backup og meta

Gigi Anak Hitam & Rongak? Mak Ayah Usah Biarkan, Ini Bukan Hal Biasa Walaupun Gigi Susu

Gigi Anak Hitam & Rongak? Mak Ayah Usah Biarkan, Ini Bukan Hal Biasa Walaupun Gigi Susu

Antara masalah yang sering berlaku kepada gigi si kecil adalah gigi rongak. Persoalannya, kenapa ia berlaku?

Masalah pada tulang bernama gigi bukan lagi merupakan perkara yang asing untuk dilihat berlaku pada kanak-kanak.

Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia mereka yang masih muda dan tidak tahu bagaimana cara penjagaan gigi dengan betul.

Jom sama-sama kitai kuti artikel ini untuk mengetahui mengenai topik ini.

Apa itu gigi rongak?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua tahu tentang definisi sebenar kondisi yang turut dikenali sebagai karies gigi ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, gigi rongak adalah satu keadaan di mana gigi mengalami kepecahan dan kehitaman lantas membuat ia tidak berupa gigi normal lagi.

Kondisi ini sering berlaku kepada golongan kanak-kanak dan kebanyakan ibu bapa hanya membiarkannya kerana beranggapan bahawa ia adalah gigi susu sahaja.

Ya, mungkin benar bahawa karies gigi sering berlaku kepada gigi susu dan bukan gigi kekal kerana ia masih lagi belum kuat.

Namun adalah tidak wajar untuk ibu bapa hanya membiarkannya kerana ia akan menjejaskan kehidupan kanak-kanak malang itu.

Persoalannya, apa punca kondisi ini berlaku agaknya?

gigi rongak

Apa punca gigi rongak?

Meskipun anak anda belum lagi pandai memberus dan memflos gigi mereka sendiri, ia tidak wajar dijadikan alasan oleh ibu bapa.

Anda berperanan penting dalam usaha untuk mengajar mereka tentang tatacara penggunaan berus, ubat dan flos gigi di awal usia.

Dalam pada itu, sila berwaspada dengan beberapa punca kerosakan gigi si kecil seperti berikut:

#1. Pengambilan makanan & minuman

Untuk pengetahuan ibu bapa di luar sana, gigi anak anda mungkin akan rongak sekiranya banyak mengambil makanan dan minuman yang bergula.

Ini kerana makanan dan minuman yang bergula ini seterusnya akan menyebabkan pembentukan plak sekali gus merosakkan tulang gigi si kecil.

Jadi ibu bapa sila lebih awasi diet mereka ya?

#2. Pendedahan terhadap paras pH rendah

Kerosakan gigi anak juga boleh berlaku akibat kekacauan dalam proses pertumbuhan gigi (contohnya amelogenesis atau dentinogenesis imperfecta).

Ia boleh berlaku akibat pendedahan terhadap persekitaran mulut dengan paras pH rendah bercampur air liur, kuman, sisa makanan dan sebagainya.

Oleh itu, sila lebih kerap berjumpa doktor gigi okay?

gigi rongak

#3. Tabiat menghisap botol susu

Ia mungkin merupakan satu tabiat yang tidak dapat dielakkan kerana si kecil perlu untuk menyusu menggunakan botol susu di  awal usia mereka.

Pun begitu, tabiat inilah yang akan menyebabkan kerosakan gigi terutamanya jika meminum minuman yang tinggi kandungan gula di dalamnya.

Bukan tidak boleh ya, cuma cuba kurangkan!

#4. Jangkitan

Selain itu, gigi yang rongak juga mungkin berpunca daripada jangkitan kuman antaranya Mutans Streptococci (MS) yang akan membentuk karies gigi.

Ia boleh merebak dan membiak melalui perkongsian air liur antara kanak-kanak dengan individu lain (contohnya ketika berkongsi makanan atau minuman).

Oleh itu, elakkan berkongsi beberapa perkara ini dengan anak anda!

Bila perlu dapatkan rawatan doktor?

Jangan terlambat ya wahai ibu bapa kerana ia akan menjejaskan kehidupan anak anda kelak. Persoalannya, bila perlu dapatkan rawatan doktor?

Ibu bapa boleh perhatikan tanda-tanda bahaya ini:

  • Mula muncul tompok putih di atas permukaan gigi anak
  • Tompok ini telah berubah warna menjadi kuning, perang atau hitam
  • Gigi anak mula mengalami kepecahan dan kehitaman

Sekiranya berlaku salah satu atau kesemua tanda di atas ini, segera bertindak dan bawa si kecil anda berjumpa dengan doktor gigi okay!

gigi rongak

Apa yang ibu bapa perlu buat?

Seperti mana penyakit yang lain juga, gigi rongak adalah lebih mudah untuk dicegah berbanding dirawat.

Menurut Pakar Pergigian Dr Husna Razak, ada beberapa cara yang ibu bapa boleh cuba amalkan termasuklah:

  • Kurangkan memberi anak makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula
  • Elakkan anak daripada tidur bersama botol susu di mulut sepanjang tempoh lena
  • Ajarkan anak tentang tatacara yang betul untuk memberus dan memflos gigi
  • Pastikan anak menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida
  • Bersihkan kawasan gigi rongak dengan menggunakan peralatan yang disarankan doktor gigi
  • Cabutkan gigi anak yang telah rosak setelah berunding dengan doktor gigi

Sebaik-baiknya, ibu bapa perlu selalu membawa anak berjumpa doktor gigi secara berkala contohnya seperti 6 bulan sekali untuk menjalani pemeriksaan.

Ya, ia mungkin akan menjadi satu cabaran yang agak besar kerana kebanyakan kanak-kanak akan berasa sangat takut untuk melakukan pemeriksaan ini.

Oleh itu, cuba pujuk mereka dengan bijak dan menawarkan sesuatu selepas sahaja mereka bersetuju untuk bertemu dengan doktor gigi.

Namun pastikan tidak memberi mereka sesuatu yang tinggi kandungan gula ya? Buruk padahnya nanti!

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

  1. https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/doctors-orders/keeping-childrens-teeth-healthy
  2. https://raisingchildren.net.au/school-age/health-daily-care/dental-care/dental-care
  3. https://kidshealth.org/en/kids/teeth.html
  4. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/teething-tooth-care/Pages/How-to-Prevent-Tooth-Decay-in-Your-Baby.aspx
  5. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/teeth-development-in-children

Versi Terbaru

22/06/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Pereputan Gigi Anak Anda: Apa yang Anda Perlu Tahu?

7 Cara Untuk Menghilangkan Sakit Gigi Anak, Rawat Di Rumah Sahaja!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/06/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan