backup og meta

Parents, Jangan Abai Masa Berkualiti Dengan Anak, #7 Perkara Ini Boleh Gembirakan Hati Mereka!

Parents, Jangan Abai Masa Berkualiti Dengan Anak, #7 Perkara Ini Boleh Gembirakan Hati Mereka!

Sebagai ibu bapa, ada banyak tanggungjawab yang perlu digalas atas bahu kita. Semua tanggungjawab ini membuatkan ramai yang sibuk dan tidak sempat meluangkan masa bersama anak dan keluarga.

Tidak dapat dinafikan, pasti ramai yang rasa bersalah kerana tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak di atas tuntutan kerja.

Malah, mungkin ada di antara kita yang cemburu dengan kawan-kawan lain yang memilih untuk tidak bekerja supaya dapat meluangkan masa bersama anak-anak.

Namun, jangan biarkan semua perasaan ini menghantui diri anda!

Menurut Journal of Marriage and Family, jumlah masa yang diluangkan bersama anak-anak dan keluarga sememangnya sesuatu yang penting. 

Namun, ada satu lagi faktor yang ramai ibu bapa terlepas pandang iaitu kualiti masa bersama anak.

Kanak-kanak memerlukan masa berkualiti daripada ibu dan ayah. Perkara inilah yang paling penting dan dapat memberikan impak positif ketika mereka membesar.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkan di sini. 

Tip bermain dan menghabiskan masa berkualiti dengan anak

Sebagai ibu bapa, ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk memastikan masa yang diluangkan bersama anak-anak berkualiti tinggi. Sebagai contoh, anda boleh:

1. Luangkan masa bersama anak

Parents, pastikan anda mempunyai masa personal bersama anak setiap hari! Jika boleh, pastikan anda bercakap dengan anak secara berhadapan atau face-to face.

Namun, jika pekerjaan membataskan pertemuan antara ibu bapa dan anak, jangan risau. Ada banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan.

Sebagai contoh, anda boleh masakkan bekal untuk mereka dan tinggalkan nota kecil di dalamnya. Anda juga boleh memanfaatkan teknologi dan berhubung dengan mereka menggunakan telefon bimbit.

Pendek kata, lakukan apa sahaja yang di bawah kawalan anda untuk memastikan hubungan antara anda dan ahli keluarga kekal akrab walaupun tidak dapat selalu berjumpa.

2. Beritahu anak ‘I love you’ setiap hari

bermain bersama anak

Jangan lupa beritahu anak I love you pada hari ini! Pastikan mereka tahu betapa pentingnya mereka di dalam hidup anda.

Ketepikan rasa malu dan tunjukkan kasih sayang anda kepada anak-anak. Biasakan diri untuk memeluk dan mencium mereka.  

Apabila anak rasa diri mereka dihargai, mereka akan rasa lebih positif dan yakin ketika membesar.

3. Bermain bersama anak walaupun hanya beberapa minit

Walau betapa sibuknya anda, jangan sesekali abaikan anak-anak. Cuba alihkan pandangan daripada telefon bimbit dan luangkan masa untuk bersama mereka buat seketika.

Jika boleh, cuba lakukan sesuatu yang anak anda suka. Minta mereka pilih satu aktiviti dan lakukannya bersama-sama tanpa sebarang gangguan daripada peranti elektronik.

4. Galakkan tingkah laku positif

Jangan lupa puji anak anda jika mereka melakukan sesuatu yang positif. Sebagai contoh, jika mereka melakukan sebarang tugasan tanpa diminta, ucapkan ‘terima kasih’, atau ‘bagusnya anak mama’.

Kata-kata galakan sebegini amat penting dalam membentuk perilaku anak anda.

Jika anda terlupa untuk mengucapkan terima kasih atau tahniah kepada anak anda, jangan risau. Anda masih boleh lakukannya keesokan hari.

5. Makan bersama anak dan ahli keluarga

Setiap hari, pastikan semua ahli keluarga berkumpul dan makan bersama-sama. 

Jika masa tidak mengizinkan, cuba makan makanan ringan seperti epal dan duduk bersama anak anda untuk beberapa minit.

6. Ketawa dan jangan terlalu serius dengan anak!

bermain bersama anak

Cuba buat lawak dan ketawa bersama anak anda. Tahukah anda, ketawa boleh buatkan emosi anda dan anak jadi lebih baik?

Tetapi bukan itu sahaja, ibu bapa yang menghabiskan banyak masa dengan anak-anak juga lebih terbuka untuk berkomunikasi antara satu sama lain. 

Mereka juga tidak akan takut untuk bercerita kepada anda tentang apa sahaja.

7. Tutup semua alat elektronik

Ramai yang tidak sedar telefon bimbit dan televisyen merupakan dalang utama yang menghalang ibu bapa untuk menghabiskan masa bersama anak masing-masing.

Jangan biarkan anak membesar ditemani skrin. Kalau boleh, cuba elakkan sebarang penggunaan alat elektronik semasa anda meluangkan masa bersama anak-anak.

Jadi kawan baik anak anda

bermain dengan anak

Ingatlah, hubungan yang baik antara ibu bapa dan anak bukan bergantung kepada jumlah masa yang dihabiskan bersama, tetapi lebih kepada kualiti masa yang dihabiskan bersama anak-anak.

Malah, masa yang dihabiskan untuk bermain dengan anak-anak ini dapat membantu mereka mengasah kemampuan kognitif, sosial dan fizikal sambil belajar perkatan-perkataan baru setiap hari.

Mereka juga kurang berisiko untuk melibatkan diri dengan gejala-gejala yang tidak berfaedah pada masa hadapan.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Arizona State University, remaja yang jarang menghabiskan masa bersama keluarga lebih cenderung untuk menggunakan produk tembakau, minum arak dan mengambil marijuana.

Kanak-kanak belajar daripada ibu bapa mereka. Jika anda boleh menunjukkan contoh yang baik, mereka akan membesar menjadi insan yang baik pada masa hadapan.

Paling penting, jangan lupa untuk berseronok ketika bermain dengan anak anda. Mereka tidak akan kekal kecil selama-lamanya!

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. First Five Years. 2019. Why spend one-on-one time with your child. February 14. Accessed February 8, 2021. https://www.firstfiveyears.org.au/child-development/why-spend-oneonone-time-with-your-child.
  2. Naeyc. n.d. 10 Things Every Parent Should Know About Play. Accessed February 8, 2021. https://www.naeyc.org/our-work/families/10-things-every-parent-play.
  3. Naeyc. n.d. Tips for Spending Quality Time With Your Child. Accessed February 8, 2021. https://www.naeyc.org/our-work/families/spending-quality-time-with-your-child.
  4. National Literacy Trust. 2017. 10 reasons why play is important. August 25. Accessed February 8, 2021. https://literacytrust.org.uk/resources/10-reasons-why-play-important/.
  5. ParentingNI. 2017. The Importance of Spending Time Together. August 18. Accessed February 8, 2021. https://www.parentingni.org/blog/time-together-importance/.
  6. SDSU Extension. 2019. Why Spending Quality Time With Your Children is Important. April 9. Accessed February 8, 2021. https://extension.sdstate.edu/why-spending-quality-time-your-children-important.

Versi Terbaru

11/05/2021

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Aduh, Panas Hati Bila Anak Suka Conteng Dinding! Bertenang, Cuba 5 Tip Ini Untuk Atasinya

Si Kecil Nak Buat Semua Perkara Sendiri? Sebagai Parents Ini Cara Untuk Galakkan Anak Berdikari


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 11/05/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan