home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Didik Anak Tentang Salah Laku Seksual

Didik Anak Tentang Salah Laku Seksual

Salah laku seksual akan meninggalkan kesan yang menyakitkan kepada mangsa, terutama jika mangsanya adalah kanak-kanak. “Mencegah adalah lebih baik dari merawat”. Untuk melindungi anak kecil kita, cara yang terbaik adalah dengan memberikan mereka pemahaman yang betul tentang masalah ini. Berikut adalah tip untuk ibu bapa.

Pendidikan awal

Ajari anak anda tentang bahagian tubuh pada awal tumbesarannya. Anda boleh memilih nama yang sesuai atau mungkin gunakan terma dan istilah bahagian tubuh yang betul. Elakkan guna perkataan salah yang boleh menimbulkan salah faham. Seorang kanak-kanak perempuan tidak sepatutnya menggelarkan ‘vagina’ sebagai ‘bahagian bawah’. Mengetahui istilah yang sebenar dalam membantu anak anda untuk menyampaikan kepada anda dengan lebih jelas jika terjadinya sesuatu.

Bahagian peribadi

Biarkan anak anda mengenali bahagian tubuh yang tidak patut didedahkan kepada individu lain dan sebab ianya dipanggil peribadi. Tegaskan selain ayah dan ibu, tiada sesiapa patut melihat bahagian-bahagian sulit ini. Untuk doktor, mereka boleh melihat bahagian ini tanpa pakaian jika ditemani oleh ayah atau ibu ketika pemeriksaan dilakukan.

Ujarkan kepada mereka bahawa tiada siapa boleh mengambil gambar bahagian sulit mereka. Terdapat ramai pedophiles di luar sana yang menunggu peluang untuk mengambil gambar kanak-kanak telanjang dan menjualnya secara dalam talian.

Pastikan anak anda tahu batasan

Kita biasanya akan memberitahu anak supaya tidak membenarkan sesiapa menyentuh bahagian sulit mereka. Walau bagaimanapun, kita terlupa untuk mengajar anak untuk tidak menyentuh bahagian sulit individu lain. Ini kerana, dalam kebanyakan kes salah laku seksual, pelaku meminta mangsa menyentuh mereka atau individu lain.

Tiada rahsia

Pelaku biasanya akan memujuk atau memaksa mangsa untuk merahsiakan salah laku seksual. Ajarkan kepada anak bahawa adalah tidak baik untuk berahsia walau dalam apa jua situasi, ibu dan ayah harus mengetahui apa yang berlaku, atau sekurang-kurangnya, memberitahu siapa yang meminta anak menyimpan rahsia. Yakinkan kepada anak anda bahawa tiada apa yang akan berlaku jika mereka memberitahu anda rahsia tersebut.

Ajar anak untuk mengelakkan diri

Sesetengah kanak-kanak sukar untuk mengatakan ‘tidak’ kepada individu lain. Yakinkan kepada anak bahawa ia bukan satu kesalahan untuk menolak. Ajarkan kepada mereka jika berlaku atau terjadi sesuatu yang mereka rasakan tidak selamat, pilih untuk beredar. Jika individu terbabit tidak membenarkan mereka pergi, beritahu anak anda untuk menjerit bagi mendapatkan bantuan individu dewasa lain.

Kod rahsia

Bukan semua tetamu yang hadir ke rumah adalah individu yang baik. Begitu juga bukan semua individu yang datang bermain atau tumpang tidur di rumah mempunyai niat yang baik. Bagaimana untuk kanak-kanak menyatakan ketidakselesaannya jika individu terbabit ada di depannya? Bina satu kod rahsia. Bila anak anda menggunakan kod tersebut, anda akan mengetahui bahawa dia memerlukan bantuan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

10 Ways to Teach Your Child the Skills to Prevent Sexual Abuse http://www.parents.com/advice/big-kids/problems/how-do-i-get-my-ten-year-old-to-stop-talking-like-a-baby/ Accessed May 16, 2017

Gambar penulis
Ditulis oleh Asyikin Md Isa pada 19/02/2019
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x