backup og meta

Ibu Bapa, Ini 11 Cara Jaga Kebersihan Alat Sulit Si Manja Untuk Elak Jangkitan, Jangan Abaikan!

Ibu Bapa, Ini 11 Cara Jaga Kebersihan Alat Sulit Si Manja Untuk Elak Jangkitan, Jangan Abaikan!

Kebersihan alat sulit bayi sangat penting untuk diberi perhatian buat golongan yang bernama ibu bapa. Ini kerana bayi anda yang masih kecil mungkin masih belum mengetahui apa-apa mengenainya malahan anak anda yang sudah berada di usia kanak-kanak juga mungkin masih belum mahir menjaga kebersihan alat kemaluan mereka.

Persoalannya, bagaimana untuk menjaganya? Adakah caranya berbeza untuk bayi lelaki dan bayi perempuan? Usah khuatir. Hello Doktor ada jawapannya! Berikut merupakan beberapa tip yang boleh ibu bapa ikuti dalam usaha menjaga kebersihan alat sulit si manja untuk elak jangkitan kuman dan bakteria.

Tip kebersihan alat sulit bayi lelaki

bayi

Untuk pengetahuan anda, alat sulit bayi lelaki akan bersih secara semulajadi. Namun begitu, anda masih perlu memastikan kawasan alat sulit bayi lelaki dibersihkan dengan kerap terutamanya pada bahagian kulup zakar jika mereka masih belum bersunat kerana ia berisiko tinggi terkena jangkitan. Ikuti tip-tip berikut:

  • Bersihkan kawasan kulup iaitu kulit berlebihan yang terdapat pada hujung zakar dengan kerap menggunakan air.
  • Jangan tarik bahagian kulup untuk tujuan membersihkannya kerana ia sukar kembali ke bentuk asal dan boleh menyebabkan kecederaan lalu meninggalkan parut.
  • Jangan gunakan sabun untuk mencuci kulup kerana ia adalah kawasan yang halus dan mudah terengsa. Gunakan air sahaja untuk mencucinya.
  • Jika terdapat sesuatu yang berwarna keputihan di bahagian kulup, ia adalah ‘smegma’. Ia adalah rembesan semula jadi badan dan perlu dibersihkan.
  • Semasa mandi atau tukar lampin, cuci kawasan sekeliling alat sulit dan skrotum bayi. Anda boleh menggunakan kain basah atau kapas untuk mengelapnya.
  • Kulup akan terlekat pada hujung zakar dan hanya akan tercerai sekitar usia bayi 2 tahun. Jangan ceraikannya secara paksa kerana ia boleh mendatangkan kecederaan.
  • Jika sudah bersunat, dedahkan zakar bayi kepada udara semasa tempoh pemulihannya. Semasa mandi, cuci zakar seperti biasa atau anda juga boleh sapukan jeli petroleum untuk melindungi ia daripada bergeser dengan lampin atau seluar.
  • Sekiranya berlaku sebarang infeksi pada zakar bayi, segera bawa mereka berjumpa doktor.
  • Sesudah mencapai usia kanak-kanak, ajar mereka untuk mencuci zakar sama seperti cara mencuci bahagian badan yang lain.

Tip kebersihan alat sulit bayi perempuan

bayi

Sama seperti bayi lelaki, alat sulit bayi perempuan juga akan bersih secara semulajadi. Pun begitu, ibu bapa masih perlu memastikan alat sulit bayi perempuan dibersihkan dengan kerap pada bahagian luar serta dalam faraj yang juga perlu diberi lebih perhatian khusus. Ikuti tip-tip berikut:

  • Bersihkan kawasan faraj dengan menumpukan pada bahagian luarnya.
  • Jangan sesekali memasukkan sebarang objek untuk membersihkan bahagian dalam faraj kerana ia boleh merosakkan kulit dan dijangkiti kuman atau bakteria.
  • Semasa mandi atau menukar lampin, gunakan kain basah atau kapas untuk menyapu kawasan luar faraj dari depan ke belakang. Tumpukan pada uretra (bukaan lubang air kencing bayi perempuan).
  • Jika lampin terlalu kotor dan najis telah memasuki labia (bibir faraj), bersihkannya dengan menggunakan kain flanel atau span dan sapukannya pada luar dan dalam faraj dari depan ke belakang.
  • Sekiranya berlaku sebarang infeksi pada faraj bayi, segera bawa mereka berjumpa doktor.
  • Sesudah mencapai usia akil baligh dan mereka mula datang bulan, ajar mereka tentang kitarannya dan cara menggunakan tuala wanita dengan betul. Selain itu, ajar mereka mencuci faraj dengan cara mengelapnya dari depan ke belakang. Ini bertujuan mengelak sebarang kuman atau bakteria masuk ke dalam faraj.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Konklusi

Kesimpulannya, kebersihatan alat sulit bayi adalah sangat penting untuk mengelak jangkitan kuman atau bakteria. Apabila mereka mula menginjak ke usia kanak-kanak, beritahu si manja kesayangan anda itu akan kepentingan kebersihan alat sulit.

Ibu bapa juga sebenarnya boleh gunakan pelbagai produk kulit yang telah disahkan oleh pakar perubatan atau pakar kulit sahaja. Amalan menjaga kebersihan alat sulit ini perlu ditanam seawal usia mereka lagi agar ia kekal di dalam diri sehingga mereka dewasa kelak.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://my.theasianparent.com/kebersihan-kemaluan-anak

https://www.babycenter.com.my/a1044916/menjaga-genital-bayi-anda

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ibu Ayah, Kalau Bayi Gemar Gosok Mata, Perhatikan Tanda Ini, Takut Nanti Jadi Buta!

Bayi Umur Setahun Pun Perlu Bersenam? Ini Jumlah Masa Aktiviti Fizikal Sehari Ikut Umur Anak


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan