backup og meta

Si Kecil Sudah Tidak Perlukan Tidur Siang? Mama, Kenal Pasti 6 Tanda Ini

Si Kecil Sudah Tidak Perlukan Tidur Siang? Mama, Kenal Pasti 6 Tanda Ini

Kurang tidur siang bermaksud si kecil sudah membesar menjadi seorang kanak-kanak. Tetapi bagaimana untuk mengetahui jika mereka sudah bersedia untuk perkara tersebut?

Keperluan tidur siang

Berbeza dengan bayi, anak yang semakin membesar biasanya akan memilih untuk bermain sepanjang hari.

Ini bermakna ada kemungkinan mereka langsung tidak tidur siang atau napping mahupun hanya melelapkan mata pada waktu siang dalam tempoh yang sekejap.

Umumnya, keadaan ini adalah perkara biasa seiring dengan peningkatan usia anak.

Berita baiknya, apabila anak kurang tidur pada waktu siang, mereka akan lebih cenderung dan mudah untuk memejam mata dengan lena sepanjang malam.

Ini maknanya anda juga boleh melelapkan mata pada waktu malam dengan lebih nyenyak, kan?

Namun sebagai ibu bapa, pastinya anda ingin betul-betul memastikan bahawa anak sudah tidak memerlukan tidur pada waktu siang atau ia hanya akan mengundang tantrum.

Dan mungkinkah ada cara yang boleh anda lakukan untuk membantu melancarkan peralihan itu?

Bersediakah anak?

Secara realitinya, tiada peraturan tetap yang dapat menentukan bilakah masanya anak anda tidak lagi memerlukan tidur siang.

Ini kerana sama seperti proses tumbesaran yang berbeza bagi setiap anak, keperluan tidur pada waktu siang juga adalah berlainan. 

Oleh itu, anak anda mungkin akan berhenti napping lebih awal berbanding rakannya atau lebih cepat daripada adik-beradiknya yang lain.

Ia adalah bergantung kepada anak itu sendiri, tahap tenaga, kuantiti rehat di malam hari dan berapa aktifnya mereka pada waktu siang. 

Namun dikatakan kebanyakan anak kecil tidak akan berhenti tidur siang sehingga mereka mula melangkah ke alam prasekolah

Menurut National Sleep Foundation (NSF) menganggarkan bahawa hanya sekitar 50% kanak-kanak masih perlu melelapkan mata pada waktu siang di usia 4 tahun dan hanya 30% ketika berumur 5 tahun. 

Perbezaan antara anak yang napping dan tidak adalah, mereka yang tidak melelapkan mata pada waktu siang akan mendapatkan masa tidur yang lebih banyak di malam hari. 

Apa yang penting kebanyakan kanak-kanak disarankan untuk memenuhi keperluan tidur berkualiti untuk tempoh 12 jam sehari. 

Jadi ibu perlu pastikan anak mendapat masa melelapkan mata yang cukup ya?

Untuk lebih banyak info tentang tip keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Tanda anak bersedia berhenti tidur siang

Berdasarkan kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak akan berhenti napping pada usia 4 tahun.

Walau bagaimanapun, sesetengah pakar berasakan tempoh tersebut mungkin masih terlalu awal.

Sekiranya si kecil dengan mudah dapat memejamkan mata waktu siang, ini bermakna mereka masih memerlukan tempoh rehat tersebut. 

Pun begitu, sekiranya anak menunjukkan tanda-tanda di bawah, sesi melelapkan mata pada waktu siang mungkin tidak lagi diperlukan. 

Cuma berikan mereka tempoh untuk berehat daripada bermain atau aktif di siang hari.

1. Mempunyai emosi yang stabil 

Anak anda mempunyai personaliti konsisten bermula daripada bangun pagi hingga ke waktu malam, walaupun berdepan hari yang sibuk.

Si kecil pastinya mengalami emosi pasang surut sepanjang hari.

Namun untuk anak yang sudah bersedia untuk berhenti tidur siang, emosi mereka biasanya lebih stabil.

2. Mengalami kesukaran untuk memejamkan mata pada siang hari

Apabila anda meminta mereka untuk melelapkan mata pada waktu siang, mereka jarang tertidur. 

keperluan tidur

Bahkan, mereka tampak gelisah. Itu tanda anak sudah bersedia untuk berhenti napping.

3. Napping mengganggu rutin tidur malam 

Apabila anak melelapkan mata pada waktu siang, mereka akan menjadi sukar untuk tidur di malam hari.

Mereka mungkin perlu mengambil masa yang lama untuk lena atau akan terjaga lebih awal daripada sepatutnya.

4. Lena malam lebih mudah tanpa tidur siang

Walaupun anak tidak memejamkan mata pada siang hari, mereka dapat melelapkan mata pada waktu yang munasabah dan lena sepanjang malam. 

5. Tidak mengalami keletihan sepanjang hari

Adakah si kecil mudah tertidur ketika dalam perjalanan kereta singkat setelah berhenti napping? Anda perasan anak sering menguap, menggosok mata atau mudah emosi pada siang hari?

Kesemua itu adalah tanda-tanda anak terlalu letih dan mereka mungkin masih memerlukan tidur siang.

6. Proses tumbesaran baik

Anak dapat belajar perkara baharu dengan mudah dan boleh memberikan tumpuan mengikut jangka masa sesuai pada tahap usia mereka.

Mereka mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak menderita selesema atau sebarang masalah kesihatan lain. 

Apa yang boleh anda lakukan?

Untuk berhenti melelapkan mata, ia adalah proses berperingkat dan mustahil untuk terjadi dapat sekelip mata. 

Sekiranya anak tidak lagi perlu memejamkan mata pada waktu siang, mereka akan lebih mudah melelapkan mata di malam hari dan lena sepanjang malam.

Ini sekali gus menjadikan rutin anak untuk memejamkan mata lebih mudah bagi anda. 

Walaupun ada sesetengah kanak-kanak boleh berhenti daripada tidur siang dengan sendiri, namun dorongan daripada anda sebagai ibu bapa mungkin masih diperlukan.

Anak akan perlahan-lahan dapat menyesuaikan diri dengan kurangnya kuantiti tidur pada waktu siang. 

Tetapi harus diingatkan, ini bermakna mereka perlu untuk melelapkan mata dengan lebih lama pada waktu malam. 

Jadi ibu ayah perlu bersedia untuk menyesuaikan rutin jadual baharu ini!

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on Feb 19, 2021 from

https://www.sleep.org/kids-stop-napping/ 

https://www.mother.ly/child/giving-up-that-nap5-ways-to-know-when-your-toddler-is-telling-you-its-time 

https://www.sleepadvisor.org/when-do-toddlers-stop-napping/ 

https://kidshealth.org/en/parents/naps.html 

https://pajamaprogram.org/5-signs-your-toddler-should-stop-napping/ 

Versi Terbaru

07/09/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Si Kecil Pun Boleh Ada Masalah Sukar Tidur! Ini Langkah Atasi 6 Gangguan Tidur Anak

Ini Waktu Sesuai Latih Anak Tidur, Barulah Tak Meragam Masa Bangun Nanti


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan