Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Krup?
Terdapat banyak faktor risiko untuk krup, seperti:
- Mereka yang berisiko mendapat krup adalah kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 3 tahun. Keadaan ini lebih kerap berlaku dalam 18 hingga 24 bulan.
- Kanak-kanak dengan sistem imun yang lemah atau ibu bapa yang menghidap asma mempunyai risiko yang lebih tinggi.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Krup didiagnosis?
Doktor melakukan diagnosis berdasarkan rekod kesihatan dan pemeriksaan fizikal. X-ray bagi leher dan paru-paru kanak-kanak tersebut mungkin menunjukkan bengkak dalam leher dan sama ada terdapat sesuatu yang menyekat saluran pernafasan atau nanah atau darah yang menyebabkan simptom. Ujian darah mungkin dilakukan jika doktor mengesyaki punca jangkitan adalah bakteria.
Bagaimana pesakit Krup dirawat?
Kebanyakan krup boleh ditangani dengan selamat di rumah. Anak anda perlu meminum air dengan banyak untuk mengelakkan penyahhidratan. Jika simptom anak anda berterusan selama tiga hingga lima hari atau bertambah teruk, doktor mungkin akan menyarankan steroid (glukokortikoid) untuk mengurangkan keradangan dalam saluran pernafasan. Jika anak anda mempunyai masalah pernafasan mereka mungkin memerlukan rawatan di hospital, seperti adrenalin dan topeng oksigen.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Krup?
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani krup:
- Mengarahkan anak anda untuk membasuh tangan dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan merebak.
- Pastikan anak anda mengambil ubat seperti yang diarahkan doktor.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen