Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
#EmpowerHim, Ini Cara Betul Penjagaan Kesihatan Prostat Mengikut Saranan Pakar!
Subang Jaya, 6 November 2024 – Pakar-pakar dari Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) menjadi panel dalam sesi perkongsian bersama media minggu lalu berkaitan kanser prostat. Perkongsian ini adalah penting sebagai langkah awal terutama bagi membendung kanser prostat tahap 4 dalam kalangan lelaki di Malaysia.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, sila klik di sini.
Apa kata pakar berkaitan kanser prostat di Malaysia?
Menurut Subang Men’s Health Study, mendapati bahawa 27.1% lelaki mengalami beberapa bentuk gejala saluran kencing bawah. Hampir satu pertiga daripada pesakit mengalami gejala sederhana hingga teruk.
Golongan lelaki yang merokok semasa kajian dijalankan didapati lebih berkemungkinan menghidap penyakit prostat sehingga mengalami kanser prostat tahap 4.
Pakar Urologi, Dato’ Setia Dr Tan Hui Meng berkongsi bahawa akan terdapat 2.9 juta kes kanser prostat dan 700,000 kematian setiap tahun menjelang 2040.
Antara faktor yang menyumbang kepada kanser prostat termasuk:
Disfungsi erektil kesemuanya merupakan penentu positif bagi penyakit prostat
Menurut Dr Bala Sundaram Mariappan, terdapat juga hubungan yang kuat antara penyakit prostat dan sindrom metabolik – kumpulan keadaan yang meningkatkan risiko lelaki untuk menghidap penyakit jantung dan diabetes.
“Lelaki yang mengalami simptom saluran kencing bawah adalah dua kali lebih berkemungkinan untuk menghidap sindrom metabolik”, tambah beliau lagi.
Antara penyebab kanser prostat.
Teknologi inovatif bagi rawatan pesakit kanser prostat tahap 4
Pembedahan robotik pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2003 dan ia diterajui dalam bidang urologi untuk pembedahan penyingkiran kanser seperti prostat, buah pinggang dan pundi kencing.
Sejak itu, pembedahan robotik telah menjadi arus perdana, menjadi standard penjagaan untuk banyak prosedur perubatan termasuk urologi, ginekologi, pembedahan am, pembedahan kolorektal, pembedahan toraks, ortopedik dan otolaringologi.
Pakar Urologi, Dr Bala Sundaram Mariappan berkata pembedahan dibantu robot mengurangkan tempoh tinggal di hospital dengan potongan yang lebih kecil dan parut yang minimum.
Sebagai peneraju utama dalam bidang ini, SJMC menawarkan perkhidmatan pembedahan robotik dengan teknologi canggih dan kepakaran yang tinggi terutamanya memfokuskan rawatan kanser prostat tahap 4.
Bagaimana pembedahan robotik memberikan hasil pembedahan yang lebih baik dan meningkatkan penjagaan pesakit?
1. Masa pemulihan yang lebih cepat
Dengan potongan yang lebih kecil dan ketepatan yang lebih tinggi, pembedahan robotik dapat menjalankan pembedahan minimally invasive, yang membawa kepada pengurangan kehilangan darah, parut yang minimum, risiko jangkitan yang lebih rendah dan seterusnya pemulihan dan penyembuhan yang lebih cepat.
2. Penginapan hospital yang lebih singkat
Dengan pemulihan yang lebih cepat, pesakit yang menjalani pembedahan robotik cenderung mengalami tempoh penginapan yang lebih singkat di hospital.
Dalam beberapa kes, pesakit mungkin dapat berjalan pada keesokan harinya, menjadikan mereka lebih mudah untuk kembali kepada aktiviti harian masing-masing.
3.Ketepatan yang lebih tinggi dalam pembedahan
Bagi pesakit kanser prostat tahap 4, pembedahan robotik membolehkan prosedur rumit dilakukan di kawasan yang sensitif, sambil memelihara tisu sihat.
Ini meningkatkan fungsi pasca pembedahan dan berpotensi memberikan hasil jangka panjang yang lebih baik untuk pesakit.
Kesimpulan
Penjagaan kesihatan prostat bermula dengan amalan gaya hidup sihat. Oleh sebab itu, kaum Adam sepatutnya cakna dengan mula berhenti merokok serta memulakan langkah untuk hidup lebih sihat!
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Prostate Cancer, https://prostatecanceruk.org/, Diakses pada November 15, 2024.
Kanser Prostat, https://hq.moh.gov.my/bpkk/images/3.Penerbitan/2.Orang_Awam/2.Unit_Pendidikan_Kesihatan/2.PDF/3.Infografik_Kesihatan_Lelaki/3_Risalah_-_Kanser_Prostat.pdf, Diakses pada November 15, 2024.
Prostate Cancer,https://subangjayamedicalcentre.com/blog-content/prostate-cancer, Diakses pada November 15, 2024.
Prostate Cancer Treatment, https://www.cancer.gov/types/prostate/patient/prostate-treatment-pdq, Diakses pada November 15, 2024.
Prostate Cancer, https://www.cancer.gov/types/prostate, Diakses pada November 15, 2024.
Versi Terbaru
03/11/2025
Ditulis oleh Siti Fatihah
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor