Gaya keibubapaan adalah penting untuk mengetahui cara ajar anak dengan integriti sementara mempersiapkan juga mereka untuk dunia nyata.
Antara yang ibu bapa perlu beri perhatian adalah ketika mahu ajar anak dengan menggunakan perkataan agar mereka faham maksud sebenar anda.
Persoalannya, bolehkah ibu bapa menggunakan perkataan ‘jangan’ untuk ajar mereka? Jom sama-sama kita ikuti artikel cara ajar anak ini untuk tahu jawapannya!
Bilakah anak memahami kata ‘jangan’?
Sesetengah bayi mula memahami maksud ‘jangan’ pada sekitar 6 bulan, tetapi kebanyakannya tidak akan menghentikan apa yang mereka lakukan sebagai tindak balas kepada perkataan sehingga mereka berada di antara 12 dan 18 bulan.
Apabila bayi anda masuk ke dalam kenakalan atau kekacauan, dengan tenang berkata ‘jangan’ dan cuba menarik minatnya terhadap sesuatu yang lain.
Sebagai contoh, jika dia terus cuba mendapatkan kucing, alihkan perhatiannya kepada mainan, atau meletakkan kucing di bilik lain.
Jika anda rasa seolah-olah ‘jangan’ adalah perkataan yang paling sering anda katakan kepada anak anda, cuba gunakan perkataan yang menjelaskan mengapa anda tidak mahu anak anda melakukan apa yang dia lakukan.
Jadi apabila dia terlalu dekat dengan ketuhar, katakan, “panas!” dengan nada tegas suara anda menyentuh bahagian terpenting mesej anda.
Cara ajar anak – Penggunaan kata ‘jangan’: boleh atau tidak?
Kanak-kanak sangat mudah mengikut atau meniru perlakuan ibu bapa mereka baik dari segi perlakuan mahupun percakapan.
Mereka masih kecil untuk menentukan sama ada perlakuan atau percakapan itu adalah betul atau salah.
Menjadi tugas ibu bapa untuk mendidik anak mereka bagi memastikan mereka membesar dengan sebaiknya.
Dalam percakapan misalnya, kanak-kanak kecil sangat mudah terpengaruh dengan ibu bapa atau orang di sekeliling mereka.
Sebagai contoh, mereka suka mengajuk perkataan yang diujarkan kepada mereka.
Ini kerana mereka masih dalam tempoh belajar untuk bertutur dan meniru merupakan praktis yang terbaik untuk mereka.
Proses ini penting bagi melahirkan minat seseorang kanak-kanak itu terhadap bahasa yang membolehkan mereka untuk membaca dan menulis kelak.
Perkataan alternatif untuk menggantikan ia
Selain perkataan ‘jangan’, terdapat beberapa perkataan ataupun cara untuk melarang, mencegah atau menghindar anak anda daripada melakukan sesuatu yang tidak diingini.
Ibu bapa boleh cuba menggunakan cara berikut dalam situasi yang tepat.
Jika anda ingin melarang anak anda daripada makan sesuatu yang tidak sihat seperti coklat atau aiskrim, anda boleh menggunakan cara ini:
- ‘Ibu tahu kamu suka coklat, tetapi makan dalam kuantiti yang banyak tidak bagus untuk kesihatan’
- ‘Ibu akan belikan aiskrim kegemaran kamu pada esok hari’
Jika anda ingin melarang anak anda daripada bermain dengan makanan mereka, anda boleh menggunakan cara ajar anak ini:
- ‘Makanan itu untuk makan, bukan untuk main’
Jika anda ingin melarang anak anda yang salah cara bermain permainannya, anda boleh menggunakan cara ini:
- ‘Permainan itu bukan untuk digigit, biar ibu tunjukkan cara untuk main’
Jika anda ingin melarang anak anda daripada memukul orang lain atau menjerit ketika sedang marah, anda boleh menggunakan cara ini:
- ‘Gunakan mulut, bukan tangan kamu’
- ‘Ibu tidak faham apa kamu cakap jika kamu menjerit, guna nada yang sesuai’
Jika anda ingin melarang anak anda daripada bermain sesuatu yang anda tidak gemar, anda boleh menggunakan cara ini:
- ‘Berikan ibu telefon itu, ibu ganti dengan lego’
- ‘Anak patung yang cantik ini akan jadi milik kamu jika kamu berikan ibu krayon itu’
Terdapat juga beberapa perkataan yang pendek namun memberikan maksud yang sama seperti jangan namun lebih berkesan, contohnya perkataan ‘tidak’, ‘sudah’ atau berhenti’.
Kita juga boleh menggunakan kata yang memberi maksud fizikal sesuatu barangan yang hendak didekati oleh anak-anak seperti ‘panas’ untuk seterika serta ‘bahaya’ untuk dapur gas.
Jawapan kepada persoalan artikel ini adalah ya, ibu bapa mungkin boleh gunakan perkataan ‘jangan’ sebagai cara ajar anak memahami bahasa.
Pun begitu, ia mungkin kurang memberi kesan kerana mereka masih kecil dan belum memahami sepenuhnya maksud anda.
Oleh itu, adalah wajar untuk anda menggunakan perkataan alternatif seperti yang kami nyatakan di atas tadi sebagai cara ajar anak.
[embed-health-tool-child-growth-chart]