backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Petua Merawat Gigitan Tungau Pada Zakar Anak, Kena Guna Beras Untuk Buang?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/12/2021

    Petua Merawat Gigitan Tungau Pada Zakar Anak, Kena Guna Beras Untuk Buang?

    Mungkin ramai dalam kalangan lelaki yang semasa zaman kecilnya, pernah terkena gigitan tungau pada zakar sehingga alat sulit mereka gatal dan bengkak.

    Situasi ini biasanya berlaku apabila kanak-kanak lelaki itu bermain di sekitar kawasan semak dan lalang yang merupakan habitat haiwan kecil bernama tungau.

    Jika perkara ini berlaku kepada si kecil anda, apa perlu buat? Jom teruskan membaca artikel!

    Apa sebenarnya haiwan kecil ini?

    Ramai orang yang mungkin salah sangka dengan menyatakan tungau adalah sejenis serangga sedangkan ia adalah termasuk dalam keluarga haiwan araknid.

    Ini bermakna ia bukanlah seekor serangga. Untuk pengetahuan anda, tungau merupakan sejenis haiwan kecil berwarna oren dan berkaki lapan seperti labah-labah.

    Haiwan kecil ini berhabitat di kawasan berumput tebal lagi tinggi seperti di semak dan lalang serta biasa menggigit manusia terutamanya di kawasan alat sulit.

    Golongan yang biasa terkena gigitan tungau adalah kanak-kanak lelaki ekoran kebiasaan mereka bermain di kawasan habitat tungau dan gemar berseluar pendek.

    Sekiranya anak lelaki anda digigit tungau di kawasan sekitar alat sulit, apakah yang akan berlaku?

    gigitan tungau

    Apa akan jadi jika digigit tungau?

    Anda perlu tahu bahawa hanya bayi tungau yang akan menggigit manusia atau haiwan lain kerana mereka memerlukan sel kulit tersebut sebagai sumber makanan.

    Seandainya bayi tungau menghinggap dan menggigit anak anda, ini apa yang akan berlaku pada kulit:

    Disebabkan ia biasa berlaku pada alat sulit lelaki, maka ada satu lagi gejala biasa iaitu rasa sakit ketika kencing yang termasuk dalam ‘Summer Penile Syndrome’.

    Kebiasaannya, gejala-gejala ini akan berlaku dan berlangsung selama 1 ke 2 minggu sebelum pulih sepenuhnya atau lebih cepat jika dirawat dengan segera.

    Dalam kalangan masyarakat kita, dipercayai bahawa rawatan untuk gigitan tungau adalah dengan menyapukan minyak gamat atau minyak masak. Berkesankah?

    Apa perlu buat jika digigit tungau?

    Gigitan tungau pada zakar adalah sangat sinonim dalam kalangan kanak-kanak lelaki masyarakat kita yang mungkin sangat gemar bermain di kawasan semak dan lalang.

    Lantaran itu, wujud petua tradisional untuk merawat seperti menyapu minyak gamat dan minyak masak pada zakar serta membuang haiwan itu dengan hujung beras.

    gigitan tungau

    Sebenarnya, wujud cara lain yang lebih klinikal dan efektif selain petua tradisional ini termasuklah:

    1. Skrub kawasan gigitan dengan air dan sabun untuk membuang tungau yang masih melekat.
    2. Tuam kain lembut dan dingin untuk melegakan kesakitan akibat gigitan tungau.
    3. Sapu losen kalamin atau krim antigatal untuk rawat kegatalan pada alat sulit.
    4. Ambil antihistamin untuk rawat kegatalan pada alat sulit jika sukar tidur malam.

    Jika anda mempunyai masalah untuk membuang dan merawat gigitan tungau pada alat sulit anak, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut!

    Jangan garu pada kawasan terjejas!

    Meskipun kesan digigit tungau tidaklah membawa penyakit seperti nyamuk atau kutu, anda masih perlu memberikan perhatian kerana ada kesan sampingan berbahaya.

    Perkara yang sangat penting untuk anda ingat adalah tidak menggaru pada kawasan terjejas terutamanya jika memiliki kuku yang panjang lagi kotor untuk mengelakkan komplikasi.

    Antara komplikasi biasa yang boleh berlaku akibat menggaru kawasan gigitan tungau adalah:

    • Impetigo – Jangkitan bakteria pada kulit yang menyebabkan wujud kerak dan nanah pada sekitar kawasan gigitan
    • Cellulitis – Rebakan kawasan yang mengalami kegatalan, kebengkakan, kesakitan dan kemerahan pada alat sulit

    Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk anda merawat dan mencegah daripada digigit tungau ya?

    gigitan tungau

    Awasi anak anda daripada gigitan tungau!

    Jika anda mempunyai seorang anak lelaki yang sangat aktif dan gemar bermain di luar rumah, perhatikan gerak-geri mereka dengan lebih teliti.

    Sentiasa pakaikan mereka dengan seluar dalam dan seluar panjang agar haiwan kecil ini tidak mampu menghinggap dan menggigit alat sulit mereka.

    Selain itu, ingatkan mereka untuk elakkan bermain di kawasan bersemak dan berlalang kerana ia merupakan habitat utama serangga ini membiak dengan banyak.

    Sekiranya sudah terkena gigitan tungau, anda harus cuba petua yang telah kami nyatakan di atas dengan mengutamakan cara klinikal berbanding tradisional.

    Jika ada sebarang masalah lain yang berkaitan, sila berjumpa doktor untuk berkonsultasi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/12/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan