backup og meta

Bagaimana Menenangkan Anak Autisme?

Bagaimana Menenangkan Anak Autisme?

Anak autisme mungkin terlebih sensitif kepada ransangan seperti sentuhan, bunyi dan cahaya. Mereka juga mungkin berasa tertekan dan geram dengan peristiwa yang tak dijangka seperti perubahan rutin. Disebabkan anak autisme biasanya mempunyai kesukaran memahami atau berkomunikasi tentang perasaan, mereka mungkin akan mengamuk dengan cara menjerit, mengibaskan tangan, merosakkan harta benda atau mencederakan orang lain. Setiap anak autistik adalah berbeza jadi cuba beberapa teknik untuk mencari yang terbaik untuk anak anda.

1.Kenalpasti punca anak anda mengamuk

Perhatikan apa yang mungkin mencetuskan tekanan kepada anak anda. Anda boleh mencatatkan pencetus tekanan kepada anak anda seperti perubahan rutin, terlebih ransangan dan kesukaran berkomunikasi. Elakkan anak anda menghadapi pencetus-pencetus yang anda ketahui.

2. Berpegang pada rutin

Apabila terdapat rutin untuk diikuti, kanak-kanak autistik boleh meramalkan apa yang akan berlaku seterusnya. Ini membantu mereka menjadi lebih tenang. Jadual bergambar boleh membantu anak anda memahami rutin hariannya. Jika terdapat sebarang perubahan, maklumkan pada anak anda seawal boleh. Jika anda ingin memperkenalkan anak anda dengan persekitaran baru, pastikan pada waktu kurang rangsangan, iaitu kurang bising dan tidak ramai orang.

3. Berkomunikasi dengan jelas dengan anak anda

Komunikasi lisan adalah sukar untuk anak autistik. Oleh itu, cakap dengan sabar dan jelas tanpa menjerit atau agresif kerana ini akan memburukkan keadaan. Anda juga boleh cuba berkomunikasi dengan gambar. Pastikan anda turut mendengar segala apa yang anak anda ingin luahkan.

4. Alihkan perhatian anak anda

Jika puncanya adalah emosi/psikologi, alihkan perhatian mereka kepada benda lain yang mereka minati. Ini termasuklah mainan, filem kegemaran atau musik kegemaran. Jika anak anda telah bertenang, tanya mereka apa sebenarnya punca mereka marah dan cuba untuk mengelakkan punca tersebut berulang.

5. Tukar persekitaran anak anda

Anak anda mungkin tertekan kerana terlalu hipersensitif dengan segala ransangan.  Anda boleh cuba mengalihkan mereka ke persekitaran yang berbeza, atau menukar persekitaran (contohnya mematikan muzik yang kuat), untuk mengurangkan rangsangan. Sebagai contoh, jika anak anda merasakan lampu di sesuatu tempat terlalu terang, alihkan anak anda ke tempat yang lebih malap atau berikan mereka kacamata hitam.

6. Beri ruang untuk anak anda

Cuba biarkan mereka duduk seketika untuk bertenang sendiri, di mana-mana kawasan selamat dengan rangsangan deria yang terhad.

7. Berbincang

Selepas kejadian itu, bincangkannya dengan anak anda. Gunakan pendekatan berasaskan penyelesaian: bukannya menyalahkan atau menghukum anak anda. Tanya anak anda apa punca kejadian tersebut dan bagaimana untuk mengelaknya. Anda juga boleh membantu anak anda menggunakan strategi menenangkan diri seperti mengira, menarik nafas dalam, beredar dan sebagainya.

Selain tip-tip di atas, anak autisme juga boleh dibantu dengan tekanan dalam dan ransangan vestibular. Ini termasuklah membalut anak anda dalam selimut, urutan tekanan dalam atau menekap belakang badannya dengan bantal. Ransangan vestibular melibatkan pergerakan yang mengubah keseimbangan seperti buaian dan berpusing di kerusi.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.wikihow.com/Calm-an-Autistic-Child#Calming_the_Child_Using_Deep_Pressure_sub

Versi Terbaru

20/04/2022

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kudis Api, Masalah Kulit Kanak-Kanak Yang Lebih Bahaya, Ibu Bapa Perlu Awasi Tanda Ini!

Anak Kerap Demam? Ketahui 5 Punca Utama Kenapa Si Kecil Demam Berulang!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 20/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan