Si kecil dah menghampiri wean off, jadi apakah susu yang sesuai untuk diberikan? Bolehkah berikan susu kambing untuk anak atau susu lembu lebih sesuai? Bagaimana pula dariaspek manfaat susu?
Si kecil dah menghampiri wean off, jadi apakah susu yang sesuai untuk diberikan? Bolehkah berikan susu kambing untuk anak atau susu lembu lebih sesuai? Bagaimana pula dariaspek manfaat susu?

Pastinya perdebatan dalam topik berkaitan manfaat susu formula sama ada susu lembu atau susu kambing sangat hangat diperkatakan.
Mana satu antara 2 pilihan tersebut lebih sihat dan lebih selamat untuk si manja anda?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.
Ini antara perbezaan utama bagi susu lembu dan susu kambing yang perlu anda ketahui:
Susu kambing dikatakan lebih mudah dicerna berbanding susu lembu kerana ukuran dan struktur molekul lemaknya.
Molekul lemak susu lembu adalah jauh lebih besar sehingga organ si manja perlu bekerja lebih keras untuk mencernanya.
Berbanding susu lembu, susu kambing mengandungi jumlah laktosa atau turut dikenali sebagai gula susu yang lebih kecil.
Umumnya, sistem badan manusia dicipta untuk memecahkan makanan, termasuk gula sehingga perut si kecil hanya perlu menggunakan sedikit enzim untuk mencerna laktosa.
Protein yang terkandung dalam susu kambing tidak alergenik seperti protein dalam susu lembu.
Malangnya, kebanyakan anak kecil mempunyai alahan tenusu dikaitkan dengan Alpha s1 Casein, sejenis protein khusus yang terdapat dalam susu lembu, punca masalah pencernaan protein.

Jika ingin dibandingkan dari aspek rasa, susu lembu mungkin mempunyai rasa yang lebih baik dan boleh diterima berbanding susu kambing.
Ini kerana rasa dan bau susu kambing yang mungkin agak kuat bagi sesetengah kanak-kanak.
Susu kambing kurang melalui tahap pemprosesan berbanding produk tenusu biasa, termasuklah susu lembu.
Dalam erti kata lain, produk susu kambing ini mengandungi bahan pengawet atau gula tambahan yang sedikit.
Berbanding susu lembu, memberikan susu kambing untuk bayi 1 tahun ke atas dianggap sebagai sumber protein yang baik dan dapat memberikan lebih banyak kalsium dan selenium.
Berdasarkan perbandingan perbezaan di atas, nampaknya pilihan lebih berat kepada susu kambing, bukan?
Tetapi bagaimana pula dari segi manfaat susu kambing ini?
Anda sudah mengetahui perbezaan antara susu lembu dan susu kambing. Namun, adakah susu kambing benar-benar bermanfaat dari sudut kesihatan?
Berikut adalah kelebihan minum susu kambing untuk kesihatan:
Susu kambing mengandungi banyak kalium. Ia merupakan mineral yang berperanan dalam mengawal dan mengatur tekanan darah.
Maka secara tidak langsung ia menjadikan jantung lebih sihat.

Sistem imuniti anak kecil belum berkembang sepenuhnya sehingga mereka berusia 5 tahun. Keadaan tersebut boleh mendedahkan anak kecil dengan pelbagai jangkitan.
Kandungan selenium dan nutrien lain dalam susu kambing boleh membantu meningkatkan daya tahan mereka.
Tidak seperti susu lembu, jika diberikan susu kambing untuk anak, ia dikatakan lebih menyerupai susu ibu.
Keadaan ini berikutan komposisi susu kambing yang lebih mudah dicerna dan tempoh penyerapan nutrien oleh badan yang lebih cepat.
Susu kambing adalah sumber kalsium yang baik. Di samping itu, ia juga mengandungi asid amino, disebut sebagai triptofan yang membantu menguatkan tulang.
Susu lembu cenderung menyebabkan sakit perut (masalah berkaitan abdomen) dan mungkin mencetuskan keradangan.
Sebaliknya susu kambing dapat membantu mencegah masalah ini daripada berlaku kerana kandungan enzimnya.
Pemilihan susu kambing untuk si kecil mungkin penyelesaian bagi anak yang mempunyai masalah intoleransi laktosa.
Ia adalah keadaan apabila badan yang tidak dapat menyerap laktosa, sejenis gula yang terdapat secara eksklusif dalam susu dan produk tenusu.
Ini kerana susu kambing mengandungi kurang kandungan laktosa, maka risiko untuk mengalami gangguan pencernaan atau kembung adalah kecil.
Walau apa pun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan dan nasihat doktor atau pakar pediatrik terlebih dahulu.

Walaupun terdapat banyak kelebihan dan manfaat susu kambing berbanding susu lembu, namun pemberian susu tersebut kepada bayi yang berusia kurang daripada setahun, adalah tidak digalakkan.
Bahkan United States Department of Agriculture (USDA) juga tidak mengesyorkan susu kambing untuk diberi kepada anak di bawah usia 12 bulan.
Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah kekurangan nutrisi dan komplikasi kesihatan lain.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
23/04/2025
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa