Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Risau Lihat Perkembangan Anak Berbeza, Semak 35 Tanda Autisme (Info Lengkap)!
Anak terlalu jarang bercakap dan sering bersendirian? Adakah si kecil mengalami gangguan spektrum autisme? Bagaimana cara untuk ibu bapa kenal pasti ciri ciri autism pada anak ya?
Dalam perkongsian artikel ini, ada jawapannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Gangguan autisme
Masa dan jenis simptom pertama autisme mungkin berbeza antara individu. Sesetengah kanak-kanak dengan autisme menunjukkan masalah dalam beberapa bulan pertama kehidupan.
Sementara dalam yang lain, simptom mungkin tidak jelas kelihatan sehingga 24 bulan atau lebih.
Sesetengah kanak-kanak dengan autisme kelihatan berkembang secara normal sehingga usia sekitar 18 hingga 24 bulan dan kemudian berhenti bertambah kemahiran baru dan/atau mula kehilangan kemahiran sedia ada.
Ciri ciri autism atau tanda autism umur 2 tahun atau tanda autism umur 3 tahun yang mungkin boleh dikesan pada masalah perkembangan bayi dan kanak-kanak termasuklah:
Menjelang 6 bulan, tiada senyuman sosial atau ekspresi mesra kepada orang lain
Menjelang 6 bulan, tidak memandang atau kurang memandang orang
Menjelang 9 bulan, tiada perkongsian suara, senyuman atau komunikasi tanpa lisan yang lain
Menjelang 12 bulan, tidak berceloteh seperti bayi lain
Menjelang 12 bulan, tiada penggunaan isyarat untuk berkomunikasi (contohnya; menunjuk, mencapai, melambai)
Menjelang 12 bulan, tiada respon apabila nama dipanggil
Menjelang 16 bulan, tiada perkataan yang diucapkan
Tanda autism umur 2 tahun, tiada frasa dua perkataan yang bermakna
Sebarang kehilangan kemahiran bercakap, berceloteh atau kemahiran sosial yang sebelumnya ada.
Apabila kanak-kanak semakin berusia, ciri ciri autism atau tanda autism umur 3 tahun menjadi lebih variasi.
Terdapat pelbagai bentuk tanda dan simptom, tetapi kebiasaannya melibatkan masalah kemahiran sosial, masalah percakapan dan bahasa, masalah komunikasi tanpa lisan, dan kelakuan yang tidak fleksibel.
Tanda anak autisme boleh dikenal pasti dari kecil.
Ini menjadikan interaksi dua hala dalam hubungan sosial sangat sukar. Ciri-ciri anak autisme ringan seperti berikut:
Anak autisme sukar berkomunikasi.
Mengelakkan pandangan, antara ciri ciri autism pada anak
Menggunakan ekspresi muka yang tidak sepadan dengan apa yang dikatakannya
Tidak dapat menangkap ekspresi wajah, nada suara dan gerak tubuh orang lain
Jarang membuat gerak isyarat (seperti menunjuk). Mungkin kelihatan dingin atau seperti robot
Bertindak balas secara luar biasa terhadap rangsangan visual, bau, tekstur, dan bunyi. Mungkin sangat sensitif terhadap bunyi-bunyi kuat. Boleh juga tidak bertindak balas terhadap orang yang masuk / keluar, serta usaha orang lain untuk menarik perhatiannya
Postur badan yang tidak normal, kelam-kabut, atau bergerak dengan aneh (contohnya, berjalan dengan terjungkit)
Ciri ciri autism 4: Bersikap tidak fleksibel
Kanak-kanak yang mengalami gangguan spektrum autisme sering membataskan diri dengan satu aktiviti, tidak fleksibel kepada perubahan dan juga obsesif dalam tingkah laku, aktiviti, dan minat mereka.
Ini dapat dilihat dengan ciri-ciri anak autisme ringan seperti berikut:
Mengikut rutin yang tegar (contohnya, berkeras untuk mengambil laluan tertentu ke sekolah)
Sukar untuk menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan dalam jadual atau persekitaran (contohnya, mengamuk jika perabot disusun semula atau tidur pada masa yang berlainan daripada biasa)
Anak autism sukar mendengar arahan.
Kebergantungan yang luar biasa kepada mainan atau objek pelik seperti kunci, suis lampu, atau getah rambut. Terlalu obses menyusun atau mengaturkan benda dengan susunan tertentu
Terlalu minat pada sesuatu topik yang khusus, selalunya yang melibatkan nombor dan simbol (contohnya, menghafal dan membaca fakta tentang peta, jadual kereta api, atau statistik sukan)
Meluangkan masa yang lama menonton objek bergerak seperti kipas siling, atau memberi tumpuan kepada satu bahagian tertentu objek seperti roda kereta mainan
Mengulangi tindakan atau pergerakan yang sama berulang kali, seperti mengibas tangan, menggoyangkan diri, atau berpusing.
Ya, ciri-ciri autisme teruk di atas mencadangkan seorang kanak-kanak berisiko mengalami kondisi ini.
Fakta
Sesetengah kanak-kanak tanpa gangguan spektrum autisme mungkin mempunyai beberapa tanda-tanda ini, dan tidak semua kanak-kanak dengan autisme menunjukkan semua ciri ciri autism yang dikongsikan ini.
Disebabkan itu, penilaian lanjut adalah sangat penting. Jika anak anda mempamerkan sebarang ciri-ciri di atas atau sebarang tanda lewat perkembangan, sila dapatkan penilaian pakar.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Learn the Signs of Autism. https://www.autismspeaks.org/what-autism/from-first-concern-to-action/learn-signs, Accessed on July 9, 2022
Does My Child Have Autism? https://www.helpguide.org/articles/autism-learning-disabilities/does-my-child-have-autism.htm, Accessed on July 9, 2022
What are the Early Signs of Autism? https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/Autism/Pages/Early-Signs-of-Autism-Spectrum-Disorders.aspx, Accessed on July 9, 2022
Autism spectrum disorder (ASD). https://www.cdc.gov/ncbddd/autism/signs.html, Accessed on July 9, 2022
Autism: what is it? https://raisingchildren.net.au/autism/learning-about-autism/about-autism/asd-overview, Accessed on July 9, 2022
Versi Terbaru
10/04/2025
Ditulis oleh Helma Hassan
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim