home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kanser Kanak-kanak: Punca, Simptom & Rawatan

Kanser Kanak-kanak: Punca, Simptom & Rawatan

Kanser adalah penyebab utama kematian global, bukan sahaja dalam kalangan orang dewasa, tetapi juga kanak-kanak. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kira-kira 300,000 kanak-kanak berusia 0 hingga 19 tahun didiagnosis kanser setiap tahun. Kanser yang paling banyak dialami oleh kanak-kanak ialah leukemia, kanser otak, limfoma dan tumor pepejal, seperti neuroblastoma dan tumor Wilms.

Secara umumnya, kanser kanak-kanak tidak boleh dicegah atau ditapis. Walau bagaimanapun, pengesanan dan rawatan awal dapat membantu kanak-kanak yang menghidap kanser pulih daripada penyakit tersebut. Menurut rekod WHO, lebih daripada 80% kanak-kanak yang menghidap kanser di negara-negara berpendapatan tinggi berjaya dirawat, sebaliknya dalam kebanyakan negara berpendapatan sederhana dan rendah (LMIC), hanya 20% sahaja yang berjaya dirawat.

Punca

Setiap sel dalam tubuh mempunyai sistem yang mengawal pertumbuhan, interaksi dengan sel lain, dan juga jangka hayatnya. Apabila sel tertentu hilang kawalan dan bertumbuh dengan cara yang tidak dapat dikawal oleh tubuh, ia dipanggil kanser. Walau bagaimanapun, setiap kanser mempunyai tanda, simptom, rawatan dan hasil yang berbeza bergantung kepada jenis sel yang terlibat dan berapa cepat sel itu bertumbuh. Jika kanser dibiarkan tanpa rawatan, ia akan berkembang dan menyerang bahagian badan yang lain, sekali gus boleh menyebabkan kematian.

Kanser kanak-kanak adalah berbeza dengan kanser orang dewasa. Lazimnya, kanser kanak-kanak tidak diketahui sebabnya. Banyak kajian telah dilakukan bagi mencari punca sebenar kanak-kanak menghidap kanser, tetapi hanya sedikit sahaja yang menunjukkan faktor adalah berpunca daripada gaya hidup atau persekitaran. Perkara yang menyebabkan kanser dalam kalangan kanak-kanak tidak sama dengan punca kanser untuk orang dewasa.

Keadaan genetik seperti Sindrom Down kadang kala boleh meningkatkan risiko kanser. Kanak-kanak yang menjalani kemoterapi atau rawatan radiasi untuk kanser juga cenderung mendapat kanser sekali lagi.

Faktor risiko

Faktor risiko kanser kanak-kanak ialah jangkitan kronik tertentu seperti HIV, virus Epstein-Barr dan malaria. Jangkitan lain juga boleh meningkatkan risiko kanak-kanak mendapat kanser, jadi adalah penting untuk ibu bapa mematuhi jadual vaksin yang disediakan untuk bayi dan kanak-kanak dan melakukan diagnosis atau pemeriksaan awal bagi mengurangkan risiko mendapat jangkitan yang boleh menjurus kepada kanser.

Data terkini daripada WHO menunjukkan kira-kira 10% kanak-kanak yang menghidap kanser cenderung disebabkan oleh faktor genetik. Bagaimanapun, penyelidikan berterusan masih dijalankan bagi mengetahui penyebab kepada kanser kanak-kanak.

Simptom-simptom

Jika anda membawa anak melakukan pemeriksaan kerap, berkemungkinan doktor boleh mengesan simptom awal kanser. Namun, sesetengah simptom kanser seperti demam, kelenjar bengkak, anemia, lebam dan kerap mendapat jangkitan adalah biasa berlaku pada kanak-kanak. Jadi, berkemungkinan ibu bapa dan doktor sendiri menganggap masalah tersebut sebagai penyakit lazim kanak-kanak.

Jika kanser dapat dikenal pasti lebih awal, dan rawatan dapat dijalankan segera, maka kebarangkalian tinggi untuk sembuh tetap ada dengan rawatan yang betul.

Rawatan

Diagnosis yang betul penting untuk pesakit kanser kanak-kanak kerana setiap kanser memerlukan rejim rawatan tertentu termasuklah:

  • Pembedahan: untuk membuang sel kanser atau tumor
  • Kemoterapi: penggunaan ubat untuk membunuh sel kanser
  • Radiasi: Penggunaan tenaga radian untuk membunuh sel kanser
  • Pemindahan sumsum tulang

Doktor mungkin akan menggunakan salah satu rawatan atau lebih untuk merawat kanser kanak-kanak. Jenis rawatan pula bergantung kepada umur kanak-kanak, jenis kanser, dan seberapa teruk keadaan kanser kanak-kanak tersebut.

Lebih daripada 80% kanak-kanak menghidap kanser berkemungkinan pulih daripada penyakit tersebut. Kanak-kanak yang sudah menghabiskan rawatan masih perlu menjalani pemeriksaan berterusan untuk mengelakkan kanser kembali dan bagi mengendalikan sebarang toksisiti yang berkaitan dengan rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Cancer in Children. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/cancer-in-children. Accessed February 19, 2019.

Childhood Cancer. https://kidshealth.org/en/parents/cancer.html. Accessed February 19, 2019.

Finding Cancer in Children. https://www.cancer.org/cancer/cancer-in-children/finding-childhood-cancers-early.html. Accessed February 19, 2019.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada 19/02/2019
x