Snack untuk anak perlahan-lahan telah menjadi antara pilihan makanan utama pada kanak-kanak seluruh dunia. Kanak-kanak pada masa kini lebih mengambil dan memakan snek sepanjang aktiviti seharian mereka.
Anda harus menyedari bahawa tabiat pemakanan sebegini bukan sahaja menjejaskan selera makan, malah ia boleh menjadi punca obesiti dan penyakit berkaitan pertambahan berat badan dalam kalangan kanak-kanak kecil.
Baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai snek untuk kanak-kanak.
Petua snack untuk anak
Tabiat pengambilan snek yang sihat boleh dilakukan dengan mengikuti petua daripada pakar pemakanan profesional:
Snack untuk anak perlu berjadual
Ramai ibu bapa kecewa apabila anak mereka hadir ke meja makan pada waktu makan tetapi tidak mahu makan.
Walaupun selera makan kanak-kanak mungkin berubah setiap hari, tabiat memakan snek mungkin menjadi punca kepada penolakan untuk makan.
Terdapat sesetengah ibu bapa yang membiarkan anak mereka memakan biskut atau gula-gula sebelum waktu makan, yang secara tidak langsung mengurangkan keinginan mereka untuk memakan hidangan makanan utama.
Adalah terbaik untuk mengelakkan sebarang snack untuk anak sekurang-kurangnya sejam sebelum waktu makan.
Jika anak anda berasa lapar sebelum waktu makan, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk mempercepatkan sedikit waktu makan.
Pilihan makanan untuk berjalan-jalan
Makan di dalam kereta mungkin dapat membantu mengalihkan perhatian atau membuatkan anak anda sibuk daripada menjadi nakal atau meragam kerana kelaparan.
Walau bagaimanapun, memakan snek dalam perjalanan kereta atau pada bila-bila masa, mungkin akan menyukarkan anak anda untuk fokus kepada makanan dan mengetahui isyarat sebenar apabila lapar atau kekenyangan.
Ini membuatkan mereka makan secara berterusan.
Untuk menghindari masalah ini, ibu bapa perlu membawa snack untuk anak dalam kuantiti yang kecil dan mudah di bawa seperti biskut bijirin gandum untuk menghadapi saat-saat kelaparan mereka.
Anda juga harus menyediakan gangguan lain seperti mainan, muzik, permainan video atau buku untuk mengelakkan keinginan mereka kepada makanan ringan.
Baca juga: