backup og meta

Sekolah Montessori? Apa Yang Istimewa Sampai Pengasas Google Pun Sukakannya?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 24/05/2022

    Sekolah Montessori? Apa Yang Istimewa Sampai Pengasas Google Pun Sukakannya?

    Pernahkah anda dengar mengenai pendekatan Montessori? Jika pernah, pasti anda tahu akan kurikulum Montessori yang menekankan perkembangan anak-anak secara menyeluruh dan bukannya berpandukan peperiksaan semata-mata.

    Namun, apakah maksud Montessori dan mengapakah ia lazimnya dikaitkan dengan golongan yang berada?

    Jeff Bezos, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Amazon merupakan antara tokoh yang menerima pembelajaran Montessori ketika kecil. 

    Bukan beliau sahaja, ramai lagi tokoh-tokoh ternama lain seperti Larry Page and Sergey Brin (Pengasas Google) yang datang dari sekolah Montessori.

    Jadi, apa sebenarnya rahsia sekolah Montessori sehinggakan mereka mampu melahirkan usahawan ternama? Jika anda ingin tahu lebih lanjut, jom ikuti kupasan kami di bawah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Apa maksud kurikulum Montessori?

    kurikulum montessori

    Kurikulum Montessori diperkenalkan oleh Dr. Maria Montessori pada awal tahun 1900. 

    Kaedah ini mengutamakan keselesaan, kekemasan dan kesederhanaan dalam kelas. Ia berbeza dengan pembelajaran yang anak-anak kita lalui di sekolah biasa.

    Anggaplah Montessori sebagai satu pengalaman hidup yang dapat membantu anak dalam kehidupan pada masa hadapan.

    Melalui kaedah ini juga, anak boleh mengembangkan bakat masing-masing serta memupuk skil yang dapat membantu mereka berjaya dalam hidup.

    Dr. Montessori percaya bahawa kanak-kanak dapat belajar dengan lebih baik jika mereka bebas memilih apa yang mereka ingin pelajari. Oleh sebab itu, filosofi ini ditekankan di dalam kaedah Montessori sehingga hari ini.

    Malah, kurikulum Montessori juga sangat unik dan berbeza dengan sekolah biasa. Perbezaannya ialah:

    1. Mempunyai pelbagai stesen dengan aktiviti berlainan. Murid boleh memilih stesen yang berbeza setiap hari.
    2. Guru bergerak dari stesen ke stesen.
    3. Mempunyai sistem pemarkahan yang berbeza.
    4. Fokus pada pelajar. Kaedah Montessori menekankan perkembangan sosial, emosi, intelek, spiritual serta fizikal murid.

    Sama seperti kaedah pembelajaran yang lain, ada ibu bapa atau guru yang mungkin tidak sukakan kaedah ini. Oleh sebab itu, ibu bapa perlulah fikirkan yang terbaik sebelum menghantar anak ke sekolah dengan kurikulum Montessori.

    Baca juga:

    Kebaikan kaedah Montessori

    Sebenarnya, apa yang istimewa mengenai kaedah Montessori ini? Ramai yang memuji-muji sukatan pelajarannya di media sosial. 

    Tetapi, apa sebenarnya kebaikan kaedah ini? Mari sama-sama ikuti kupasan kami di bawah.

    1. Menekankan pendidikan secara hands-on

    kurikulum montessori

    Kelas Montessori amat terkenal dengan kecantikannya. Semua ini dilakukan bersebab.

    Menurut Karen Ricks yang menjalankan sebuah sekolah Montessori di Jepun, persekitaran yang cantik amat penting untuk pembelajaran kanak-kanak.

    Bukan itu sahaja, pendekatan Montessori juga membolehkan murid belajar mengikut kemampuan mereka sendiri. Guru juga akan mengajar mengikut rentak murid tersebut supaya dia tidak ketinggalan. 

    Kanak-kanak juga akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti menggunakan bahan-bahan yang dapat merangsang perkembangan mereka.

    Anggaplah Montessori sebagai sebuah taman permainan yang besar untuk anak-anak teroka. Pendek kata, mereka boleh bermain sambil belajar di sekolah Montessori yang lengkap dengan pelbagai kemudahan!

    2. Dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka

    kurikulum montessori

    Melalui pendekatan Montessori, pelajar dapat mengembangkan kemahiran sosial mereka. Manakan tidak, murid akan dikumpul di dalam satu kumpulan walaupun berbeza usia.

    Murid dicampurkan supaya mereka lebih mudah bersosial. Ini merupakan sesuatu yang tidak akan murid alami di sekolah biasa.

    Bukan itu sahaja, kanak-kanak selalunya akan mencontohi individu yang lebih berusia daripada mereka.

    Oleh sebab itu, murid boleh belajar antara satu sama lain. Secara tidak langsung, murid boleh mengasah kemahiran sosial mereka dan selesa bergaul walaupun berbeza usia.

    3. Kurikulum Montessori mengajar murid lebih berdikari

    Murid yang mengikuti pendekatan Montessori selalunya lebih yakin dalam hidup. Mereka juga lebih berdikari dan mampu menguruskan diri sendiri dengan lebih baik.

    Di sekolah Montessori, murid boleh belajar apa yang mereka sukai. Jadi mereka lebih berdisiplin, bebas dan lebih yakin ketika melakukan sesuatu keputusan. 

    Bukan itu sahaja, mereka yang belajar di sekolah Montessori juga didapati dapat belajar lebih pantas daripada biasa.

    Dengan bantuan daripada rakan-rakan dan juga guru di sekolah, pelajar dapat mengekspresikan diri dan jadi lebih kreatif. Secara tidak langsung, pendekatan ini mengajar mereka menjadi lebih berkeyakinan dan mampu berdikari pada masa hadapan.

    Jika anda mempunyai sebarang cerita yang ingin dikongsi bersama ibu yang lain, sertai Komuniti Keibubapaan kami di Hello Doktor. Dapatkan nasihat pakar mengenai cara terbaik untuk memupuk pembelajaran dalam kalangan anak-anak serta bertukar-tukar pendapat dengan ibu lain di sini!

    Keburukan kaedah Montessori

    Walaupun kurikulum Montessori mempunyai banyak kebaikan, ada juga beberapa kekurangan sistem ini yang perlu difikirkan oleh ibu bapa. Antaranya ialah:

    1. Harganya yang mahal

    kos

    Disebabkan sekolah Montessori mempunyai fasiliti yang serba lengkap, sukar untuk mereka menawarkan khidmat ini dengan harga yang murah.

    Malah, guru juga perlu melalui latihan yang mendalam untuk melayakkan mereka menjadi tenaga pengajar di sekolah Montessori. 

    Sebab itulah, sekolah Montessori selalunya mengenakan yuran yang mahal.

    2. Tidak dapat diakses oleh semua orang

    Montessori juga mungkin tidak dapat diakses oleh semua orang, lebih-lebih lagi oleh ibu bapa yang berpendapatan rendah.

    Tidak dinafikan, sekolah Montessori pada waktu ini hanya dapat diakses oleh individu kelas atasan disebabkan yurannya yang mahal.

    3. Kurikulum Montessori mungkin terlalu longgar

    Di negara kita, kurikulum sekolah Montessori mungkin terlalu longgar. 

    Mereka tidak mengajar subjek-subjek lazim di sekolah dan melakukan pendekatan yang amat berbeza ketika proses pembelajaran.

    Oleh sebab itu, mungkin ada ibu bapa yang merasakan sekolah ini tidak sesuai untuk anak-anak mereka.

    Kesimpulannya, ada banyak pendekatan kurikulum yang diajar di Malaysia. Ibu bapa, sila buat pilihan yang tepat untuk anak-anak anda, ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 24/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan