Sebagai ibu bapa, melihat anak muntah selepas makan pasti menimbulkan kerisauan, apatah lagi jika ia kerap terjadi. Walaupun kadangkala ia hanya masalah kecil, muntah berulang boleh menjadi tanda sistem penghadaman anak sedang terganggu. Jika dibiarkan, ia bukan sahaja menjejaskan selera makan, malah boleh memberi kesan kepada tumbesaran mereka.
Artikel ini akan membincangkan punca-punca umum, tanda-tanda yang perlu diperhatikan, serta peranan pemakanan dalam menyokong kesihatan usus anak anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.
Punca-punca kemungkinan sebabkan anak muntah selepas makan

Kenapa makan muntah balik?
Muntah selepas makan bukanlah gangguan yang berpunca daripada satu faktor sahaja. Ia boleh berlaku dengan pelbagai sebab.
Masalah anak muntah selepas makan boleh berpunca daripada beberapa faktor seperti di bawah ini:
#1. Refluks gastroesofagus (GERD), antara sebab kenapa kanak-kanak kerap sakit perut 1
Keadaan ini berlaku apabila makanan yang sudah masuk ke perut kembali naik semula ke esofagus.
Ia sering berlaku kepada anak anda jika sistem penghadaman mereka belum matang.
Jika kerap, ia boleh menjelaskan persoalan ibu bapa tentang kenapa makan muntah balik.
#2. Jangkitan perut atau virus 2
Kanak-kanak mudah terdedah kepada jangkitan perut seperti gastroenteritis.
Ia menyebabkan muntah, cirit-birit dan sakit perut. Keadaan ini biasanya bersifat sementara, tetapi memerlukan perhatian untuk mengelakkan berlakunya dehidrasi.
#3. Intoleransi makanan atau alergi 3
Sesetengah kanak-kanak sensitif kepada laktosa atau protein tertentu dalam susu.
Ini boleh menyebabkan mereka muntah selepas minum susu atau makan makanan tertentu.
#4. Masalah angin dalam badan juga punca kenapa makan muntah balik 4
Ada ibu bapa perasan anak muntah sebab angin.
Perut yang dipenuhi gas boleh menyebabkan ketidakselesaan, rasa kembung dan akhirnya memicu muntah selepas makan.
#5. Gangguan ruminasi juga punca kenapa kanak-kanak kerap sakit perut 5
Walaupun agak jarang berlaku, sesetengah kanak-kanak mengalami gangguan ruminasi – di mana makanan yang ditelan naik semula ke mulut untuk dikunyah semula.
Keadaan ini boleh berulang selepas setiap kali makan.
#6. Faktor psikologi dan stres 6
Kanak-kanak yang tertekan, risau atau cerewet makan juga mungkin memuntahkan kembali makanan mereka sebagai tindak balas emosi.

Ini juga antara punca biasa kenapa makan muntah balik.
Tanda-tanda anak anda mungkin sedang alami masalah penghadaman
Selain anak muntah selepas makan, ibu bapa juga perlu memerhatikan tanda lain yang mungkin menunjukkan masalah penghadaman.
Antara tanda-tanda lain yang boleh dilihat ialah:
- Anak kerap mengadu sakit perut, terutama selepas makan.
- Nafas berbau dengan bau yang tidak menyenangkan akibat makanan yang tidak dicerna sempurna
- Berat badan tidak naik atau semakin menurun
- Anak kelihatan lesu dan kurang selera makan
- Tanda dehidrasi seperti mulut kering, kurang buang air kecil atau kelihatan lemah
- Masalah pada gigi kerana asid dari muntah boleh merosakkan enamel
Mengenali simptom ini lebih awal dapat membantu ibu bapa mendapatkan rawatan segera sebelum keadaan menjadi lebih serius.
Apa yang boleh anda lakukan untuk elak anak muntah selepas makan?

Jika anak muntah selepas makan berlaku berulang kali, ibu bapa boleh mengambil langkah-langkah seperti berikut 7 8:
- Pastikan anak duduk tegak semasa makan dan sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan.
- Elakkan makanan terlalu berminyak atau terlalu manis yang boleh membebankan perut.
- Berikan anak makan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap, daripada memaksa mereka makan dalam kuantiti yang banyak.
- Galakkan anak minum air secukupnya untuk elakkan dehidrasi.
- Pastikan anak tidak terlalu aktif berlari atau melompat sebaik sahaja selesai makan.
- Jika masalah berterusan atau semakin teruk, segera bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Peranan Friso® Gold dalam membantu menyokong kesihatan usus & penghadaman
Apabila anak muntah selepas makan, ia mungkin menandakan sistem penghadaman mereka sensitif atau mudah terganggu.
Keadaan ini boleh menyebabkan usus terdedah kepada ketidakseimbangan mikrobiota, sekali gus menjejaskan penyerapan nutrien penting untuk tumbesaran 9.
Dalam situasi sebegini, pemilihan susu formula yang sesuai menjadi langkah penting untuk membantu memulihkan keseimbangan usus dan memastikan nutrien dapat diserap dengan lebih baik.
Susu seperti Friso® Gold, yang dirumus dengan nutrien mudah dihadam dan menyokong perlindungan usus, hadir sebagai pilihan bijak untuk membantu anak kekal sihat, aktif dan membesar dengan baik.
Mengapa Friso® Gold perlu menjadi pilihan ibu bapa? Antara kelebihan susu ini ialah:
- NOVAS Signature MilkMengandungi mineralisasi kasein rendah yang menjadikan protein susu lebih mudah dihadam oleh perut anak. Ini membantu mengurangkan masalah ketidakselesaan penghadaman yang anak anda alami.
- GOS (Galacto-oligosaccharides)Tinggi dengan GOS yang berfungsi menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus, sekali gus menyokong keseimbangan mikroflora usus.
- 2’-FL (2’-Fucosyllactose)Berperanan memperkukuh mikrobiota usus yang sihat serta menyokong sistem imun semula jadi anak.
- Probiotik B. Laktik HNO19Membantu menyokong pengurangan jangkitan saluran pernafasan, memberikan perlindungan tambahan kepada anak yang sedang membesar.
- Tiada perisa tambahanMengekalkan rasa ringan dan semula jadi susu, menjadikannya lebih mudah diterima oleh kanak-kanak.
Bagaimana proses pembuatan Friso® Gold mengekalkan kualiti nutrien dalam susu ini?
- Kepakaran Sains Tenusu Belanda: Disokong oleh 150 tahun kepakaran, dari pemilihan lembu premium hingga kawalan diet untuk menghasilkan NOVAS™ Signature Milk yang berkualiti.
- LocNutri Nutrient Retention System®: Teknologi rawatan haba tunggal untuk mengekalkan lebih 90% nutrien semula jadi dalam bentuk cecair, agar lebih mudah diserap oleh usus anak anda.
- Sistem Kebolehkesanan Susu TrackEasy® : Membolehkan ibu bapa mengesan tin susu hingga ke ladang asal di Belanda, memberikan jaminan tambahan tentang kualiti.
Dengan semua kelebihan ini, Friso® Gold membantu menyokong penghadaman si manja dan memastikan mereka mendapat nutrisi yang lengkap untuk tumbesaran holistik.
Kesimpulan
Masalah anak muntah selepas makan tidak boleh dipandang ringan.
Ia boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuk refluks, alergi, masalah angin atau gangguan penghadaman lain yang mengakibatkan kenapa makan muntah balik.
Dengan mengenali punca dan simptom lebih awal, ibu bapa boleh mengambil langkah intervensi yang tepat.
Pemakanan yang seimbang, gaya hidup sihat dan pemilihan susu formula yang sesuai seperti Friso® Gold dapat membantu menyokong perlindungan usus anak.
Usus yang sihat adalah kunci kepada tumbesaran yang sihat, membolehkan anak anda bebas membesar, belajar dan meneroka dunia dengan gembira.
Dapatkan Friso Gold untuk si manja anda hari ini di sini!
[embed-health-tool-baby-poop-tool]
















