backup og meta

Potong Rambut Anak Tanggungjawab Ibu Bapa, Ini 5 Peraturan Sekolah Kena Patuhi!

Potong Rambut Anak Tanggungjawab Ibu Bapa, Ini 5 Peraturan Sekolah Kena Patuhi!

Bagi anak-anak yang sudah bersekolah, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak hadir ke sekolah dengan mematuhi peraturan seperti berpenampilan dan berpakaian kemas. Antara peraturan sekolah yang ditetapkan adalah seperti gunting rambut, potong kuku dan sebagainya.

Tetapi mengapa pelajar perlu mengikuti peraturan sekolah?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Kes gunting rambut

Baru-baru ini tular isu apabila ada ibu membuat hantaran media sosial mengatakan anaknya hilang semangat untuk ke sekolah setelah dimalukan di hadapan pelajar yang lain. Ia berikutan  tindakan cikgu disiplin sekolah potong rambut si anak secara bertobek.

Sebagai seorang ibu, penulis tidak menafikan sikap ‘over-protective’ yang wujud untuk anak. Dalam erti kata mudah, seorang ibu itu tidak mahu melihat anaknya dimarahi oleh orang lain, tetapi jika dirinya yang memarahi anak – itu tidak menjadi masalah.

Namun jika menyentuh mengenai peraturan sekolah, sudah menjadi kewajiban bagi mereka yang bergelar pelajar untuk mematuhi peraturan yang sudah termaktub. Tetapi bagaimana dengan peraturan gunting rambut yang dibenarkan ya?

Penulis tidak menafikan, dalam kesibukan menguruskan anak, ada kalanya kita sebagai ibu bapa terlupa apakah antara peraturan-peraturan yang harus dipatuhi di sekolah. Ayuh kita refresh balik peraturan perlu dipatuhi.

Potong rambut & kuku antara peraturan sekolah

gunting rambut

Sebelum mengetahui mengenai peraturan rambut seperti gaya gunting rambut yang dibenarkan, berikut antara peraturan asas sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

1. Pakaian seragam sekolah 

Untuk pelajar lelaki:

  • Berseluar panjang atau pendek berwarna biru gelap bagi pelajar sekolah rendah dan hijau gelap untuk yang sudah memasuki alam sekolah menengah
  • Baju putih lengan pendek dengan poket di sebelah kiri
  • Jika ingin memakai baju berlengan panjang, lengan baju di pergelangan tangan hendaklah dikancing dan tidak boleh dilipat
  • Ukuran saiz baju yang bersesuaian – tidak terlalu besar atau sempit
  • Diwajibkan memakai tali leher sekolah
  • Dibenarkan memakai tali pinggang, berwarna coklat atau hitam, lebar antara 2.5 cm ke 3 cm, kepala sama besar dengan tali pinggang dan tanpa hiasan

Untuk pelajar perempuan:

  • Baju kurung berwarna putih dengan kain sarung berwarna biru gelap bagi pelajar sekolah rendah dan berwarna biru muda bagi yang bersekolah menengah
  • Baju lengan pendek dan pinafore biru gelap bagi pelajar sekolah rendah dan pinafore biru muda bagi pelajar sekolah menengah di bawah paras lutut turut dibenarkan. Pastikan pinafore tidak ketat pada bahagian punggung. Tali leher juga harus dipakai dengan kemas
  • Bagi yang memakai tudung kepala atau mini telekung, harus berwarna putih, berukuran sesuai dengan pelajar. Anak telekung sama ada berwarna putih atau hitam dan sebarang kerongsang adalah tidak dibenarkan

2. Pemakaian lencana

Setiap pelajar diwajibkan untuk memakai lencana dan tanda nama sekolah. Lencana dan tanda nama hendaklah dipakai pada sudut kiri di bahagian atas dada atau di atas saku baju.

3. Kasut dan stoking

  • Kasut kanvas putih atau hitam, tidak berjalur atau berbelang,tidak mempunyai hiasan atau tulisan
  • Stoking berwarna putih atau hitam tanpa hiasan
  • Dilarang memakai selipar ke sekolah walaupun ketika hari hujan

Baca juga:

4. Gunting rambut dan kuku

Seperti yang kita sedia maklum, pelajar lelaki tidak dibenarkan berambut panjang. Tetapi bagaimana ingin menentukan sama ada rambut itu panjang atau pendek?

Umumnya, istilah rambut panjang adalah seperti berikut:

  • Bahagian belakang – Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga atau menyentuh kolar baju
  • Bahagian depan – Rambut menutupi garisan tengah dahi atau ⅓ garisan dahi
  • Bahagian tepi – Rambut menutupi kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan sideburn melebihi garisan tengah hidung
  • Bahagian atas – Kepanjangan rambut melebihi 6 inci

Gaya potong rambut pelajar harus mengikut stail yang dibenarkan dan bukannya mengikut fesyen terkini yang dilarang oleh pihak sekolah. Menyimpan ekor rambut juga tidak dibenarkan, ya?

gunting rambut

Sudah tentu, bagi pelajar lelaki yang sudah memasuki sekolah menengah – akan melalui fasa akil baligh dan mengalami pertumbuhan bulu dan rambut terutamanya pada bahagian muka. 

Namun mereka tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut atau jambang. Jadi bukan sahaja harus gunting rambut, tetapi penampilan juga perlu kemas!

Bagaimana pula pelajar perempuan? Ini penjelasannya.

Bagi pelajar yang berambut panjang, mereka haruslah mengikat rambut dengan gaya toncang atau ponytail dengan reben atau cekak rambut berwarna biru, putih atau hitam (bergantung kepada sekolah).

Seperkara lagi yang harus ibu bapa berikan perhatian selain daripada soal gunting rambut adalah berkaitan dengan mewarnakan rambut.

Pelajar sekolah adalah tidak dibenarkan untuk mewarnakan rambut mereka. Jika berlaku, mereka akan diarahkan untuk mewarnakan semula seperti warna asal. 

Pelajar juga dilarang sama sekali menyimpan kuku panjang. Jadi ibu kena selalu ingatkan anak untuk memotong kuku, ya? Lagipun kuku meningkatkan risiko untuk menjadi tempat pertumbuhan bakteria. 

Kuman yang terkumpul boleh dipindahkan dengan mudah ke mulut, mata dan hidung – sekali gus mengakibatkan jangkitan dan penyakit. 

gunting rambut

Pentingnya patuh kepada peraturan sekolah

Peraturan sangat penting kepada semua. Mematuhi peraturan akan memberikan banyak kesan positif kepada diri pelajar.

Kepentingan untuk mengikut peraturan adalah bagi membentuk generasi yang dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam masalah sosial. Tanpa peraturan, sudah pasti pelajar akan terjebak dengan masalah seperti merokok, pengambilan dadah dan sebagainya.

Peraturan yang ditetapkan dapat membantu melahirkan pelajar yang berdisplin. 

Jika anak anda mampu memahami dan mengikut peraturan sejak di peringkat sekolah seperti memastikan gunting rambut jika panjang, pastinya ia sekali gus dapat mencegah mereka daripada melanggar undang-undang negara di kemudian hari.

Kedengaran seperti tidak berkaitan, bukan? Tetapi percayalah, jika anak kita dididik sedari kecil untuk mengikut peraturan, pastinya akan tertanam dalam diri mereka rasa kepatuhan kepada undang-undang.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Buku peraturan sekolah. https://www.academia.edu/42030688/BUKU_PERATURAN_SEKOLAH, Accessed on June 10, 2022
  2. Hilang Semangat Ke Sekolah, Selepas Rambut Dipotong Guru, – Ibu. https://amalmedia.co/2022/06/07/hilang-semangat-ke-sekolah-selepas-rambut-dipotong-guru-ibu/,  Accessed on June 10, 2022
  3. Nail hygiene. https://www.cdc.gov/healthywater/hygiene/hand/nail_hygiene.html, Accessed on June 10, 2022
  4. Buku Peraturan Dan Disiplin Pelajar Smk Bandar Baru Uda. https://smkbbu.edu.my/wp-content/uploads/2018/01/Buku-Peraturan-Sekolah-2016.pdf, Accessed on June 10, 2022 
  5. Kepentingan Disiplin Kepada Pelajar. https://www.ipendidikan.my/kepentingan-disiplin-diri-kepada-murid.html, Accessed on June 10, 2022 

Versi Terbaru

28/07/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Anak Menangis Tak Nak Ke Taska? Ini Rahsia 3 Parent Layan 'Drama' Si Kecil!

Panduan Bantu Anak Menyerlah di Sekolah Rendah


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 28/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan