backup og meta

Tunda Vaksinasi Si Kecil Semasa COVID-19 Bukan Idea Yang Bijak! Ikut Panduan Ini

Tunda Vaksinasi Si Kecil Semasa COVID-19 Bukan Idea Yang Bijak! Ikut Panduan Ini

Susulan virus COVID-19 yang melanda Malaysia, lebih sukar untuk ibu bapa membawa anak sakit ke hospital.

Walaupun kerajaan masih menggalakkan ibu bapa untuk bawa anak ke hospital untuk tujuan pemeriksaan rutin, ibu bapa pasti berasa risau kerana kanak-kanak merupakan antara golongan yang berisiko dijangkiti COVID-19.

Jangan risau, mak ayah! Baca artikel ini supaya lebih faham tentang kepentingan dan risiko bawa anak ke hospital.

Perlukah ibu membawa anak berjumpa doktor ketika wabak COVID-19?

Ibu bapa pasti merupakan golongan yang paling risau ketika wabak COVID-19 melanda Malaysia. Lebih-lebih lagi ibu yang mempunyai anak kecil.

Mereka terpaksa menunda pemeriksaan rutin kerana perlu patuh kepada perintah pergerakan kawalan semasa PKP dahulu.

Namun, disebabkan PKP telahpun dilonggarkan sekarang, ibu-ibu pasti tidak sabar untuk membawa anak melakukan pemeriksaan rutin.

Pemeriksaan rutin yang dijalankan di hospital penting untuk memantau perkembangan si kecil.

Selain itu, jadual imunisasi anak juga perlu dipatuhi untuk elakkan anak daripada terkena penyakit yang boleh membawa maut.

Sebagai ibu bapa, anda perlu tahu pemeriksaan rutin anak-anak adalah penting untuk mereka. Dalam masa yang sama, anda perlu memastikan anak selamat ketika berada di hospital.

Oleh itu, untuk pastikan anak tidak jatuh sakit semasa melawat hospital, mari ikuti tip-tip yang kami sediakan di bawah. Mana tahu boleh membantu!

1. Teruskan berjumpa doktor untuk pemeriksaan rutin

anak sakit

Pemeriksaan rutin penting untuk kesihatan anak anda. Oleh itu, tidak ada alasan untuk ibu bapa tunda atau tangguh tarikh pemeriksaan.

Anda perlu ikut jadual vaksin yang diberikan kerana ia direka efektif mengikut umur dan keadaan bayi,

Walaupun ramai ibu bapa yang mengelak berjumpa doktor sekarang kerana risau akan wabak COVID-19, namun pemeriksaan rutin masih lagi penting untuk kesihatan anak anda.

Virus korona sememangnya sesuatu yang menakutkan. Namun, jika bayi mendapat jangkitan COVID-19, simptomnya tidak teruk dah bersifat sederhana.

Namun, penyakit yang memerlukan vaksinasi mempunyai risiko yang lebih besar untuk menjangkiti anak anda dan mengancam nyawa mereka.

Sebab itulah penting untuk ibu mengikut jadual imunisasi anak-anak.

Kanak-kanak di bawah umur 2 tahun pula perlukan pemeriksaan ini untuk pastikan mereka membesar dengan sihat.

Doktor akan memantau kadar penglihatan, perkembangan percakapan dan pada masa yang sama membuat pengesanan awal untuk memastikan anak anda tidak sakit atau menghidap autisme.

Anda mungkin berminat:

2. Amalkan penjarakan sosial untuk elak anak sakit

Selagi pandemik ini belum berakhir, jangan pernah lupa untuk amalkan social distancing. Di hospital juga, mereka telah lama amalkan penjarakan sosial untuk elakkan jangkitan.

Oleh itu, sebagai ibu bapa, anda juga perlu lakukan yang sama.

Pastikan anda dan anak-anak berada sekurang-kurangnya 6 kaki daripada individu lain yang berada di hospital.

Selain itu, disebabkan kanak-kanak merupakan salah satu golongan berisiko dijangkiti COVID-19, elakkan daripada bawa mereka ke tempat yang sibuk dengan orang ramai.

Elakkan bawa anak anda yang lain ke hospital jika mereka tidak perlukan konsultasi daripada doktor.

3. Ajar anak cara yang betul membasuh tangan

covid-19

Jika anak anda sudah besar dan boleh membasuh tangan sendiri, cuba ajarkan cara yang betul untuk mencuci tangan kepada mereka.

Ajar mereka untuk nyanyi lagu Twinkle,Twinkle Little Star, Happy Birthday To You ataupun ABC sambil basuh tangan dengan sabun.

Penggunaan hand sanitizer juga selamat terhadap kanak-kanak. Namun, pastikan tangan mereka kering selepas menggunakan hand sanitizer.

Apa saya perlu lakukan jika anak saya sakit?

Jika anak anda sakit dan perlukan perhatian doktor, segeralah bawa mereka ke klinik ataupun hospital yang berdekatan.

Bayi dan kanak-kanak boleh mendapat sakit perut, gatal-gatal, ruam, reaksi alergi dan pelbagai lagi masalah yang bukan disebabkan COVID-19.

Jika hospital berdekatan anda ada menyediakan khidmat nasihat online atau telehealth, cuba berhubung dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum bawa anak anda yang sakit ke hospital.

Selain itu, apa-apa kes yang melibatkan kecemasan perlu dibawa ke hospital dengan kadar segera.

Pihak hospital telahpun melakukan langkah-langkah pencegahan yang sepatutnya. Oleh itu, elakkan rasa terlalu risau tentang COVID-19 jika anda terpaksa membawa anak anda yang sakit ke hospital.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Children’s Hospital Los Angeles. 2020. COVID-19: Information for Patients, Parents, and Visitors. July 1. Accessed July 3, 2020. https://www.chla.org/blog/hospital-news/covid-19-information-patients-parents-and-visitors.
  2. Hackensack Meridian Health. 2020. Taking Kids to the Emergency Department During COVID-19 Outbreak. April 16. Accessed July 3, 2020. https://www.hackensackmeridianhealth.org/HealthU/2020/04/16/taking-kids-to-the-emergency-department-during-covid-19-outbreak/.
  3. Johns Hopkins Medicine. 2020. Routine Vaccinations, Wellness Visits for Babies and Kids During the Coronavirus Pandemic. May 15. Accessed July 3, 2020. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/coronavirus/routine-vaccinations-wellness-visits-for-babies-and-kids-during-coronavirus-pandemic.
  4. Nationwide Children’s Hospital. n.d. Information for Patient Families. Accessed July 5, 2020. https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/health-wellness-and-safety-resources/covid-19.
  5. NHS. 2020. Parents assured children will be safe at the hospital during a pandemic. April 29. Accessed July 3, 2020. https://www.torbayandsouthdevon.nhs.uk/about-us/news-and-publications/news/2020/04/parents-assured-children-will-be-safe-at-hospital-during-pandemic-18584/.
  6. Texas Children’s Hospital. 2020. How to keep your children safe and healthy during the COVID-19 pandemic. April 24. Accessed July 3, 2020. https://www.texaschildrens.org/blog/how-keep-your-children-safe-and-healthy-during-covid-19-pandemic.

 

Versi Terbaru

10/08/2020

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Anak Sudah Masuk 1 Tahun Tapi Masih Belum Jalan? Ini 3 Peringkat Perkembangan Bayi

Jangan Bagi Sebarangan Kuih Pada Anak! Ini 12 Tanda Si Manja Alami Alahan Telur


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 10/08/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan