Sekiranya anak anda sah menghidap diabetes jenis 1, badannya akan mula berhenti menghasilkan insulin yang sangat penting untuk kelangsungan hidup anak anda. Hakikatnya, bukan mudah untuk menjalani hidup dengan penyakit ini namun ia tidak mustahil boleh dilakukan. Ikuti artikel ini untuk mengetahui bagaimana anda boleh membantu anak anda yang menghidap penyakit ini untuk menjalani hidup dengan lebih baik.
Berhenti menyalahkan diri sendiri
Ia bukan kesalahan anda. Jangan sesekali berfikir bahawa anak anda menghidap diabetes atas faktor keturunan atau faktor pemakanan. Ia juga bukan disebabkan anda tidak mengajar anak anda melindungi diri sendiri. Faktor genetik dan persekitaran mungkin memainkan peranan dalam masalah ini namun selalunya ia tidak akan menyebabkan anak anda menghidap diabetes jenis 1.
Doktor mungkin tidak akan mempunyai jawapan yang tepat mengenai kondisi anak anda. Doktor juga mungkin tidak mengetahui punca sebenar kondisi ini berlaku dan bagaimana untuk menghalangnya. Oleh itu, ia adalah normal jika anda tidak mengetahui bagaimana untuk melindungi anak anda daripada diabetes.
Berterus-terang dengan anak anda mengenai penyakitnya
Jika anak anda telah disahkan menghidap diabetes jenis 1, anda perlu berterus-terang dengan anak anda agar anda dan anak anda dapat bersama-sama melawan penyakitnya. Dengan ini, proses merawatnya mungkin akan menjadi lebih mudah. Pastikan mereka faham bahawa ia bukan salah mereka kerana ia adalah penyakit yang boleh menyerang sesiapa sahaja.
Selain itu, galakkan mereka untuk meneruskan kehidupan normal mereka. Biarkan mereka terbabit dalam aktiviti sukan seperti bola sepak, bola keranjang dan terus bersekolah sehingga berjaya dalam kerjaya kelak. Tekankan kepada mereka bahawa anda dan doktor akan sentiasa membantu anak anda dengan sedaya upaya.
Penjagaan anak anda
Menjaga anak anda yang menghidap diabetes mungkin agak sukar. Anda perlu memeriksa kandungan gula dalam badannya dengan kerap iaitu sekitar 10 kali sehari. Anda perlu sentiasa memerhatikan kondisinya serta pastikan mereka mengambil dos insulin yang mencukupi pada waktu yang betul. Dapatkan bantuan doktor untuk memastikan anda melakukannya dengan betul.
Selain itu, anda perlu memastikan anda menyediakan diet yang lebih sihat dengan memperbanyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran serta mengurangkan makanan bergula. Pastikan anda sentiasa peka dengan amaun makanan anak anda. Anda juga perlu memastikan mereka melakukan senaman dengan kerap. Bersenamlah bersama mereka untuk memberi galakan dan dorongan yang sangat diperlukan oleh mereka.
Dalam pada itu juga, anda perlu menjaga emosi anak anda. Mereka mungkin akan mudah berasa kecewa atau marah lantas menyebabkan mereka berkelakuan buruk kerana mereka berasa berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Bagi menyelesaikan masalah ini, anda boleh mencari kumpulan yang melibatkan golongan senasib dengannya dan biarkan anak anda melibatkan diri. Ini akan membuat anak anda tidak lagi berasa keseorangan.
Jika anak anda jauh daripada anda
jIka mereka jauh daripada anda, pastikan anda mempunyai perancangan yang rapi. Pakaikan mereka dengan gelang atau rantai yang boleh mengesan keberadaan mereka. Anda juga sangat memerlukan penjaga untuk memantau pergerakan anak anda. Pastikan penjaga tersebut mengetahui mengenai kondisi anak anda selain sedikit pengetahuan mengenai diabetes. Ingatkan penjaga tersebut untuk terus menghubungi anda atau doktor sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Ajar anak anda untuk menjaga diri sendiri
Sangat penting untuk anak anda mengetahui cara untuk menjaga diri mereka sendiri kerana individu yang paling tahu dan faham akan kondisi mereka adalah diri mereka sendiri. Ajar anak anda cara untuk memeriksa kandungan gula dalam darah mereka sendiri di sekolah, selain itu, ajar mereka cara pemakanan yang paling terbaik. Sewajarnya, anak anda perlu makan lebih sayur-sayuran dan mengurangkan pengambilan gula untuk memastikan berat badan mereka sentiasa berada pada aras yang sihat.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
[embed-health-tool-child-growth-chart]