backup og meta

Kepentingan Air Kosong untuk Si Manja Anda

Kepentingan Air Kosong untuk Si Manja Anda

Nutrien yang paling penting ialah air. Bagi bayi dan kanak-kanak, keperluan air adalah kritikal kerana mereka memerlukan lebih banyak cecair dinisbahkan pada saiz badan mereka berbanding orang dewasa. Ginjal atau buah pinggang bayi dan kanak-kanak tidak sepenuhnya berkembang untuk menghadapi kekurangan air, dan rasa haus mereka tidak akan hilang sehingga mereka terhidrat. Berikut adalah tip berguna untuk ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka minum lebih banyak air kosong.

Jadikannya menyeronokkan

Anda boleh membuat aktiviti minum air tidak lagi membosankan dengan membiarkan anak anda memilih cawan kegemarannya. Mereka mungkin akan lebih suka minum air dengan cawan yang cantik. Lebih menyeronokkan lagi jika anda meletakkan straw berwarna-warni, kiub ais dan bahkan potongan buah-buahan! Minum air akan menjadi kebiasaan yang menyeronokkan anak anda akan minum lebih banyak.

Hadkan pengambilan air manis

Anda tidak seharusnya meletakkan minuman manis berwarna-warni di dalam peti sejuk atau di atas meja kerana anak anda mungkin menemuinya ketika haus. Jadikan air satu-satunya pilihan untuk anak anda dan mereka akan minum air sepanjang masa.

Bantu mereka memahami manfaat air

Kanak-kanak selalu bersifat ingin tahu. Lebih baik jika anda dapat menerangkan tentang badan mereka dan kepentingan air dalam badan. Mereka mungkin akan tertarik dengan cara air membantu mereka dalam melakukan banyak aktiviti, menghalang jerawat dan beberapa penyakit serta mengekalkan kesihatan yang baik.

Jadikan air mudah diakses

Perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk menggalakkan anak anda minum air adalah dengan menjadikannya lebih mudah didapati. Jika mereka bermain di luar, beri mereka botol; pada waktu makan malam, letakkan jag besar air di atas meja. Jika semua orang dalam keluarga anda sentiasa minum air, semua orang akan membiasakan diri menambah air secukupnya.

Jadikannya positif

Galakkan mereka untuk berfikir tentang manfaat kesihatan daripada meminum air, dan jadikan meminum air sebagai aktiviti normal hari anda, dan bukan sebagai tugas yang perlu dilaksanakan.

Buat perubahan secara beransur-ansur

Jangan haramkan minuman lain secara mendadak. Adalah lebih baik untuk membudayakan tabiat minum air hari demi hari. Mulakanlah dengan mengurangkan minuman manis kepada sekali-sekala atau minuman hujung minggu, bukannya tabiat harian dan hidangkannya dalam gelas yang lebih kecil serta tawarkan pilihan yag kurang menyihatkan pada si kecil anda. Pada masa yang sama, perkenalkan jag air kosong dalam rumah. Sekiranya anak anda benar-benar cerewet, mulakanlah dengan mencairkan jus mereka sedikit demi sedikit setiap hari, sehingga akhirnya mereka minum air kosong.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How to encourage your children to drink water. http://www.telegraph.co.uk/foodanddrink/foodanddrinkadvice/10927352/How-to-encourage-your-children-to-drink-water.html. Accessed August 25, 2016.

Versi Terbaru

04/07/2022

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Mama Stres Bayi Sering Meragam Kerana Perut Kembung? Jom Cuba Petua Ini!

Anak Selalu Sangat Demam? Parents, Ini 5 Vitamin Untuk Kuatkan Imuniti Si Manja!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 04/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan