backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Anak Batuk Tak Henti-henti? Cuba 17 Cara Hilangkan Batuk Kanak Kanak Ini, Berkesan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/12/2023

    Anak Batuk Tak Henti-henti? Cuba 17 Cara Hilangkan Batuk Kanak Kanak Ini, Berkesan!

    Penggunaan cara hilangkan batuk kanak kanak secara semula jadi amat digalakkan untuk anak di bawah usia 6 tahun. Tetapi apakah antara petua hilangkan batuk kanak kanak yang boleh dicuba ya?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    17 cara hilangkan batuk kanak kanak semula jadi

    Kebanyakan penyakit yang dialami anak boleh sembuh dengan sendiri tanpa memerlukan campur tangan perubatan. 

    Rawatan untuk batuk tidak disyorkan melainkan ia mengganggu tidur atau aktiviti harian mereka mahupun disertai dengan demam.

    Remedi rumah adalah lebih baik daripada ubat yang dibeli di kaunter (over-the counter, OTC) untuk merawat batuk anak kerana ubat OTC boleh mendatangkan kesan sampingan.

    Berikut antara petua hilangkan batuk kanak-kanak:

    1. Madu 

    Madu dapat menipiskan lendir dan memudahkan batuk keluar. Bahan semula jadi ini dipercayai sebagai ubat terbaik untuk melegakan batuk dan membantu si kecil yang tidak sihat tidur lebih lena.

    Tetapi elakkan petua ini jika anak berusia bawah 1 tahun kerana ia boleh menyebabkan mereka berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan teruk disebabkan bakteria tertentu yang terdapat di dalam madu.

    2. Susu suam, salah satu cara hilangkan batuk kanak kanak

    Cuba campurkan secubit serbuk kunyit dengan susu suam bagi memberikan kelegaan kepada sakit tekak anak.

    Baca juga:

    3. Pengambilan cecair

    Air suam atau air sejuk boleh dijadikan ubat batuk yang baik kerana ia membantu menipiskan kahak dan menjadikan anak lebih mudah batuk.

    Pengambilan air mencukupi juga membantu memastikan anak kekal terhidrat. Berikan mereka air sejuk, jus sejuk atau suam, mahupun teh herba tanpa kafein suam.

    Untuk si manja di bawah usia 6 bulan, berikan susu ibu dengan kerap untuk menghindari dehidrasi.

    Cara hilangkan batuk kanak kanak #4. Sup ayam

    Jangan terkejut, sup ayam turut dikatakan mempunyai sifat antiradang. 

    Suhu panasnya membantu melegakan sakit tekak dan bertindak sebagai pengewap (vaporizer) yang mencairkan lendir dalam saluran hidung. 

    5. Pelembap udara

    Sentiasa gunakan pelembap udara (humidifier) bagi mengelakkan kekeringan udara persekitaran di dalam rumah.

    6. Penyedutan wap

    Steam inhalation membantu mencairkan lendir. Jadi gunakan alat ini pada anak sekerap mungkin.

    7. Berkumur air garam, antara cara hilangkan batuk kanak kanak

    Campurkan 1 ½ sudu teh garam dengan 237ml air, dan minta anak berkumur dengan larutan tersebut. Ia dipercayai dapat meredakan kerengsaan tekak yang sering disertai batuk.

    Harus diingatkan petua hilangkan batuk kanak-kanak ini hanya sesuai untuk anak yang lebih tua dan sudah mahir berkumur.

    8. Berehat 

    Galakkan anak untuk banyak berehat bagi meredakan ketidakselesaan yang dialami.

    cara hilangkan batuk kanak kanak

    9. Elakkan perengsa

    Jika batuk anak kering dan serak, ia mungkin kerana asma atau alahan. Jadi elakkan daripada mendedahkan anak kepada perengsa seperti asap rokok, minyak wangi atau haiwan peliharaan.

    10. Mandian air suam, cara hilangkan batuk kanak kanak boleh dicuba

    Mandian air suam juga boleh mencegah kekeringan pada saluran pernafasan. Duduk bersama anak di dalam bilik mandi selama lebih kurang 20 minit dengan pintu tertutup – agar bilik menjadi berwap.

    11. Melegakan hidung tersumbat

    Titiskan air garam atau saline pada hidung anak yang lebih dewasa. Bagi anak kecil pula, gunakan suction bulb untuk mengeluarkan lendir daripada hidung mereka.

    12. Udara segar, antara petua hilangkan batuk kanak kanak

    Ada kalanya udara segar turut dapat membantu anak melawan batuk. 

    13. Tinggikan kepala semasa tidur

    Ia petua yang baik bagi mengelakkan lendir daripada terkumpul tetapi berundinglah dengan pakar pediatrik terlebih dahulu, terutamanya jika anak berusia kurang 4 bulan sebelum mencubanya.

    cara hilangkan batuk kanak kanak

    14. Sapuan ubat pada dada

    Bagi anak berusia lebih 2 tahun, anda boleh mengurangkan ketidakselesaan yang dialami dengan krim sapuan dada. 

    Produk yang mengandungi aloe, eucalyptus, lavender dan rosemary – juga dapat membantu si manja mendapat tidur lebih nyenyak pada malam hari.

    Jangan sesekali menggunakan sapuan dada ini pada bayi di bawah usia 2 tahun dan elakkan menyapunya pada bahagian muka atau bawah hidung anak.

    Cara hilangkan batuk kanak kanak #15. Menghisap popsicle

    Sakit tekak yang menyebabkan kegatalan berpunca daripada batuk dapat dilegakan dengan popsicle. Anak pasti takkan menolaknya!

    cara hilangkan batuk kanak kanak

    16. Pelan tindakan asma

    Jika anak menghidap asma, anda perlu bersedia dengan pelan tindakan asma untuk memberikan ubat yang betul jika mereka mengalami gejala penyakit tersebut.

    17. Berbincang dengan doktor

    Rujuk dengan doktor sebelum memberikan sebarang ubat batuk OTC kepada anak anda.

    Kesimpulan 

    Batuk adalah simptom biasa yang sering dialami kanak-kanak. Keadaan ini umumnya boleh berlarutan selama berminggu-minggu.

    Keadaan batuk anak mungkin kedengaran serius dan boleh mengganggu tidur. Namun anda boleh mencuba cara merawat batuk anak di rumah ini terlebih dahulu. 

    Tetapi jika anak mengalami kesukaran bernafas, menunjukkan gejala batuk Kroup atau kelihatan sakit teruk, bawalah mereka untuk pemeriksaan doktor segera!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan