Umum mengetahui bahawa penyakit beguk merupakan satu penyakit berpunca daripada virus yang mengakibatkan bengkak pada bahagian di antara telinga dengan rahang.
Untuk pengetahuan anda, kondisi ini akan menyerang kelenjar parotid dan boleh berjangkit melalui titisan air liur daripada mulut, hidung atau tekak apabila individu yang dijangkiti beguk itu bersin atau batuk.
Beguk boleh menjangkiti setiap individu tanpa mengira peringkat umur. Kajian menunjukkan kebanyakan kes beguk ini berlaku kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 14 tahun namun semakin merebak ke golongan individu dewasa kebelakangan ini.
Bayi juga tidak terkecuali daripada jangkitan penyakit ini. Disebabkan itu, ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap kondisi anak anda dan terus membawa mereka berjumpa pakar perubatan sekiranya kelihatan simptom-simptom beguk berlaku kepada anak anda.
Jom ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui simptom dan bahaya penyakit beguk dengan lebih mendalam lagi!
Simptom penyakit beguk
Kebiasaannya, simptom-simptom penyakit beguk ini akan mula kelihatan selepas 12 hingga 25 hari dan hilang dalam masa 10 hingga 12 hari.
Namun begitu, sesetengah individu yang dijangkiti penyakit ini tidak akan menunjukkan sebarang simptom sehingga dua atau tiga minggu kemudian.
Petanda utama anak anda dijangkiti beguk adalah berlakunya pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotidnya iaitu di bahagian antara telinga dengan rahang. Antara simptom yang lain adalah seperti berikut:
- Sakit di bahagian kelenjar yang membengkak
- Sakit ketika mengunyah atau menelan
- Sakit kepala
- Demam
- Kelesuan
- Sakit otot
- Mulut kering
- Hilang selera makan
Bahaya penyakit beguk
Komplikasi penyakit beguk ini sangat jarang berlaku. Namun penyakit ini jangan dipandang enteng oleh ibu bapa sekiranya anak anda dijangkiti penyakit ini kerana berpotensi menjadi lebih parah.
Artikel berkaitan: