backup og meta

Anemia Dalam Kanak-Kanak

Ditulis oleh Prof. Madya Dr. Thuaibah Bt Hashim · Patologi · Cyberjaya University College of Medical Sciences


Disemak pada 13/09/2019

    Anemia Dalam Kanak-Kanak

    Apa itu Anemia?

    Anemia adalah keadaan di mana jumlah sel darah merah yang sihat dalam salur darah menjadi terlalu rendah. Sel darah merah mengandungi Haemoglobin. Haemoglobin membawa oksigen kepada tisu-tisu badan. Tisu-tisu badan dan juga organ-organ memerlukan bekalan oksigen untuk berfungsi dan kekal hidup. Justeru, anemia boleh membawa kepada lesu dan stres.

    Anak anda mungkin mempunyai jumlah sel darah merah yang lebih rendah berbanding anak-anak normal yang lain kerana:

    −Badan mereka tidak menghasilkan sel darah merah yang cukup atau terlalu perlahan proses penghasilannya.

    −Terlalu banyak kemusnahan sel darah merah berlaku.

    −Badan kehilangan terlalu banyak sel darah merah.

    Hal ini boleh berlaku sekiranya anak anda mengalami kekurangan zat atau nutrisi (kurang zat besi), penyakit keturunan, jangkian, sesetengah barah atau datang kehilangan darah yang banyak ketika haid.

    Apakah simptom lazim anemia dalam kanak-kanak?

     

    Sekiranya anemia dalam kanak-kanak itu jenis anemia yang ringan, anda mungkin tidak akan perasan apa-apa simptom. Namun, jika paras sel darah merah berada pada tahap terlalu rendah, simptom yang mungkin berlaku adalah:

    −Mereka mudah disinggung.

    −Mereka mengalami kelesuan.

    −Mereka kurang makan.

    −Mereka mengalami sakit lidah.

    −Mereka mungkin akan mengalami kepeningan atau sakit kepala.

    −Kulit mereka mungkin menjadi lebih pucat.

    −Mereka kerap dan senang untuk tidak cukup nafas.

    Sekiranya anda perasan tanda atau simtpom di atas, bawa anak anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mengesahkan sama ada mereka mengalami anemia atau keadaan lain.

    Apakah komplikasi yang mungkin berlaku akibat anemia?

    Anemia yang tidak dirawat boleh membawa kepada masalah pembelajaran, interaksi sosial dan komunikasi ataupun masalah dalam menumpukan perhatian. Jika anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi, paras zat besi yang rendah akan menyebabkan badan menyerap terlalu banyak plumbum. Anemia yang teruk akan meningkatkan beban kerja jantung dan dalam jangka masa panjang, akan menyebabkan kegagalan jantung.

    Bagaiman untuk merawat anemia dalam kanak-kanak?

    Anemia dalam kanak-kanak boleh dirawat mengikut puncanya.

    Sekiranya anak anda menghidapi anemia akibat kekurangan zat besi, rawatan yang ada lazimnya melibatkan modifikasi diet dan juga tambahan zat besi. Contoh makanan yang kaya dengan zat besi adalah aprikot, ayam, ikan, hati, kacang kering, oatmeal, kacang mentega, kismis dan bayam. Jika anemia akibat kurang zat besi ini adalah disebabkan oleh kehilangan darah yang banyak, doktor mungkin akan mencadangkan rawatan berdasarkan hormon bagi mengawal pendarahan akibat haid yang tidak teratur, atau jika perlu, intervensi melalui prosedur pembedahan mungkin dilakukan untuk menghentikan pendarahan.

    Sekiranya anak anda menghidapi anemia akibat kurangnya vitamin (seperti asid folik dan vitamin B12), pilihan rawatan yang ada akan melibatkan pengubahsuaian diet dan juga penambahan zat dalam diet mereka. Sekiranya mereka mempunyai masalah untuk menyerap vitamin B12 daripada makanan, anda mungkin perlu membawa mereka untuk bertemu dengan doktor bagi mendapatkan suntikan vitamin B12.

    Sekiranya anak anda menghidapi anemia disebabkan oleh penyakit-penyakit tertentu, doktor anda mungkin akan menjalankan ujian untuk mengenalpasti penyakit tersebut terlebih dahulu sebelum merawat penyakit itu. Sekiranya simptom anak anda menjadi teruk, mereka mungkim memerlukan transfusi darah ataupun suntikan hormon erythropoeitin sintetik (hormon yang menggalakkan penghasilan sel darah merah)

    Sekiranya anak anda menghidapi anemia sel-sabit (sickle cell anemia), sejenis anemia di mana sel darah merah kebanyakkannya hancur, rawatan yang ada membabitkan ubat tahan sakit, antibiotik, transfusi darah dan juga makanan tambahan yang kaya dengan asid folik.

    Bagaimana untuk mencegah anemia?

    Walaupun anda tidak mungkin boleh mencegah kebanyakkan jenis-jenis anemia, anda boleh melindungi mereka daripada menghidapi masalah kekurangan zat besi atau vitamin-vitamin lain – punca utama kebanyakkan jenis anemia.

    Susu 

    Anak anda mungkin tidak mendapat susu badan yang mencukupi (kaya dengan zat besi) atau kerap minum susu daripada lembu (mengandungi zat besi yang lagi sedikit). Meminum susu lembu atau susu kambing dengan kerap akan menyebabkan anak anda rasa kurang berminat dengan makanan lain yang kaya dengan zat besi. Jadi, susu-susu ini rata-ratanya tidak digalakkan.

    Diet yang seimbang 

    Anda boleh menyusun diet yang seimbang untuk anak anda.

    −Zat besi boleh didapati dalam ikan, daging, kacang, kismis, kubis daun, bayam, aprikot dan daging lembu.

    −Asid folik boleh didapati dalam buah, kacang hijau, sayur berdaun hijau gelap, kacang, bijirin, dan nasi.

    −Vitamin B12 boleh didapati dalam daging, susu dan produk tenusu seperti keju, yogurt, dan juga susu soya.

    −Vitamin C boleh didapati dalam buah-buahan citrus seperti oren, anggur, lada hitam, brokoli, nenas, strawberi, dan tembikai. Vitamin C adalah penting dalam membantu memaksimumkan penyerapan zat besi.

    Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis ataupun rawatan.


    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Prof. Madya Dr. Thuaibah Bt Hashim

    Patologi · Cyberjaya University College of Medical Sciences


    Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan