backup og meta

Awas! Otitis Media: Infeksi Telinga Kanak-kanak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/05/2022

    Awas! Otitis Media: Infeksi Telinga Kanak-kanak

    Apakah itu Otitis Media?

    Otitis media merupakan infeksi telinga yang disebabkan oleh virus, kulat atau bakteria yang menyerang bahagian tengah telinga. Infeksi ini boleh berlaku kepada setiap golongan individu tetapi lebih banyak menyerang golongan kanak-kanak. Penyakit ini bukan sahaja akan mendatangkan kesakitan namun turut mengganggu waktu tidur dan pemakanan kanak-kanak.

    Kondisi ini berlaku disebabkan oleh bakteria dari cecair yang berkumpul di bahagian belakang gegendang telinga dan boleh diklasifikasikan kepada 3 jenis, iaitu:

    1. Otitis media akut

    Kondisi ini merupakan jenis infeksi telinga kanak-kanak yang paling biasa dan kerap ditemui. Kondisi ini terjadi disebabkan oleh bahagian tengah telinga dijangkiti oleh bakteria yang akan mengakibatkan cecair terperangkap di belakang gegendang telinga sekaligus menjadikan bahagian tersebut membengkak. Ini akan menyebabkan kanak-kanak berasa sakit pada bahagian telinga lantas menyebabkan demam.

    1. Otitis media berefusi

    Kondisi ini merupakan kondisi yang mungkin terjadi selepas anak anda dijangkiti otitis media akut. Kondisi ini terjadi disebabkan oleh cecair yang masih terperangkap di belakang gegendang telinga selepas infeksi telinga biasa. Kondisi ini juga sangat membimbangkan kerana tidak menimbulkan sebarang gejala yang boleh dikesan kecuali hanya dengan pemeriksaan telinga oleh doktor.

    1. Otitis media berefusi kronik

    Kondisi ini pula merupakan kondisi yang mungkin terjadi selepas anak anda dijangkiti otitis media berefusi. Kondisi ini terjadi disebabkan oleh cecair yang masih terperangkap dalam tempoh yang lama. Kondisi ini sangat bahaya kerana mampu meninggalkan kesan sampingan yang buruk contohnya merosakkan sistem pendengaran anak anda.

    Simptom-simptom Otitis Media

    Sekiranya anda mendapati bahawa anak anda mengalami beberapa petanda mereka menghidapi infeksi telinga, segera bawa mereka berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Berikut merupakan simptom-simptom anak anda menghidapi infeksi telinga ini.

    • Mengadu sakit pada bahagian telinga, terutamanya ketika berbaring
    • Keluar lelehan pada hidung dan nanah pada telinga
    • Kerap menarik-narik bahagian telinga
    • Sukar untuk mendengar atau bertindakbalas terhadap bunyi
    • Hilang keseimbangan
    • Kerap menangis
    • Mengalami kesukaran untuk tidur
    • Menunjukkan kelakuan yang tidak selesa
    • Hilang selera makan
    • Demam yang melebihi 38 darjah celsius
    • Pening kepala

    Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi infeksi telinga ini tidak akan mengalami sebarang komplikasi untuk jangka masa yang panjang. Kanak-kanak yang semakin membesar seiring dengan usianya akan mempunyai tiub eustachio yang berfungsi dengan lebih baik. Ini akan menyebabkan infeksi telinga, selsema, batuk serta sebarang komplikasi lain sukar untuk menjangkiti mereka.

    Apakah rawatan yang perlu diberikan?

    Sekiranya anda mendapati anak anda mengalami simptom-simptom  seperti yang dinyatakan di atas, segera berhubung dengan pakar perubatan anda. Dalam sesetengah kes, infeksi telinga ini akan pulih dengan sendirinya. Namun untuk mengambil langkah yang selamat, bawa anak anda berjumpa dengan doktor. Berikut merupakan bentuk rawatan yang mungkin digunakan oleh doktor anda.

    • Penggunaan ubat demam dan ubat mencairkan kahak
    • Penggunaan ubat titis telinga bagi mengubati nanah yang keluar dari telinga
    • Penggunaan antibiotik jika infeksi tersebut berlaku disebabkan oleh bakteria
    • Penggunaan teknik “ear weaking” yang bertujuan mengeringkan nanah dalam telinga
    • Ujian pendengaran dan pergerakan gegendang telinga

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan