Antara persoalan yang sering timbul adalah, sama ada menghantar anak ke taska jaga bayi atau ke rumah pengasuh? Ikuti artikel ini untuk lebih membantu anda membuat pilihan dan keputusan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Taska jaga bayi atau pengasuh: Tip memilih pengasuh
Jika ingin menggunakan khidmat pengasuh, pastikan anda melakukan sedikit penyelidikan dan keselamatan sebelum meninggalkan bayi bersamanya.
Langkah pertama adalah membiarkan bayi baru lahir dengan pengasuh dalam tempoh tertentu di hadapan anda.
Walaupun pengasuh itu mahir dalam penjagaan bayi, sekiranya si kecil tidak ingin berada di sekelilingnya, jangan sesekali memaksa si manja.
Anda perlu memastikan persekitaran kekal tenang dan mesra antara pengasuh dan anak kecil.
1. Ahli keluarga atau saudara-mara
Sekiranya anda bernasib baik dan tinggal berdekatan dengan saudara-mara, ini boleh menjadi pilihan terbaik.
Ini kerana pastinya anda berasa percaya dan yakin kerana mengenali individu yang menjaga anak.
Namun, tidak menjadi kesalahan untuk anda menyenaraikan keperluan harian anak anda seperti kuantiti pemberian susu sebagai panduan yang boleh membantu mereka. Malah, senarai ini berguna untuk semua pengasuh.
2. Cara kehidupan dalam pemilihan taska jaga bayi atau pengasuh
Ini adalah amat penting kerana penampilan, perwatakan dan tingkah laku pengasuh sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada anak. Pengasuh yang baik akan sentiasa memelihara akhlaknya.
3. Mahir penjagaan bayi dan kanak-kanak
Ilmu Pendidikan Awal Kanak-kanak amatlah penting kepada seorang pengasuh.
Bukan sahaja dia perlu tahu tentang cara untuk menukar lampin dan membuat susu, malah harus mengetahui bagaimana menangani anak yang bergaduh atau menenangkan si kecil sedang menangis.
Baca juga:
4. Selidik
Tanya ibu bapa, jiran dan rakan sekerja untuk cadangan pengasuh bayi. Ini mungkin cara terbaik jika anda tidak mempunyai saudara yang tinggal berdekatan.
Kebiasaannya rujukan daripada kenalan atau mereka berpengalaman untuk mendapatkan perkhidmatan pengasuh daripada individu sama boleh membantu anda.
Pemilihan taska jaga bayi atau rumah pengasuh #5. Pastikan anak selesa
Ini mungkin mengambil masa yang lama untuk anak mesra dan selesa ketika berada bersama pengasuh.
Selepas beberapa hari anak bersama pengasuhnya, anda mesti dapat mengesan adakah si kecil selesa dan mesra bersama pengasuh ataupun tidak.
Jika anak masih tidak mahu dengan pengasuhnya, ini mungkin bermakna pengasuh tidak dapat memberikan kemesraan sewajarnya dan personaliti pengasuh tidak sesuai dengan si manja.
6. Rasa gembira
Sebagai ibu bapa, pasti anda akan dapat melihat sekiranya pengasuh anak benar-benar gembira menjaga dan mengasuh si kecil dan anak anda juga dapat merasakannya.
Kasih sayang dan kemesraan akan terserlah ketika mereka bersama-sama.
7. Komunikasi
Pastikan anda menjaga hubungan anda dengan pengasuh dan ambil masa untuk berbual dengan mereka mengenai anak anda supaya wujud keselesaan antara anda dengan pengasuh.
Apabila wujud hubungan komunikasi dua hala yang baik, pengasuh tidak teragak-agak untuk memaklumkan keadaan semasa anak asuhannya kepada ibu bapa.
8. Menghormati
Seorang pengasuh yang baik akan membuka pusat jagaan sebelum anda sampai atau akan memaklumkan kepada anda jika terdapat sebarang kemungkinan seperti jika dia perlu bercuti seawal yang mungkin.
9. Bersih dan selamat
Kebersihan merupakan satu petanda yang baik kepada pengasuh.
Sebagaimana anda menghantar anak dalam keadaan yang bersih, seharusnya anda akan mengambil anak anda dalam keadaan yang bersih juga.
Dalam soal keselamatan, kemalangan kecil seperti terjatuh atau pergaduhan kecil dengan anak jagaan yang lain pasti akan berlaku dan tidak dapat dielakkan.
Tetapi seorang pengasuh yang baik akan sentiasa memastikan keselamatan anak anda menjadi keutamaannya.
Taska jaga bayi atau pengasuh: Ciri taska yang baik
Jika anda sebagai ibu bapa memutuskan untuk menghantar anak anda ke taska, pastinya anda perlu mengetahui dan memastikan tentang beberapa perkara berikut:
1. Berdaftar
Taska berdaftar JKM atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Ini adalah penting untuk memastikan bahawa taska tersebut mengikut standard yang ditetapkan dan menepati piawaian dalam penjagaan kanak-kanak.
2. Kawasan persekitaran aspek penting dalam pemilihan taska jaga bayi
Perkara lain yang harus menjadi keutamaan pemilihan taska sebelum membuat sebarang keputusan adalah anda harus memastikan kawasan taska dan sekitarnya adalah selamat.
3. Aspek keselamatan
Sekiranya taska yang anda pilih itu merupakan rumah sama ada setingkat atau dua tingkat yang dijadikan premis pusat jagaan, beberapa perkara yang perlu dilihat adalah:
- Tangga keselamatan
- Pintu kecemasan
- Alat pemadam kebakaran?
Ini antara perkara yang sangat penting untuk dititik beratkan.
Pihak taska harus mendapatkan kelulusan pihak tertentu bagi menentukan sama ada jika berlaku kecemasan seperti kebakaran, pihak taska berkenaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
4. Kebersihan dalam pemilihan taska jaga bayi atau rumah pengasuh
Ini kerana, taska yang bersih adalah memainkan peranan penting dalam menjamin tahap kesihatan yang baik untuk anak-anak anda.
Penyakit berjangkit seperti penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) adalah antara penyakit mudah menjangkiti dalam kalangan kanak-kanak.
Ia mudah merebak dan dijangkiti jika kawasan dan tempat anak-anak tinggal tidak dijaga kebersihannya.
Yang mana lebih baik?
Mungkin sebaiknya, untuk anak kecil atau bayi, sebagai permulaan, anda boleh menghantarnya ke rumah pengasuh yang berdaftar dan hanya mempunyai anak jagaan dalam jumlah kecil.
Ini membolehkan si kecil mendapat perhatian dan jagaan lebih baik, berbanding menghantarnya ke taska jaga bayi yang kebiasaannya mempunyai bilangan anak jagaan lebih ramai.
Apabila anak sudah boleh berjalan, berdikari seperti makan dan minum sendiri, sekitar usia 3 tahun dan ke atas, anda mungkin boleh menghantar mereka ke pusat jagaan atau taska.
Ini kerana apabila menghantar anak anda ke taska, ia sekali gus membolehkan anak anda untuk belajar bersosial dan berkomunikasi dengan kanak-kanak yang seusia dengannya.
Jadi walau apa pun keputusan yang diambil, pastikan anda tetap mengambil kira tentang faktor dan aspek penting seperti yang dinyatakan di atas.
[embed-health-tool-child-growth-chart]