backup og meta

Rancang Short Getaway Dengan Famili Weekend Ini? Jom Datang Ke Taman Eko Rimba, Anak Pasti Teruja!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/08/2022

    Rancang Short Getaway Dengan Famili Weekend Ini? Jom Datang Ke Taman Eko Rimba, Anak Pasti Teruja!

    Kasihan melihat anak terkurung dan terperuk sahaja di rumah setiap hujung minggu? Memandangkan kita sudah melepasi fasa pandemik, anda sudah boleh bawa anak-anak berkunjung dan berseronok ke tempat rekreasi atau riadah yang menarik!

    Jika ibu bapa sudah ketandusan idea tentang lokasi pilihan, kami ada cadangan khas untuk anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Mengapa aktiviti bersama anak penting?

    Tiada perkara lain lebih penting daripada keluarga kita sendiri. Ya, ini bukan sekadar dialog yang diuar-uarkan dalam filem sahaja malah suatu panduan yang wajar kita semua ikuti.

    Meluangkan lebih banyak masa dengan anak akan bawa banyak manfaat buat keluarga kecil anda, antaranya:

  • Menguatkan jalinan dan hubungan kekeluargaan.
  • Meningkatkan aspek komunikasi.
  • Menghindarkan masalah kelakuan.
  • Menambahkan lagi keyakinan.
  • Melahirkan rasa kepercayaan.
  • Baca lagi artikel berkaitan:

    Terdapat banyak cara untuk individu mendapatkan manfaat-manfaat di atas dan melakukan aktiviti bersama keluarga adalah antara kaedah yang paling mudah dan efektif untuk tujuan tersebut!

    Sebenarnya, ini bukan satu perkara yang sukar kerana anda hanya perlu meluangkan masa di luar rumah dengan berekreasi dan beriadah. Persoalannya, ke mana destinasi yang patut anda tuju?

    tempat riadah

    Usah pening kepala lagi, cari tempat rekreasi menarik!

    Berita baik buat ibu bapa terutama yang tinggal di sekitar Lembah Klang, ada satu tempat rekreasi yang sangat sesuai untuk anda bawa seisi keluarga bermain bahkan bermalam di lokasi ini.

    Resort Taman Eko Rimba Komanwel terletak di Rawang, Selangor menawarkan pengalaman yang mungkin tidak ada di tempat riadah lain.

    Di sini juga, tersedia banyak aktiviti lasak dan lokasi tangkap gambar yang serba menarik seperti:

    • River Trekking
    • Berkayak
    • Berbasikal
    • Skuter elektrik
    • ATV

    Mencari tempat bergambar untuk dikongsikan di dalam media sosial anda? Jangan risau! Ada tempat OOTD menarik di Kebun Bunga dan Pondok Telefon Cik Bunga, Kafe Loaves & Bites, The White Cottage, Welcome Bamboo, Bulatan RTERK dan banyak lagi. Di sini anda akan dapat pengalaman aktiviti keluarga yang sukar untuk dilupakan.

    tempat rekreasi

    Peta Lokasi Resort Taman Eko Rimba Komanwel

    Selepas penat beraktiviti dan bergambar di tempat rekreasi ini, anda juga boleh menginap di dalam khemah berhadapan sungai yang pastinya menjadi satu pengalaman baru buat anda dan anak-anak.

    Pernah dengar glamping atau glamour camping? Ini adalah trend baharu aktiviti berkhemah yang menjadi kesukaan anak-anak muda.

    Menariknya, glamping turut disediakan di Taman Eko Rimba Rawang ini. Selepas penat beraktiviti dan bergambar di tempat rekreasi, anda seisi keluarga boleh menginap di dalam khemah berhadapan sungai yang pastinya menjadi satu pengalaman baru buat anda dan anak-anak.

    Mungkin benar kita semua telah lama terbiasa dengan norma baharu kehidupan dan lebih banyak duduk di rumah, namun ini adalah masa tepat untuk kembali ke tempat rekreasi menarik.

    Bantu dan sokong peralihan fasa pandemik ke endemik!

    Menerusi kempen ‘Pusing Selangor Dulu’ anjuran Tourism Selangor, penggiat media dan pempengaruh popular dijemput bersama-sama melihat keindahan dan keunikan aktiviti yang disediakan di Taman Eko Rimba ini.

    “Program ini telah dianjurkan untuk membantu mempromosi industri pelancongan di negara kita untuk memastikan ia terus berkembang maju terutama dalam persediaan untuk memasuki fasa peralihan dari era pandemik ke endemik,” ujar YB Tuan Hee Loy Sian, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli.

    Sementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad berkata, kerjasama dengan Resort Taman Eko Rimba Komanwel menunjukkan keprihatinan mereka dalam menyokong, menyumbang serta mempromosi industri pelancongan Malaysia.

    tempat riadah

    Luang lebih masa dengan keluarga agar lebih bahagia

    Mengapa ingin berkurung di rumah jika anda boleh membawa anak mempelajari sesuatu yang baharu di luar? Selain dapat luangkan lebih masa dengan keluarga, individu disarankan untuk lebih aktif di luar rumah agar tahap kesihatan fizikal dan mental lebih baik. Dengan berkunjung ke tempat riadah, semua ini akan dapat dicapai dengan mudah.

    melancong

    Konklusinya, sesekali bawa pasangan dan anak-anak anda untuk beraktiviti di luar rumah. Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk sentiasa jaga diri agar kekal sihat, selamat dan bahagia ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan