Sudah menjadi impian ibu bapa untuk memastikan anak mereka mempunyai berat badan ideal yang sesuai dengan umur, jantina dan tinggi mereka. Jadi, adakah anda pernah atau selalu cek BMI anak?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Sudah menjadi impian ibu bapa untuk memastikan anak mereka mempunyai berat badan ideal yang sesuai dengan umur, jantina dan tinggi mereka. Jadi, adakah anda pernah atau selalu cek BMI anak?
Bagi memastikan impian ini tercapai, anda sebagai ibu bapa perlu lebih berhati-hati dan prihatin terhadap perkara ini terutamanya yang melibatkan Body Mass Index (BMI).
Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan satu formula yang digunakan oleh doktor untuk mengira jumlah lemak yang terdapat dalam badan individu.
Formula ini menggunakan ukuran ketinggian dan berat badan individu bagi mendapatkan jumlah tertentu yang menjadi ukuran sama ada anda kurang berat, normal atau terlebih berat.
Berikut merupakan kategori BMI:
Formula ini boleh diguna pakai oleh setiap individu sama ada lelaki atau wanita tetapi agak sedikit rumit untuk golongan kanak-kanak.
Jom cuba mencapai target anda dengan menggunakan kalkulator BMI kami, di sini.
Formula yang digunakan untuk mengukur BMI anak adalah berbeza bagi lelaki dan perempuan. Ini kerana, kadar pertumbuhan dan amaun lemak dalam badan adalah berbeza bagi kanak-kanak mengikut jantina.
Berikut merupakan kategori BMI yang sangat perlu diberi perhatian untuk memastikan berat badan yang ideal dalam kategori kanak-kanak.
Apapun, pastikan anda mendapatkan ukuran tinggi dan berat badan yang setepatnya terlebih dahulu dengan berjumpa doktor. Selepas itu, boleh guna kalkulator BMI ini untuk kiraan yang lebih tepat.
Jika anak terlalu kurus, anda tidak perlu risau kerana ini merupakan perkara normal sebelum mereka mencapai tahap akil baligh.
Selain itu, tumbesaran setiap kanak-kanak juga berbeza mengikut individu. Ini membuktikan bahawa anak anda masih belum lagi mencapai potensi berat badan mereka yang sepatutnya.
Namun perlu berhati-hati dan melihat sekiranya anak anda mengalami gejala seperti batuk, demam, sakit perut, cirit-birit atau sebarang masalah kesihatan, segera bawa mereka berjumpa doktor.
Ini kerana segelintir kanak-kanak yang mengalami masalah kurang berat badan mungkin menghidapi gangguan pemakanan seperti anoreksia atau bulimia.
Jika mendapati bahawa anak anda terlalu gemuk atau obesiti, ibu bapa perlu lebih memberikan perhatian terhadap tabiat pemakanan mereka.
Sebagai ibu bapa, anda perlu memastikan mereka mengambil diet yang seimbang bagi memastikan makanan tersebut tidak mempunyai terlalu banyak kalori hingga menyebabkan kegemukan.
Pantau dan nasihat anak untuk menjauhi makanan ringan dan makanan segera.
Sebaliknya, galakkan anak untuk mengambil makanan yang sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar bagi menjamin kesihatan yang baik.
Berbincanglah dengan doktor mengenai tinggi, berat, BMI anak, keadaan kesihatan, aktiviti fizikal dan tabiat pemakanan mereka.
Informasi ini sudah pasti akan membantu anda mengenal pasti punca masalah berat badan anak.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen