dalam fikiran anda. Salah satu persoalan yang paling biasa ialah penggunaan ubat bius sama ada selamat atau tidak. Mujurlah ubat bius sebenarnya sangat selamat kepada anak anda.

Bagaimana untuk menyiapkan anak anda sebelum pembedahan?

Anda dan anak anda perlu bersedia untuk prosedur pembedahan. Berikut adalah tiga tip penting:

  • Semak maklumat yang anda dapat daripada pakar kesihatan anak anda.
  • Terangkan kepada anak anda dengan cara yang sesuai dengan usia tentang apa yang bakal berlaku. Anda sebagai ibu bapa perlu untuk menentukan cara terbaik untuk memberitahu anak anda
  • Umur dan tahap perkembangan kanak-kanak memainkan peranan penting dalam penerimaan ubat bius. Sesetengah kanak-kanak, kebanyakannya yang masih kecil, mungkin takut dipisahkan dari ibu bapa mereka. Jadi, mereka mungkin merasa lebih selamat apabila berada berdekatan dengan ibu bapa mereka dalam bilik pra pembedahan sebelum mereka ditidurkan.

Apa yang patut dijangkakan pada hari pembedahan?

Pada hari pembedahan, pasukan perubatan akan membantu anak anda berasa selesa. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh membantu anda bersedia:

  • Pembiusan memerlukan sekatan ke atas makan dan minum. Anak anda tidak boleh memakan apa-apa selain cecair kosong lapan jam sebelum pembedahan. Anda perlu bersiap sedia dengan ragam si kecil dan memujuk mereka untuk berpuasa.
  • Pemeriksaan akhir sebelum pembedahan diperlukan. Apabila anda berada di lokasi prapembedahan, anda akan bertemu dengan pasukan perubatan. Mereka akan mengesahkan identiti anak anda dan mengkaji semula butir-butir pembedahan. Ini termasuklah jenis anestesia dan pelan pemulihan selepas pembedahan. Pada masa ini anak anda mungkin akan bertambah resah. Tetapi doktor dan jururawat akan cuba membantu mereka.
  • Ketahui ubat dan kaedah lain yang sesuai untuk membantu anak anda bertenang.
  • Topeng akan digunakan untuk membantu menidurkan anak anda

Apa yang berlaku selepas pembedahan?

Apabila pembedahan selesai, pasukan perubatan akan membawa anak anda ke bilik pemulihan. Dan anda boleh memasukinya dengan segera agar dapat menemani anak anda apabila mereka bangun. Anda harus bersedia untuk menghadapi perkara yang berikut:

  • Keliru dan gelisah: Sesetengah kanak-kanak bangun dengan baik dan aman. Tetapi kadang-kadang mereka bangun dalam keadaan gelisah dan keliru terutamanya kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Keadaan ini dipanggil ‘emergence delirium‘ (Pesakit dengan keadaan ini sering menjadi keliru semasa bangun, tetapi ini berlalu dalam masa beberapa minit).
  • Lapar dan dahaga: Anda dibenarkan untuk memberi anak anda makan dan minum pada masa ini. Jururawat berdekatan boleh membantu menangani sebarang kesakitan yang mungkin berlaku.

Anda harus berada dalam keadaan tenang serta memberi sokongan dan menenangkan anak anda sebelum dan selepas pembedahan. Dengan ini, pengalaman pembedahan mungkin akan menjadi lebih mudah dan kurang memberi tekanan untuk anda berdua.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis mahupun rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

How to Prepare for Anesthesia. http://www.webmd.com/healthy-aging/all-about-surgery-16/anesthesia-prep. Accessed October 31, 2016.

Steps for Preparing Your Child for Surgery. http://www.asahq.org/lifeline/anesthesia%20topics/steps%20for%20preparing%20your%20child%20for%20surgery. Accessed October 31, 2016.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Helma Hassan
Disemak pada [date}
x