Chicken pox cacar air merupakan penyakit yang lebih kerap terjadi kepada golongan kanak-kanak. Kenapa?
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.
Simptom chicken pox pada kanak-kanak
Beberapa hari selepas ruam timbul pada kulit, anak anda mungkin akan mengalami simptom-simptom berikut:
- Demam
- Sakit perut
- Pening kepala
- Hilang selera makan
- Kepenatan
Ruam akan timbul kira-kira 10 hingga 21 hari selepas anak anda dijangkiti chicken pox cacar air daripada individu yang menghidapinya.
Anak anda kebiasaannya akan mendapat 250 ke 500 ruam. Ruam ini akan timbul melalui 3 peringkat sepanjang tempoh jangkitan chicken pox iaitu:
- Bintik: bintik yang kemerah-merahan akan timbul pada bahagian muka dan dada kemudian tersebar ke bahagian tubuh badan yang lain dari hari ke hari.
- Cacar: selepas beberapa hari, cacar yang mempunyai cecair di dalamnya akan timbul pada bahagian atas bintik-bintik sebelum pecah dan mengalirkan cecair.
- Keruping: selepas beberapa hari, cacar akan mengering lalu menyebabkan keruping. Keruping ini pula akan tertanggal dengan sendiri dalam masa seminggu.
Bintik-bintik akan terus timbul. Dalam beberapa kes, parut tidak akan terbentuk selagi tidak terinfeksi oleh bakteria.
Jika kanak-kanak anda merupakan kanak-kanak yang sihat, chicken pox cacar air yang berlaku tidak akan terlalu serius.
Dalam beberapa kes pula, ruam akan meliputi seluruh bahagian tubuh badan termasuklah pada bahagian mulut, mata, anus dan vagina.
Bilakah waktu yang sesuai untuk mendapatkan rawatan?
Anda seharusnya membawa anak anda berjumpa doktor jika anda tidak pasti sama ada anak anda dijangkiti cacar air atau tidak.
Doktor akan memeriksa ruam yang terdapat pada badan anak anda dan bertanya tentang simptom-simptom yang dihadapi mereka.
Doktor juga akan mempreskripsikan ubat chicken pox di farmasi untuk merawat chicken pox cacar air.
Beritahu doktor sekiranya anak anda mengalami tanda-tanda yang tidak normal, seperti:
- Anak anda mengalami ruam di bahagian mata.
- Anak anda mengalami kesakitan pada bahagian kulit.
- Anda melihat ada cecair berwarna hijau mengalir keluar daripada ruam. Ruam tersebut kemudian akan menjadi kemerah-merahan, hangat dan mudah pecah. Ini merupakan tanda-tanda anak anda menghidapi tahap infeksi yang lebih serius.
- Anak anda mengalami ketegangan leher, pening kepala, degupan jantung yang pantas, batuk-batuk, muntah-muntah serta demam yang melebihi 38.9°C.
Apakah yang menyebabkan anak anda dijangkiti cacar air?
Benarkah penyakit ini hanya datang sekali seumur hidup?
Jika anak anda pernah dijangkiti penyakit ini, mereka akan mendapat imunisasi dan tidak akan dijangkiti lagi sekali.
Chicken pox cacar air juga mampu tersebar melalui cecair yang keluar daripada bintik-bintik. Selain itu juga, penyakit ini boleh tersebar sekiranya individu yang dijangkiti batuk atau bersin.
Anak anda akan terjangkiti chicken pox sekiranya:
- Mereka menyentuh permukaan atau objek yang telah tercemar.
- Mereka menyentuh bintik-bintik yang terdapat pada bahagian badan individu yang telah terjangkiti.
- Mereka berinteraksi dengan individu yang telah terjangkiti.
Merawat cacar air sendiri di rumah
Chicken pox cacar air boleh dirawat sendiri di rumah.
Walaubagaimanapun, anda perlu membawa anak anda berjumpa doktor sekiranya simptom-simptom chicken pox cacar air tidak bertambah baik selepas beberapa hari mendapatkan rawatan.
- Jangan biarkan anak anak menggaru-garu bintik-bintik yang dialami untuk mengelakkan infeksi dan parut. Potong kuku mereka dan pakaikan sarung tangan dan sarung kaki.
- Bantu mereka melegakan kegatalan pada bintik-bintik dengan menggunakan tuala yang lembab kepada kulit atau gunakan losyen calamine.
- Pastikan mereka minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi.
- Beri anak anda ubat-ubatan seperti paracetamol untuk melegakan demam dan simptom-simptom cacar air. Namun anda diingatkan untuk tidak memberi aspirin kepada anak anda sekiranya mereka berumur bawah 16 tahun.
- Pastikan ruam yang dialami mereka kering dan bersih.
[embed-health-tool-child-growth-chart]