backup og meta

Baby 7 Bulan Sudah Diajar Pegang Makanan, Ibu Ini Guna 5 Tip Latih Anak Makan Sendiri!

Baby 7 Bulan Sudah Diajar Pegang Makanan, Ibu Ini Guna 5 Tip Latih Anak Makan Sendiri!

Bukan mudah untuk ajar anak suap makan sendiri, lebih-lebih lagi jika anak masih berusia tiga tahun ke bawah. Namun bak kata pepatah, “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Ini tip berkesan daripada Puan Asnadirah tentang cara ajar anak makan sendiri yang dia amalkan sejak si manja umur 7 bulan lagi.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Belajar benda baharu ketika besarkan Aisy Naufal

Muhammad Aisy Naufal, 3 tahun, merupakan kelahiran sulung bagi Puan Asnadirah Amir Hamzah dan Encik Mohd Nazwal Abd Latiff.

Aisy anak yang ceria dan manja serta aktif bermain selain mempunyai pelbagai keletahnya yang tersendiri.

Bagi Asnadirah, banyak benda baharu yang dipelajarinya sepanjang membesarkan anak lelaki sulungnya itu.

Ini termasuklah ketika mula-mula mengajarkan bayi makan. Namun, kesemuanya dapat dilalui berkat sokongan suami dan keluarga tercinta. 

Timbul kesedaran hendak ajar anak makan ketika Aisy 7 bulan

anak makan
Aisy Naufal, cahaya mata sulung bagi Puan Asnadirah dan Encik Mohd Nazwal.

Asnadirah menyatakan bahawa, dirinya mula timbul kesedaran untuk mengajar Aisy suap makan sendiri ketika anaknya itu berumur 7 bulan.

Ini kerana, Aisy sudah mula diperkenalkan kepada makanan pepejal sewaktu berusia 6 bulan lagi. 

“Pada usia 7 bulan saya melatih Aisy untuk memegang sendiri makanan yang disediakan untuknya. Semestinya pada awal proses untuk Aisy makan sendiri sangat mencabar, kerana kanak- kanak pada usia ini sedang belajar mengenali bentuk, rasa dan makanan itu sendiri,” ujarnya.

Tidak menafikan tempat makan akan sentiasa bersepah setiap kali memberi Aisy makan sendiri, namun Asnadirah tidak merungut biarpun perlu mengemop lantai setiap kali selepas waktu makan anaknya.

Dia akui, rutin seperti ini agak memenatkan namun ia dianggap sebagai satu kenangan indah buatnya dalam proses mengajar anak untuk suap makan sendiri. 

Ini cara ajar anak makan sendiri yang Puan Asnadirah amalkan

anak makan

Ada beberapa petua yang pembaca semua boleh cuba amalkan berdasarkan perkongsian ibu ini. Antaranya ialah:

#1. Rajin membaca tip daripada ibu berpengalaman

Sudah menjadi kebiasaan bagi ibu-ibu muda sepertinya untuk mendapatkan tip daripada mereka yang berpengalaman.

Asnadirah sendiri banyak mencari tip bagaimana untuk ajar anak suap makan sendiri di media sosial dan juga di majalah kesihatan. 

#2. Mula ajar apabila anak sudah pandai pegang sesuatu

Asnadirah mula mengajar Aisy makan sendiri saat anaknya itu sudah boleh memegang sesuatu benda dengan tangannya tanpa sebarang bantuan.

Namun dia juga berhati-hati dengan jenis makanan yang diberi agar ia bersesuaian dengan usia anaknya yang masih di bawah umur dua tahun pada ketika itu. 

#3. Kenalkan nama dan bentuk makanan kepada anak

Tambah Asnadirah lagi, langkah seterusnya yang dilakukan adalah dengan memperkenalkan nama dan bentuk makanan kepada Aisy.

“Makanan pertama yang Aisy boleh pegang adalah jejari kentang. Saya buatkan makanan untuk Aisy yang mudah untuk dipegang sendiri. Seawal umurnya 7 bulan, saya sudah memperkenalkan nama dan rasa makanan kepada Aisy”.

Kaedah memberikan peluang untuk anak makan sendiri dengan pelbagai bentuk dan saiz makanan ini sangat bagus untuk merangsang kemahiran motor kasar dan halus kanak-kanak.

#4. Berikan set pinggan dan cawan cantik untuk tarik minat anak

Selain itu, Asnadirah juga mendapatkan set pinggan, cawan dan peralatan makan kanak-kanak yang cantik untuk menarik minat Aisy ketika makan.

Malah, dia akui bahawa anaknya akan sentiasa teruja dan gembira apabila melihat set peralatan makanannya itu.

Selain itu, setiap hari sebelum waktu makan, Asnadirah akan memberitahu anaknya sebab mengapa dia perlu suap makan sendiri.

Ini bertujuan untuk memudahkan Aisy memahami tujuan dan menurutinya dengan baik. 

#5. Pelbagaikan menu makanan harian

Langkah terakhir sebagai cara ajar anak makan sendiri adalah dengan mempelbagaikan menu makanan harian mereka. Menurut Asnadirah,

“Saya berusaha setiap hari untuk menyediakan menu dengan pelbagai warna untuknya. Contohnya, sewaktu sarapan saya akan memasak nasi goreng bayi. Pada waktu minum pagi pula, saya menyediakan kentang ungu goreng. Pada waktu makan tengah hari, saya membuat nasi ayam bayi untuknya. Saya juga memberikan Aisy buah betik pada waktu makan petang. Jadi, kanak-kanak tidak jemu untuk makan dan sentiasa gembira apabila melihat pinggannya dipenuhi warna makanan yang menarik.”

Anak boleh pilih makanan kegemarannya

anak makan

Antara kelebihan apabila anak makan sendiri ialah, anak boleh memilih makanan yang hendak dimakannya.

Jadi, ibu bapa boleh mengetahui makanan yang digemari dan kurang digemari oleh anak.

Ini boleh membantu ibu bapa untuk menyediakan makanan yang sesuai dengan selera anak pada masa akan datang. Jadi, ibu bapa pun tidak perlu ‘bergaduh’ lagi dengan anak apabila tiba waktu makan mereka.

Selain itu, ibu bapa juga boleh makan dengan tenang dan santai bersama anak, tanpa perlu menyuap anak setiap masa. 

Sabar dan nikmati proses pembelajaran anak

Mengajar anak makan sendiri pastinya mempunyai pelbagai cabaran yang tersendiri.

Namun menurut Asnadirah, kuncinya ialah sentiasa sabar dan nikmati proses mengajar anak untuk makan sendiri. Makanan yang bersepah merupakan perkara yang normal bagi seorang kanak-kanak.

Jika anak membuat perangai ketika waktu makan, cuba cari jalan untuk meredakan emosi mereka.

Elakkan memarahi anak ketika mereka meragam kerana ini akan membuatkan mood anak menjadi terganggu dan ini lebih sukar mengajarnya untuk makan sendiri. 

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Temubual bersama Puan Asnadirah Binti Amir Hamzah pada 31 Mei 2022. 

Children learning to feed themselves. https://raisingchildren.net.au/toddlers/nutrition-fitness/family-meals/learning-to-feed-themselves#:~:text=Children%20learning%20to%20feed%20themselves%20are%20developing%20independence%2C%20fine%20motor,Mealtime%20mess%20can%20be%20stressful. Accessed on May 31, 2022. 

Toddlers at the Table: Avoiding Power Struggles. https://kidshealth.org/en/parents/toddler-meals.html. Accessed on May 31, 2022.

When Your Toddler Doesn’t Want to Eat. https://familydoctor.org/when-your-toddler-doesnt-want-to-eat/. Accessed on May 31, 2022.

10 Tips for Parents of Picky Eaters. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/toddler/nutrition/Pages/Picky-Eaters.aspx. Accessed on May 31, 2022.

Make Mealtimes in Child Care Pleasant, Easy and Appealing. https://childcare.extension.org/make-mealtimes-in-child-care-pleasant-easy-and-appealing/. Accessed on May 31, 2022.

Versi Terbaru

15/05/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Nangis Makan Ubat Macam Kena Pukul, Mari Ajar Anak Makan Ubat Cara Ini!

Ibu, Jangan Paksa Anak Makan! Jika Tidak Si Kecil Akan Terima KESAN Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 15/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan